Showing posts with label about shaklee. Show all posts
Showing posts with label about shaklee. Show all posts

7.12.15

Promo Disember 2015 Shaklee

Bismillah wal hamdulillah...

Happy Monday bagi yang berkerja! :D jangan 'Monday Blues' ye kawan-kawan... berkerja lah dengan bersungguh-sungguh kerna kawan-kawan diberikan kesempatan untuk memiliki pekerjaan yang diidam-idamkan ramai orang yang belum lagi ada rezeki pekerjaan... sama la jugak keadaannya dengan rezeki anak-anak kecil ini... tak semua diberikan kesempatan olehNYA untuk memiliki anak-anak kecil yang cergas lagi pintar ini... hehe :D

Jadi bersyukurlah kita seadanya... apa yang ada dan tiada semuanya merupakan pinjaman dan amanah buat kita semua... pejam celik pejam celik dah masuk hari ke-7 kita dibulan akhir tahun ini yakni Disember... sungguh terasa masa pantas sangat bergerak... tak terkejar rasanya... ok sudah2lah merapu :D belum sempat nak 'post' di sini berkenaan dengan promo Shaklee bulan disember 2015 ini... 


Kalau anda beli 1botol pun masih boleh dapat harga murah daripada harga runcit. Beli 2botol lagi terlajak murah! Tawaran ini sah sehingga hujung bulan ini :)

Untuk pembelian dan pertanyaan mengenai produk Shaklee anda boleh hubungi saya secara khidmat pesanan ringkas ataupun whatsapp ke talian 019-5588082. Saya menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma sekitar perlis (cash on delivery – COD) dan juga pos ke seluruh Malaysia menggunakan perkhidmatan POSLAJU cepat dan selamat.

Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

ID Shaklee: 962622
Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-5588082.

Nota: Setiap pembelian anda layak menerima jadual makan & tips eksklusif yang berkaitan, konsultasi percuma secara berterusan (after sales service) anda juga layak dijemput ke ‘group’ eksklusif tertutup di facebook.

30.10.15

1hari lagi!

Bismillah wal hamdulillah...

Selesai sibuk-sibuk uruskan hal ehwal anak-anak, nak 'update' sikit mengenai promo Shaklee yang bakal berakhir esok. Mana tahu kot ada dikalangan pembaca sekalian yang terlepas pandang tentang tawaran istimewa ini. Esok dah hari terakhir boleh la merancang pembelian anda yang menjimatkan ini.

'Offer' apa tu yang jimat sangat? Boleh tengok gambar di bawah!



Kalau anda beli 1botol pun masih boleh dapat harga murah daripada harga runcit. Beli 2botol lagi terlajak murah! Tawaran ini sah sehingga esok sahaja!

Untuk pembelian dan pertanyaan mengenai produk Shaklee anda boleh hubungi saya secara khidmat pesanan ringkas ataupun whatsapp ke talian 019-5588082. Saya menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma sekitar perlis (cash on delivery – COD) dan juga pos ke seluruh Malaysia menggunakan perkhidmatan POSLAJU cepat dan selamat.

Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

ID Shaklee: 962622
Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-5588082.

Nota: Setiap pembelian anda layak menerima jadual makan & tips eksklusif yang berkaitan, konsultasi percuma secara berterusan (after sales service) anda juga layak dijemput ke ‘group’ eksklusif tertutup di facebook.

 

28.10.15

Tips bangun pagi segar walaupun tidur lewat malam

Bismillah wal hamdulillah...

Hari ni merupakan hari ke-3 saya dapat bangun pagi awal dan yang penting segar, rasa cergas bertenaga dan tidak mengantuk! Saya mengalami masalah tidur yang tidak cukup sejak melahirkan anak ke-3 si ammar yaser. Ammar merupakan seorang bayi yang tidak suka tidur sama ada siang atau malam. Selepas saya melahirkan ammar, bermulalah episod kehidupan saya yang meletihkan dan mengantuk kerana tidak dapat tidur dengan mencukupi. Ammar bangun dengan sangat kerap menyusu diwaktu malam secara purata 5-6kali. Kadang-kadang tidak terkira banyaknya dia bangun menyusu sehingga satu tahap, ammar kembali bangun apabila saya baru hendak mula terlelap selepas sesi menyusu sebelumnya. Keadaan kekal begitu sehingga hari menjelang subuh. Kini usia Ammar 1tahun 9bulan. Bayangkanlah selama itu saya tidak dapat tidur lena yang mencukupi...

Hari ini merupakan hari ke-3 saya aplikasikan tips yang boleh saya anggap berjaya sebab saya boleh bangun awal (sebelum subuh), dan rasa segar tanpa rasa mengantuk (terpaksa bangun). Rasa aktif dan dapat masak sarapan, menyediakan keperluan anak ke tadika serta kelengkapan suami ke tempat kerja.

