28.11.10

Tahu tak???

Bismillah wal hamdulillah...

Sy terbaca status seorg kakak senior UTP kt fesbuk dia... minta derma darah jenis O+ utk seorg baby 2bln yg kena brain tumor... ksian sgt dgq... esok da nk kna operation... sy pn mcm konpius... ada beza ke jns O- dgn O+ ni? seingat sy arituh sy wat test jns darah sy O-... So xdptlah nk tlg bebi tuh... n sy pn tnya kakak tuh apa beza O+ dan O- ni? trus gugel... n sy jmpa artikel ni... sy copy paste k...

Sy mmg xamik biologi... so mmg jahil skit la pasai menda2 yg bersangkut paut dgn biologi neh... darah la apa la... xreti sgt... masa amik sains form 3 dulu pn mana mendalam sgt kan explaination dia... jns2 darah tuh tau la... xtau laks ada rhesus -ve and +ve ni... wuwuwu... seingat sy, sy pnh wat check up kt hospital pantai puteri masa zaman blaja dulu utk saspect satu penyakit ni... adala amik darah beberapa kali n sy tgk lab report darah sy tuh... darah sy jenis O -ve (if i am not mistaken...

Masa pregnant dulu pn xdak pn doctor klinik kesihatan cek pasai rhesus2 neh... cam no ek? kalu btol rhesus darah sy n suami berlainan... waduhh...bikin penin sebentar~!

Ok2...sila baca artikel yg d'copy paste dibawah ye~!

Seorang yang darah jenis A, boleh menerima darah dari A dan O, kumpulan B boleh menerima darah B dan O, AB boleh menerima darah dari A, B dan O. Orang yang berjenis O hanya boleh menerima darah jenis O saja. Sama seperti jenis darah, kumpulan Rhesus positif boleh menerima kedua darah positif dan negatif, tetapi yang Rhesus negatif hanya boleh menerima kumpulannya saja.

Jadi, darah O negatif, dapat diberikan kepada semua jenis A, B, AB dan O dan kumpulan positif dan negatif, tetapi orang yang ada O negatif hanya boleh menerima kumpulan darah O negatif saja. Jika diberi darah jenis lain, dan dari rhesus positif, komponen asing pada darah luaran ini akan memulakan satu respons oleh badan yang akan memecahkan sel darah di dalam badannya sehingga tiada lagi sel yang boleh berfungsi untuk membawa oksigen ke badan. Itulah sebab kita dengar orang boleh mati disebabkan kemasukan jenis darah yang tidak bersesuaian.

Di barat, kebanyakan warganya berkumpulan Rhesus negatif, tetapi di sebelah Timur dan Asia, kebanyakan orang adalah Rhesus positif. Permasalahan Rhesus dalam mengandung berlaku bila seorang wanita yang negatif mempunyai pasangan Rhesus positif.


Ada 50 peratus kemungkinan yang anak dalam kandungan itu positif. Jika anak dalam kandungan yang pertama positif, sel-sel darah dari anak dapat bercampur dengan darah ibu terutama sekali semasa bersalin. Sel-sel ini, walaupun sedikit akan menimbulkan rangsangan dalam badan ibu dan membentuk antibodi yang memusnahkan sel-sel darah Rhesus positif bayi.


Antibodi yang dibentuk dalam ibu akan berkekalan, seperti juga kalau seorang itu telah dijangkiti demam campak – badannya telah membentuk antibodi yang melawan virus campak itu dan kemudiannya, dia tidak akan dijangkiti lagi kerana antibodi yang ada ini akan mengenal virus campak pada kali yang kedua dan terus memusnahkannya.


Jadi, jika ibu itu mengandung kali kedua, dan kandungan anak itu positif juga, antibodi dari ibu akan memasuki salur darah bayi dan memusnahkan sel darahnya. Bayi ini akan meninggal kerana kurang darah yang menyebabkan kegagalan fungsi jantung (lemah jantung). Bila dilahirkan, ia kelihatan bengkak kerana cecair berlebihan di dalam badan. Keadaan ini dinamakan ‘Hydrops fetalis’.


Banyak kajian dilakukan mengenai masalah ini, sehingga sekarang jarang sangat ada kematian bayi berikutan masalah Rhesus. Adalah menjadi amalan biasa di semua klinik mengandung untuk memeriksa kumpulan darah ibu supaya mereka yang Rhesus negatif dikenal pasti. Mereka akan diminta membawa suami untuk diperiksa jenis darah mereka. Jika suami Rhesus positif, mereka akan dinasihati seperti demikian – bila sudah bersalin, darah anak akan diperiksa untuk mengenal pasti kumpulannya. Jika ia positif, ibu akan diberi satu suntikan dalam lingkungan masa 72 jam – suntikan ubat ini mengandungi imunoglobulin yang akan melindungi darah ibu dari membentuk antibodi kepada Rhesus positif. Ini akan diulangi tiap-tiap kali ia bersalin jika anaknya itu positif juga.


6 sweet persons:

Abah Yie & Ummi Na said...

samalah kita :) darah saya kalau tak silap O- juga hehe...

AshAnas said...

kwn shira darah jenis A-
br2 ni anak die meninggal ms 5 months pregnant... die terpaksa bersalin awal sbb keadaan baby lemah. doc nk cuba pantau dr luar. br 10 mins lahir anak die meninggal. kesian sgt...

f a i z a h 's said...

Abah Yie & Ummi Na: suami jenis darah apa?

AshAnas: baby dia ada masalah krn faktor rhesus darah ke?ke sbb laen?

Mrs Li - Faeeza Yusoff said...

ank sape kak?ksiannye..sy lupe drh jns ape sbb ms preggy pun doc xde infom drh jns ape :P

f a i z a h 's said...

Mrs Li - Faeeza Yusoff: xtaula anak sapa...tp yg wat announcement tuh akak ex-utp...

Huszaini said...

saya berdarah o tapi tak ingat yang mana satu... hehehe....

Post a Comment

Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D