18.7.13

Gastrik menyerang???

Bismillah wal hamdulillah...

Hari ni da 9 Ramadhan rupanya... cpt sgt masa berlalu... da lbh seminggu kita berpuasa di bulan yg penuh barokah ini... apa yg pntg pada bulan ini bg sy adalah diberikan kesihatan yg baek, diberikan kudrat utk beribadat n sbg ibu kudrat utk menjaga anak2 dan beribadat seiring walaupun berpuasa dalam keadaan mengandung dan menyusukan... bg sy itu adalah 1cabaran yg hebat buat sy... byk berdoa n of kosh jg kesihatan dgn memastikan makanan yg diambil seharian cukup segala nutriens dan seimbang... tidak dilupakan water intake yg mesti mencukupi 2-3L seharian... so far ok... kkdg tuh ada jgk keletihan... biasalah ibu mengandung ni mmg selalu je xfhm dgn diri sndiri... huhu

Bagi yg diuji allah swt dgn ujian kesihatan dlm menjalankan perintah allah swt n ibadat setahun sekali ini harap2 mg bertabah n berusaha utk menjaga kesihatan sebaik mungkin... selebihnya kita berserah kpd allah swt n jgn lupa utk terus berdoa smg allah swt mengurniakan kita kekuatan menghadapi ujian itu... setiap ujian pasti ada hikmah yg tersembunyi... so smile~! :)

Hari nehs sy nk share mengenai 1gejala/penyakit yg biasa menyerang bg mereka yg terpaksa menahana lapar n dahaga ini yakni GASTRIK~! rasanya semua org da familiar dgn gastrik...

Apa itu GASTRIK?

Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

Bagaimana GASTRIK terjadi?

Secara mudah nya, perut kita ni umpama kipas, berlipat2..sepanjang 25cm dan mampu menampung hampir segelen air dan makanan. Bila perut kosong, tisu perut tadi berlipat2, dan akan mengembang bila ada makanan atau minuman masuk. Disinilah makanan dan minuman akan diproses dan disimpan sebelum dikumuh melalui usus. Ketika proses pencernaan berlaku, kelenjar pada dinding perut akan merembeskan jus gastrik, enzim dan asid perut utk bantu pencernaan..dan antara asid yang dirembes ialah asid hidroklorik. Asid ni seperti yang kita maklum bersifat menghakis dan jika tidak ada keseimbangan keasidan dalam perut, boleh sebabkan radang yang lebih teruk.

Punca lain terjadinya GASTRIK

  • Peminum arak (arak ni bersifat asid) 
  • Perokok 
  • Makan dengan berlebihan 
  • Makan makanan yang terlalu pedas 
  • Sering guna ubat penahan sakit (pain killer) 
  • Jangkitan 
  • Skipping meals 
  • Stress 
Symptom GASTRIK

  • Tiada selera makan 
  • Upset Stomach - tidak hadam dengan baik 
  • Perut memulas - bila makan bertambah sakit 
  • Muntah-rasa loya 
  • Cirit birit - najis berwarna hitam 
  • Lemah, demam 
  • Kembung perut-sakit dada 
  • Pedih ulu hati
Cara merawat dan menangani GASTRIK

Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Antaranya:

  • Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol 
  • Hentikan pengambilan ubat tahan sakit 
  • Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur 
  • Makan sedikit-sedikit tetapi kerap 
  • Kurangkan makanan berempah, bercili, masam 
  • Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat) 
  • Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut
Selain itu, terdapat juga individu yang terpaksa bergantung kepada ubat bagi mengurangkan ketidakselesaan masalah gastrik ini. Namun yang demikian, seperti yang kita semua sedia maklum, pengambilan ubat-ubatan secara terus-terusan tidak digalakkan kerana ianya mungkin boleh membawa kepada kemudaratan di lain hari.

Cadangan supplements Shaklee untuk merawat masalah GASTRIK

1) Energizing Soy Protein - ESP

ESP yang juga merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.



2) Ostematrix 

Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid di dalam perut.



3) Peppermint Ginger Plus


Kombinasi 4herba dari Barat dan Timur dan dihasilkan dibawah prosedur standard dgn melalui penggunaan teknologi sains yang terkini

Secara klinikal sgt membantu dalam masalah kesihatan seperti masalah loya, angin, gastrik, mabuk laut, sendawa dan morning sickness/alahan mengandung.

Bagi penduduk negeri Perlis Indera Kayangan anda boleh menghubungi sy utk COD produk Shaklee ya~ :) bagi negeri2 lain juga boleh... Pos ke seluruh Malaysia Insya ALLAH...


Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
ID Shaklee: 962622 (atas nama mohd asyraf bin suhaimi)
Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com
Phone: 019-5588082
YM: syauqatul_wardah_nur_faizah

Notes:Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook



 

0 sweet persons:

Post a Comment

Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D