Antara tips hebat yang saya amalkan sepanjang tempoh 3hari kejayaan bangun pagi segar ini adalah:


'Short nap'

Saya akan ambil 'short nap' pada waktu tengah hari sebelum ambil anak sulung dari tadika (sebelum waktu solat zuhur). Sebagai surirumah memang agak sukar untuk tidur seketika di siang hari kerana ada anak-anak kecil. Apa yang saya buat, saya bawa kedua-dua anak masuk bilik dan ajar mereka untuk tidur bersama-sama dengan erti kata lain berehat. Masa yang diambil sekejap sahaja dalam linkungan 10-15minit. Saya selalu amalkan 'short nap' ini ketika berkerja dulu. Sewaktu makan tengah hari, saya akan lelapkan mata sekadar tempoh 10-15minit sahaja untuk tampil cergas pada sesi berkerja sebelah petang.

Berdasarkan kajian 'short-nap-time' dapat meningkatkan prestasi kerja secara berterusan. Waktu terbaik mengambil sesi 'short-nap' ini adalah diantara 10-20minit 1sesi. Disamping itu ia juga berupaya meningkatkan kemahiran kognitif, daya ingatan dan kecergasan minda seseorang.


'Alarm-clock'

Saya menggunakan 'alarm-clock' telefon bimbit ataupun anak saya yang menyusu sebagai penggera semulajadi saya. Ammar akan biasa bangun menyusu 1jam sekali dan saya memang terbiasa bangun pukul 5-6pagi sebab ammar memang akan bangun menyusu pada waktu itu. Apabila sudah bangun dan ammar selesai menyusu saya akan terus bingkas bangun, mandi, dan bersiap untuk solat subuh tanpa melengah-lengahkan masa 'alarm-clock' yang sudah saya set (sama ada jam telefon ataupun jam si ammar)

Amalkan sebelum tidur tanpa gagal

Saya akan mengambil 2biji vitalea dan 4biji ostematrix tanpa gagal setiap kali hendak tidur. Kadang-kadang saya selesai melakukan tugasan harian (uruskan pesanan pelanggan untuk tujuan pos esok harinya) pada pukul 1-2pagi. Jadi saya akan ambil vitalea dan ostematrix bersama air masak secukupnya.


wpid-20151028081202.jpg


wpid-20151028075732.jpg


Berdoa

Sebelum tidur jika berkelapangan, tunaikan solat sunat witir dan bacaan surah al-mulk. Berdoa kepada ALLAH SWT agar dia kejutkan kita pada waktu sepatutnya agar dapat melakukan ibadat kepadaNYA. Insya ALLAH dengan izin ALLAH SWT kita boleh bangun tepat pada waktunya dan dengan semangat!

Untuk pembelian dan pertanyaan mengenai produk Shaklee anda boleh hubungi saya secara khidmat pesanan ringkas ataupun whatsapp ke talian 019-5588082. Saya menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma sekitar perlis (cash on delivery – COD) dan juga pos ke seluruh Malaysia menggunakan perkhidmatan POSLAJU cepat dan selamat

Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

ID Shaklee: 962622
Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-5588082

Nota: Setiap pembelian anda layak menerima jadual makan & tips eksklusif yang berkaitan, konsultasi percuma secara berterusan (after sales service) anda juga layak dijemput ke ‘group’ eksklusif tertutup di facebook.

 

1.6.15

Ibu menyusukan anak asthma/alahan/eczema?

Bismillah wal hamdulillah...

Entri ini mengenai perkongsian peribadi saya setelah saya merasainya sendiri... begini kesahnya, saya memang ada keturunan asthma iaitu mak saya. Jadi kami adik beradik memang cepat sangat kena alahan seperti gatal2 kalau salah makan... tergaru2 memang dari kecik lagi... tapi xdakla serius... cuma saya dapati kalau saya makan seafood, ayam, belacan memang kegatalan itu memuncak... Tapi tak ambil kesah sangat sebab mak selalu sapukan econazine... ntah ubat apa tapi berkesanla haha! main sapu jek...asalkan dah tak rasa gatal yang menyengat...

Lepas dah ada anak lebih peka... terutamanya ubat nak apply kat kulit budak ni... start dari aisya memang dia ada eczema tapi saya belum serius lagi dengan Shaklee... asik apply krim h-cort ja... dahla ada steroid... masa tuh tak berapa arif lagi mengenai steroid dengan kesan jangka masa panjangnya cuma dapat avoid la kalu eczema tuh tak serius selalu letak olive oil... aisya paling lama kena eczema sampai umur dia 2tahun++ sekarang pun kalau salah makan terutamanya udang n sotong mesti dia gatal2... 

