Bismillah wal hamdulillah...
Da agak lama dok berkira2 nk update pasai 2jenis jaundice... sbnrnya ada 2istilah yg lbh krg sama berkaitan dgn penyusuan susu ibu tp maksudnya berbeza yakni "breastfeeding jaundice" dan "breastmilk jaundice". Memula sy diberitahu mengenai prolonged jaundice yg dialami baby amira sy jadi konfius kejaps... apakah faktor yg menyebabkan kejadian ini berlaku... so paed tuh ckp, if blood n urine test baby amira normal n menunjukkan dia sihat xdak masalah makanya baby amira mengalami breastmilk jaundice which is xbahaya cuma jaundice dia agak lama berbanding newborn laen... lagi la daku keliru lantas menggugel beberapa infos... ni 1st time dgr pasai breastmilk n breastfeeding jaundice... mmg mcm pelik apa yg trigger dlm kepala sy adalah "adakah susu ibu menjadi punca jaundice baby xmau turun n dlm kondisi ini membahayakan baby??" sy da mula susah hati...bknkah susu ibu adalah yg terbaek utk bayi?
Breastfeeding Jaundice (Jaundis Penyusuan Susu Ibu) Not-enough-breastmilk jaundice
Jaudis jenis ini adalah berkaitan dgn penyusuan susu ibu yg tidak mencukupi yg menyebabkan kurangnya pergerakkan usus perut (bowel movements) utk menyingkirkan bilirubin dalam badan bayi. Jika kurang bowel movements makanya penyingkiran bilirubin menjadi terlalu lambat. Hanya melalui najis dan air kencing shj bilirubin dpt disingkirkan. Kekerapan seorg bayi itu membuang air besar, meningkatkan kadar pengurangan bilirubin dalam badan bayi. Jika bayi kurang membuang air besar/kecil disebabkan oleh masalah penyusuan ibu bilirubin akn re-circulates semula ke dlm badan bayi menyebabkan jaundice berpanjangan dan susah utk turun. Tp keadaan seperti ini dpt dikesan 3-4hari slps kelahiran krn susu ibu br shj mula utk dihasilkan dgn byk. Namun jgn khuatir jaundice jenis ini akn beransur hilang slps 2minggu selepas susu ibu menjadi semakin byk dan ibu meningkatkan kekerapan penyusuan susu ibu sbyk mungkin.
Breastmilk Jaundice (Jaundis Susu Ibu) So-called breastmilk jaundice
Jaudis susu ibu disebabkan oleh substance (suatu bahan) yg terdapat di dalam susu ibu iaitu metabolite of progesteron which is 3-alpha-20-beta pregnanediol dan lipoprotein lipase di mana kedua2 substance ini menyumbang kepada kurangnya kadar conjugation terhadap bilirubin seterusnya meningkatkan kadar bilirubin dalam darah bayi. Bayi yang jaundis dalam keaadaan ini mula dikesan sehari selepas
kelahiran dan ianya boleh berlarutan selama 2 bulan. Seringkali terjadi
jika bayi dikatakan mengalami breastmilk jaundis ini, penyusuan susuibu
itu harus dihentikan selama 24 jam hingga ke 48 jam jika kadar SB (serum
bilirubin) melebihi 20 mg dan kadar sb biasanya menurun dari paras
sebelumnya. Dan apabila susuibu diberi semula, kadar jaundis akan
meningkat tetapi tidak mencapai tahap yang sebelumnya [Sumber:Kurikulum panduan pengurusan laktasi]. Dan selalunya kadar sb akan turun-naik dalam tempoh waktu itu.
Kebanyakan bayi yang mengalami 'breastmilk jaundice' adalah didalam
keadaan yang sihat, menunjukkan peningkatan dari segi berat yang
normal. Semasa bayi didalam keadaan ini, dan setelah menjalani rawatan
phototherapy kadar sb didalam darah dipantau dari masa kesemasa oleh
doktor, dan ianya akan berlarutan sehingga ke sebulan lebih atau 2 bulan
sehinggalah ianya menunjukan tanda-tanda penurunan. Dan dalam situasi
ini, penyusuan susuibu itu haruslah diteruskan seperti yang dicadangkan.
Dan baru2 ni kan pihak pediatrik da amik darah n urine baby amira n on last 14June2012 result darah n urine baby amira da dikeluarkan oleh pihak HTF.. bila di'review alhamdulillah terbukti baby amira dlm kondisi normal dan sihat... lega sgt dgr doctor ckp mcm tuh... dan terbuktilah setelah semua disiasat rupanya baby amira kena breastmilk jaundice... dan ia xbahaya... menurut Jack Newman, no need to stop breastfeeding sbb sbg newborn tiada lg makanan yg sesuai utk dia termasuk fm utk digantikan... walaupun breastmilk adalah puncanya. Walaupun mcm tuh jaundice baby amira akn beransur hilang slps ni insya allah...doctor ckp bleh smpai 2bln kalu kes breastmilk jaundice...
Sdeh tgk kulit n mata baby amira kekuningan... hari2 usha dia ada kurang sket x kuningnya... uhuhuh... xcomel la kuning2 kulit cenggini... huk3... hari2 xlupa doa smg anak ummi diberi kesembuhan... ameen~
Sumber rujukan: International Breastfeeding Center: Breastfeeding and Jaundice, Breastfeeding Jaundice vs Breastmilk Jaundice
Sdeh tgk kulit n mata baby amira kekuningan... hari2 usha dia ada kurang sket x kuningnya... uhuhuh... xcomel la kuning2 kulit cenggini... huk3... hari2 xlupa doa smg anak ummi diberi kesembuhan... ameen~
Dah kurang sket kuningnya... |
Sumber rujukan: International Breastfeeding Center: Breastfeeding and Jaundice, Breastfeeding Jaundice vs Breastmilk Jaundice
4 sweet persons:
tq for the info faizah. sangat berguna.
siannya dia..
@Hanani
Yup..sy pun br tahu... sy mmg rasa mcm fobia je kkdg...part beranak ok lg nk hadapi tp part prolonged jaundice ni yg xsanggup...baby kena warded, pastu darah asik kna amik smpai lebam sume kaki n tgn dia... xsanggupnya nk tgk hari2 T__T
@Maria Rajab
Mmg ksian...doakan baby amira cpt smbuh ye :)
Post a Comment
Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D