Nak dijadikan cerita, ammar macam ada simptom2 lelah tapi doctor kata BELUM lelah cuma kena berjaga2... saya tersangatlah susah hati... dia baru 1tahun 4bulan... saya dapati kalau dia terkena debu/habuk memang dia macam sesak nafas sikit n saya nampak dia mula bernafas melalui hidung... kesian... pagi2 ja mesti terbersin n hidung keluar hingus... tapi bila cek doctor, semua ok, lung clear dan kuat tak perlu nebulizer... saya pun mula amalkan OMEGA GUARD SHAKLEE sebab omega-3 memang mampu untuk melegakan pesakit asthma... ada kajian mengenai ini...nanti saya sertakan link... jadi bila saya cuba dalam 1botol gitu memang saya dapati ammar dah tak bersin2 lagi, hidung pun tak cepat bermukus... ummi memang tersenyum lebar dalam rasa syukur... ALHAMDULILLAH dengan izin dan kuasanya...

Baru2 ni stok OMEGA GUARD saya habis.... sibuk apa ntah terlupa nk restok padahal ada promo... memang salah saya... 2minggu terskip omega ammar pulak terjangkit demam dgn kak long aisya... terus macam nampak dia nak bernafas tak selesa... tak selesema n batuk pun... terus bawak jumpa doctor... doctor kata biasalah budak ada keturunan asthma ni memang sensitif... mungkin dia terdedah pada habuk, debu atau bulu binatang jadi tekak dia berkahak sikit n dia sukar nak bernafas... rasa macam ya allah! kenapalah buat lupa nk makan omega ni... apa2 pun semua terjadi dengan kehendak DIA... Kita hanya mampu berusaha... dah borong omega sebab ada promo...boleh super duper jimat... dah seminggu konsisten omega alhamdulillah kahak ammar dah hilang dan dia dah boleh bernafas dengan selesa...doctor kata kalu tak, memang kena nebulizer... sob3...

Dah 1June2015...sorry promo Omega Guard Shaklee sudah berakhir...jadi harga seperti sedia kala... kepada ibu-ibu yang menyusukan anak yg ada alahan, cepat kena kahak, eczema saya syorkan amalkan omega... kalau taknak makan yg Shaklee pun xpe tak paksa... hehe... tapi please cari supplements omega-3/fish oil di pasaran yg berkualiti... yg Shaklee konfem berkualiti... jangan cari yg LEMAK je banyak... tengok 'nutrition-facts' dulu ye sebelum beli... tengok kuantiti DHA dan EPAnya... bukan kuantiti fish-oil semata2...

Ok, sekian perkongsian dari saya...semoga bermanfaat :)



 

29.4.15

Pengalaman berharga...

Bismillah wal hamdulillah... 

Ni oudated punya entri... asik terperam dalam draft hampir 3minggu dah... bukak blogger tiap2 hari tapi nak mula menaip ada je kekangan... tp xboleh, nak juga update... rasa xlengkap kan life ini hehe :)

Al-kisahnya sy berpeluang menghadiri "Bengkel Nutrisi Shaklee" pada 11April2015 yg lepas... yelah, kita asik dengar macam2 pasai Shaklee, dari yg buruk kepada yg baik... macam2 kisah... better kita pi sendiri talk n bengkel mereka sendiri yg disediakan oleh Pakar Nutrisi Shaklee... bukan calang-calang orang insya allah, mmg graduated dalam bidang nutrition dan mempunyai banyak info mengenai nutrisi...

Apa yg saya boleh share di sini kelainan SHAKLEE daripada syarikat MLM yg lain adalah Shaklee lebih mementingkan kualiti produk mereka daripada 'head-hunting' punya cara... Jadi xkisahlah berapa ramai orang kat bawah anda tp ia tidak memberi 'extra-benefits' pun once orang tuh daftar bawah kita... melainkan orang tuh ada spend membeli produk Shaklee, Shaklee akan beri sedikit imbuhan kepada 'sponsor'. Tapi kalau 'sponsor' goyang kaki pun tak ke mana juga... Ok itu sedikit sebanyak pasai bonus... tapi saya tak nak cerita pasai bonus, tapi saya nk cerita mengenai produk Shaklee sbb saya join BENGKEL NUTRISI SHAKLEE yg mana banyak info yg saya dapat mengenai kebaikkan dan kelainan produk Shaklee antaranya:-

1) Shaklee TIDAK PERNAH MENAJA mana-mana duta untuk mempromosikan produk mereka tetapi DUTA itu sendiri yg dengan relahati nak tolong promot produk Shaklee sebab dah merasai kebaikkan Shaklee... kira Shaklee tak bayar apa-apa pun kepada si duta... kira kerja sukarela nk kongsi benefits yg mereka dapat... 

2) SHAKLEE pernah membuat 1produk khas untuk para angkasawan NASA kerana pada ketika itu, angkasawan NASA mengalami simptom2 sukar menyesuaikan diri dengan keadaan dunia selepas ke angkasa lepas. Pegawai NASA datang kepada Shaklee mohon bantuan Shaklee untuk membuat 1produk khas kepada angkasawan agar simptom2 itu dapat dikurangkan. Selepas itu Shaklee telah mengeluarkan 1produk khas kepada angkasawan & YES simptom2 sukar menyesuaikan diri itu dapat dikurangkan malah cepat pulih. 

3) Shaklee telah menguji setiap bahan baharu yang mereka gunakan di dalam produk untuk mengesan lebih 350 bahan cemar yang berbahaya.

4) Shaklee menjalankan lebuh 100,000 ujian kualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan yang paling eksklusif kepada setiap produk yang mereka keluarkan.

5) Shaklee juga telah melabur 300juta untuk R&D (research & developement)

6) Shaklee memiliki 60orang saintis



 

7.4.15

Special for April 2015!

Bismillah wal hamdulillah...

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua...

Eceh nk buat announcement sikit... buat makluman semua... saya adalah pengendar sah shaklee hehe :D yakni your Shaklee's Independent Distributor... sesiapa ingin mendapatkan maklumat terperinci mengenai setiap produk Shaklee serta ingin membuat pembelian boleh hubungi saya... penghantaran ke seluruh Malaysia & COD (cash on delivery) di sekitar Perlis... Selepas pembelian anda layak mendapat konsultasi percuma & 'service after sales'. Anda akan 'difollow up' oleh saya untuk mengetahui perkembangan anda sepanjang pengambilan 'supplements' Shaklee melalui saya... Best tak? Haha :D Sorry promot sikit...





Untuk produk SHAKLEE bagi penduduk negeri Perlis Indera Kayangan anda boleh menghubungi sy utk COD produk Shaklee ya~  bagi negeri2 lain juga boleh… Pos ke seluruh Malaysia avaiable (POSLAJU) Insya ALLAH..
    
Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
 
  ID Shaklee: 962622 (atas nama mohd asyraf bin suhaimi)
Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com
Phone/Whatsapp/Telegram: 019-5588082 
 
Notes:Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook
 
 

18.3.15

Cerita dari hati ke hati...

Bismillah wal hamdulillah...

2-3hari lepas adik saya bertanya mengenai produk skincare Shaklee iaitu NutriWhite Shaklee... sebelum ni dia pakai skincare Enfuselle Shaklee [untuk pengetahuan semua Shaklee ada 2jenis set skincare 1) NutriWhite 2) Enfuselle] eh Shaklee bukan ada produk supplements semata-mata ye kawan-kawan, ada juga produk skincare, haircare, homecare... best tau, n kalau nak tau sejauh mana best tuh kena la try... 

Honestly sy memang takut nak try skincare Shaklee sebab harganya... saya ni pun cepat sangat buat andaian... saya kan surirumah jek...huhu... bila ada customer tanya dan saya sendiri survey n tanya dari hati ke hati customer saya termasuk adik saya pengguna tegar skincare Shaklee dia pun cakap, walaupun masa nak beli boleh tahan jugak harganya tapi 'alah membeli menang memakai' kekdahnya... sebab apa?sebab skincare Shaklee ni tahan lamaaaa... macam adik saya dah 1tahun++ pakai Enfuselle dia hanya akan order fullset setiap 5bulan cenggitu...makna kata setahun order 2kali je pencuci muka bagai tuh... jimat sangat kalau nak dibandingkan dengan harga produk lain dengan kualiti Shaklee yang memang terjamin! 

Lepas tuh adik saya nk try skincare NutriWhite pulak... saya pun gigih tanya customers dan kawan2 yang dah try... memang semua testimonial best2...saya pun saving la sikit duit nk beli gak la pencuci muka NutriWhite nehs...macam rugi je tak cuba... 1set full NutriWhite (ada 7barang) tahan almost 1tahun~! tak ke jimat??? tak perlu ulang alik ke kedai cari pencuci muka setiap sebulan... ok tak mau cakap banyak... nanti next entri saya share lagi info details ye! Si ammar sudah bergantungan di kaki... eheh :P


Untuk produk SHAKLEE bagi penduduk negeri Perlis Indera Kayangan anda boleh menghubungi sy utk COD produk Shaklee ya~  bagi negeri2 lain juga boleh… Pos ke seluruh Malaysia avaiable (POSLAJU) Insya ALLAH..
    
Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
 
  ID Shaklee: 962622 (atas nama mohd asyraf bin suhaimi)
Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com
Phone/Whatsapp/Telegram: 019-5588082 
 
Notes:Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook

 

8.12.14

Double happiness this month!

Bismillah wal hamdulillah... 

Apa yang happiness sangat? Bulan ni Shaklee lancarkan promo utk 2produk sekali gus... pulak tuh, ada 4jenis promotion semuanya... jom tengok promotion apakah? rugi woo tak grab... bukan senang Shaklee nak buat promo macam ni...

Tak beli 6botoi pun tak pa nak dapatkan peluang best ni... beli 2botoi dalam less 5%... jejoms semua!

2produk sekaligu... BUY 6 FREE 1

Untuk produk SHAKLEE bagi penduduk negeri Perlis Indera Kayangan anda boleh menghubungi sy utk COD produk Shaklee ya~  bagi negeri2 lain juga boleh... Pos ke seluruh Malaysia avaiable (POSLAJU) Insya ALLAH...
 
Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
 
ID Shaklee: 962622 (atas nama mohd asyraf bin suhaimi)
Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com
Phone: 019-5588082
YM: syauqatul_wardah_nur_faizah  

Notes:Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook

 

6.10.14

Kesibukkan hal duniawi...

Bismillah wal hamdulillah...

Haha! Tajuk xboleh blah... baru perasan dah hampir 1bulan xupdate blog tercinta ini... hari ni, hari raya aidiladha ke2 dah bagi tahun 1435H... tahun ni paling hambar sambutan sbb xboleh nak pi mana sgt... since malam aidiladha lg hujan turun tak henti2 di bumi perlis indera kayangan... diikuti dgn ketiga2 anak syurgaku ini kena flu... syukur xda yg demam... mula2 kak long aisya selesema n batuk... bawak balik dari skolah... dia ckp ada budak demam... patutla kan so bawak balik virus bagi kt adik2...ekeke :P dah p skul gitula kannn... nk buat macam mana... aisya sekarang kerap jgk kena flu sejak pi sekolah... memang wajibkan dia ambil madu n chewable vit c shaklee setiap hari...

Bila anak-anak xsihat ummi jadi super bz... tidur malam pun dah hampir tidak tidur... ammar bangun setiap 10-15minit... naik berpinar mata ummi dibuatnya... badan sgt letih... nasib baik kedai headband tutup sat sempena aidiladha...kalu tak xsempat nk uruskan order... alhamdulillah lately order adalah sgt memberangsangkan.... syukur ya allah atas rezeki ini... eh kedai shaklee saya pun buka seperti biasa ye... hehe :D 2in1 la kekdahnya... shaklee dan headband...ekeke :P jgn pula ada yg fikir sy da stop bisnes shaklee... masih lagi dibuka utk konsultasi percuma serta pembelian produk... begitulah kesibukkan duniawi sy... kat rumah dah macam opis... SOHO sy 2in1 juga... mana dgn alatan menjahit, ribbons, aksesori headband, lepas tuh barang2 shaklee lagi... dah selerak sana-sini... itu belum lagi part 3org assistant membantu ummi... super mencabarnya berkerja dari rumah... tidur pun xikut waktu dah...kkdg 2-3jam ja dapat lelap...kekadang kalu time2 anak2 syurga ni xsihat hampir tidak tidur malam...

Jangan lupa ye kawan-kawan n readers sekalian... bulan ni promo hot stuff shaklee yakni ESP (Energizing Soy Protein) BELI 6 PERCUMA 1... Serta Meal Shake masih lagi dgn promonya utk bulan itu iaitu BELI 3 PERCUMA 1... Jom grab 2stuffs termasyur ini :)
 


Untuk produk SHAKLEE bagi penduduk negeri Perlis Indera Kayangan anda boleh menghubungi sy utk COD produk Shaklee ya~  bagi negeri2 lain juga boleh... Pos ke seluruh Malaysia avaiable (POSLAJU) Insya ALLAH...
 
Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
 
ID Shaklee: 962622 (atas nama mohd asyraf bin suhaimi)
Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com
Phone: 019-5588082
YM: syauqatul_wardah_nur_faizah  

Notes:Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook


 

3.9.14

My 'Babies' & cabaran menjadi WAHM...

Bismillah wal hamdulillah...

'Babies' di sini merefer bisnes2 kecil-kecilan omak sepanjang menjadi surirumah ini... kenapa digelar Babies? sebab bidang bisnes itu telah menjadi passion saya, saya minat, saya sayang n saya struggle utk membangunkannya walaupun xdakla pendapatan berkoyan2 sangat, tp masya ALLAH bisnes sekangkang kera saya ini banyak sangat mengajar saya... mengajar saya untuk bersabar (of kosh!), bukan senang nak duit masuk berdesup2 tanpa usaha yg bersungguh2 korban masa rehat, berkelai (dalam bahasa utaranya gadoh2 manja la kenkonon) dgn anak2, korban tidur, duit modal walaupun xbyk tp banyak bg seorg housewife yg xda income tetap setiap bulan...

Dalam pada nk fokus kepada 'babies' tersebut ada jugak babies lain yg kena ambil perhatian tak kira waktu dan masa... yakni anak2 syurgaku... :) tuh la arituh yg keluar status "feeling menyotong" haha! heran org apa kes yg jadi sotong tuh... jadi sotong la sebab rasa tak cukup tangan nk handle semua menda dalam 1masa... time2 tuh juga 1-2org customers whatsapp tanya pasai Shaklee, pastu tiba2 ada customers pm facebook tanya pasai headband (baru 2minggu baby saya ni), lepas tu tiba2 si aisya asyik dok suruh ummi buat roti sapu peanut butter, amira pula nak minum susu, ammar pulak meraung nk susu n mengantok... huwaaa... ummi mmg feeling sotong betul la... riuh-rendah la rumah dikala itu... dah gane kan? dah namanya working-at-home-mom... mmg tak sanggup kkdg... sebab tak boleh nak fokus pada satu2 kerja... 

Kalau diberi pilihan saya mmg pilih kerja di ofis sebab walau sesibuk mana kita, kita boleh fokus satu2 kerja tanpa ada gangguan... kalu kt rumah dikala tengah fokus tiba2 anak meraung meronta takkan nk buat derk selama 1jam semata2 nak fokus?mmg tak boleh fokus la kalau dia meraung tanpa henti...akhirnya ummi beralah meninggalkan kerja dengan harapan sementara cuma mungkin makan masa 15minit tapi sebenarnya esok sambung pulak kerja tersebut... nampak tak cabaran kat situ?nampak simple tp waduhhhh bg saya sgt sukar utk saya lakukan... pernah sy menangis sebab tak boleh nk fokus n rasa macam ntah apa2... serius! ya allah bantulah daku menjaga, mendidik anak2 syurgaku sebaik mungkin sambil aku dapat menjalankan amanah lain yg juga memerlukan perhatianku... berdoa je la mampu sebab doa kan senjata orang mukmin... 

Itu baru anak2 syurga 3orang dah rasa macam 10orang... haha! ALLAHUAKBAR... tak semudah yg dibayangkan...
 

3.6.14

Healing crisis/krisis penyembuhan & cara menghadapinya...

Bismillah wal hamdulillah...

Ramai yg gelabah bila ambil supplements tiba2 badan hadapi situasi2 pelik macam pening2, sakit kepala terlampau, demam, keluar ruam2 panas etc. Tahukah anda apakah itu krisis penyembuhan dan bagaimana cara anda untuk atasinya?

 

Krisis penyembuhan: When It's Good to Feel Bad

Krisis penyembuhan merupakan kesan sementara yg dihadapi oleh seseorang apabila badan seseorang itu dalam proses untuk sembuh dari sesuatu penyakit. Kesan yang dihadapi itu berpunca daripada proses nyah toksin daripada badan, apabila badan mula mengesan 'luka' dan 'kecedaraan' lama pada sistem tubuh badan dan beberapa ketidakseimbangan di dalam sistem badan. Tubuh badan manusia ALLAH SWT jadikan sgt kompleks dan terlalu istimewa kalau nk dibandingkan dgn sistem komputer. Tubuh badan ciptaan Yang Maha Esa ini mampu berkerja untuk menyembuhkan dirinya sendiri... Apa yg penting kita mestilah mengambil makanan berkhasiat, zat2 dan nutriens2 penting utk badan berkerja menyembuhkan dirinya sendiri. 

Krisis penyembuhan merupakan 1perkara yg sgt penting dalam proses penyembuhan badan manusia daripada sesuatu penyakit/masalah secara alami dan natural. Walaupun kadang2 krisis penyembuhan menyebabkan manusia merasa tidak selesa dan merasakan penyakitnya semakin serius sebenarnya merupakan petanda positif. Ia menunjukkan badan sedang berkerja untuk menyembuhkan dirinya sendiri.

Simptom-simptom krisis penyembuhan

Mestilah diingatkan sekiranya anda sedang mengambil supplements anda mungkin berhadapan dgn krisis penyembuhan dan ia bersifat sementara sahaja.


Apa yang menyebabkan berlakunya krisis penyembuhan?

Krisis penyembuhan melibatkan beberapa fasa terutamanya bagi mereka yg mempunyai masalah toksin yg terlalu banyak di dalam badan yg sudah bertahun-tahun lamanya berada di dalam badan. Secara umunya, semakin banyak toksin dalam badan kesan krisis penyembuhan yg dihadapi mungkin lebih lama dan agak teruk. Apabila krisis penyembuhan dirasai badan sedang berkerjasama dgn supplements serta zat2 yg diperolehi untuk menyahtoksin toksin-toksin di dalam badan. Tetapi haruslah diingatkan keadaan ini bersifat sementara sehinggalah badan selesai melakukan tugasnya. 

Krisis penyembuhan ini melibatkan beberapa fasa pembersihan/detoks contohnya perubahan pada diet seharian (peningkatan makanan probiotik etc) suppelements, herbs, treatments (ozone treatments, acupuncture,homeopathy etc) Krisis penyembuhan berlaku apabila sel-sel badan/organ mula melepaskan toksin berlebihan untuk membersihkan daripada sistem badan (kulit, hati, pundi kencing, paru-paru, buah pinggang)

Krisis penyembuhan juga menyebabkan yis, viruses, baketeria, kuman dan sel kanser mengalami fasa dimatikan. Sel-sel yang mati perlu dikeluarkan segera daripada badan & badan mula bertindak-balas untuk mengeluarkan bahan-bahan daripada virus, baketeria dan kuman ini.

Bagaimana cara menghadapi krisis penyembuhan secara efisen?

 1) Melakukan persediaan fizikal 
  • Lymphatic system - Sistem limpha mengangkut sisa kumuhan daripada sel-sel badan. Senaman dan pergerakkan membantu sistem limpha melakukan kerjanya dengan baik. Minum air secukupnya dan amalkan hidup aktif bagi membantu sistem limpha anda untuk berkerja
  • Urinary system - kutip dan keluarkan sisa toksin dan kumuhan daripada badan. Air adalah sumber utama yg membantu sistem urinari melakukan tugasnya dgn baik. Jika anda tidak minum air yg banyak, sistem urinari tidak dpt membuang sisa toksin, racun dan bahan buangan daripada badan.
2) Minum air secukupnya

Mengambil air yg maksimum dan secukupnya membantu badan berada dlm keadaan hydrated bagi mengelakkan badan daripada berhadapan dgn krisis penyembuhan yg lebih teruk
3) Periksa diet seharian

Bagi menyediakan tubuh badan berhadapan dgn krisis penyembuhan adalah dengan memeriksa diet harian. Ambil makanan tinggi protein, kurangkan gula dan manisan dan makanan yg diproses. Ambil banyak makanan segar seperti sayuran hijau, buah-buahan, proteins dan makanan yg berfiber. 


Untuk produk SHAKLEE bagi penduduk negeri Perlis Indera Kayangan anda boleh menghubungi sy utk COD produk Shaklee ya~  bagi negeri2 lain juga boleh... Pos ke seluruh Malaysia avaiable (POSLAJU) Insya ALLAH.. 

Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
 
ID Shaklee: 962622 (atas nama mohd asyraf bin suhaimi)
Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com
Phone: 019-5588082
YM: syauqatul_wardah_nur_faizah  

Notes:Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook
 

2.6.14

June aku datang dan diri saya yg tua...

Bismillah wal hamdulillah...

Pejam celik je kan dah masuk bulan jun... hujung bulan ni dah nk start puasa... ya rabbi! dah nk puasa pulak... macam baru je bulan ramadhan... hehe :D dah pertengahan tahun...nti tup3 tiba2 dah hujung tahun... umur pun dah masuk fasa 30an dah tahun nehs... terasa tuanya diri... semakin menghampiri mati tp tak sedar2 diri lagi... amalan semua masih ditakuk lama malah makin merosot... apakah??? 

Selepas beranak anak ke3 arituh mmg dah terasa sgt tua apabila badan dah start sakit2... xsure sebab apa... kemungkinan byk... fasa post-natal, fasa selepas bersalin yg mana byk urat2, sendi2, otot2 semua merenggang kini nk berbalik kepada normal, fasa mungkin xjaga makan dgn betul, kekurangan nutriens (ada skip amik supplements)... macam2lah... faktor usia juga merupakan faktor yg besar sy rasa sbb bila baca banyak aritkel fasa kemerosotan kesihatan seseorang terutamanya wanita bermula pada usia 30an... ok cuak kejap... masa muda-mudi dulu naik tangga dgn riang xdak rasa apa skrg?ya allah... macam nk tercabut rasa pinggang n lutut... ohhhh... sy sudah tua T_T mungkin jugak punca daripada berat badan... kena diet faizah oitt... start ramadhan ni laaaa... sistem badan pun dah tua tak leh nk balun apa semua jenis makanan... 

Ohh... sy dah tak boleh nk makan sayuran berkacang macam sayur kacang panjang, sayur kacang buncis dan PULUT... kalu makan mula la perut rasa menyumbat2 kerna masalah angin... sedih di situ... anak ke3 dah sgt terasa... sy bukanlah hantu pulut sgt tapi bila tiba musim harum manis dan durian teringinlah jgk nk jamah 2-3suap pulut...serius dah tak boleh... mula terasa angin dan perut rasa sakit... sekarang ni nk konsisten makan supplements shaklee utk kewanitaanku...hehe :P bajettt... seperti alfalfa, GLA Complex, Omega Guard, Vitalea, bcomplex, ostematrix... yg ni mmg konsisten amik...sbb ni kira vitamin 4in1... yakni set cadangan breastfeeding, set cadangan kesihatan wanita, set cadangan kesihatan sendi, set cadangan detoks & sliming... fuhhhh terbaiklah shaklee! semua pun sesuai :D disamping itu sy juga tidak ketepikan cara pemakanan yg dianjurkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW... sy amalkan air halba+habbatussauda'... lepas tuh madu, vco dan olive oil jugak... cuba yg terbaik... 






Untuk produk SHAKLEE bagi penduduk negeri Perlis Indera Kayangan anda boleh menghubungi sy utk COD produk Shaklee ya~  bagi negeri2 lain juga boleh... Pos ke seluruh Malaysia avaiable (POSLAJU) Insya ALLAH.. 

Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
 
ID Shaklee: 962622 (atas nama mohd asyraf bin suhaimi)
Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com
Phone: 019-5588082
YM: syauqatul_wardah_nur_faizah  

Notes:Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook
 


 

29.3.14

Kenapa saya memilih SHAKLEE?

Bismillah wal hamdulillah...

1- Shaklee paling convenient... Membership RM65 sahaja and lifetime lagi! Tak wajib simpan stok dan yang best Shaklee boleh tolong poskan produk kepada customer (jimat duit minyak, jimat masa.. sesuai sgt utk housewife yg sibuk dgn anak2... tak perlu labur duit ratusan n ribuan ringgit nk join Shaklee, tak perlu bergolok-gadai utk jadi member Shaklee)

2- Produk of course berkualiti, ada pengesahan KKM, HALAL approved, clinically tested dan berada dipasaran dunia lebih kurang 50tahun... 

3- Shaklee memberi penekanan kepada produk bukan konsep 'head-hunting'.

4- Business Shaklee ni boleh buat dan mula dengan share sahaja berkenaan dgn produk Shaklee, testimonial Shaklee, pengalaman anda dengan Shaklee dan lain-lain. Tak perlu jumpa orang nk share... online pun boleh melalu facebook, twitter, instagram, email, SMS, whatsapp dan lain-lain. Semua dihujung jari... Mudah kan?

5- Saya sendiri honestly adalah pengguna Shaklee sejak 4tahun lalu dan memang dah jatuh cinta dgn kebaikkan Shaklee...jika anda berminat untuk membuat 'side-income' dan mungkin di masa akan datang nak jadikan Shaklee sbg income terpenting sangat recommended untuk anda pilih Shaklee sebagai bisnes anda.

6- Apa-apa pun mesti bermula dgn niat yg ikhlas dan sanggup berusaha bersungguh-sungguh... tak ada kejayaan itu datang bergolek tanpa usaha n pengorbanan yg kental... :)




 

5.1.14

Overdue: Day 4

Bismillah wal hamdulillah... 

Hari ni kira hari ke4 overdue dari EDD... kira pengalaman pertama bg sy walaupun anak da nak masuk 3orang... memula cuak jgk... fikir macam2... tp setelah digugel, ditanya kepada yg lebih pakar rasa macam xda apa yg perlu dibimbangkan... adik baby kt dalam masih aktif macam biasa... alhamdulillah menda pertama yg sy monitor adik baby setiap hari adalah movement dia kt dalam aktif atau tak... mmg da terasa adik baby macam da ketat2 je setiap kali bergerak2... tp aktif seperti biasa...

Mungkinkah hari ini bertarikh 5Januari2014? huhu... berdebar tetap jgk berdebar...tak sabar pun tetap jgk rasa xsabar... bercampur baur dah perasaan... yg paling tak tahan nk tanggung adalah sakit urat antara joint paha n b****t... huhu... mmg sampai kena telan paracetamol sbb dah restless sgt menahan seminggu lebih sudah... sbb tuh rasa cptlah bersalin nk berurut bagai bagi badan bertenaga balik... alignment badan habis lari dah nehs...urat pun da byk xbetul agaknya sbb tuh asik kena angin n rasa xsedap jek... apa2 pun masih tetap sabar menanti sbb nak kelahiran yg natural n alami... xmau paksa2 adik baby keluar if masanya belum tiba... ALLAH SWT knows the best... hari2 mesti solat taubat n hajat.. dalam releks2 ada jgk rasa kebimbangan tp skrg mmg tawakkal sepenuhnya kepada ALLAH SWT... mg DIA berikan kami keselamatan n kesihatan yg baik... smg segalanya baik2 shj... 

Masih lg rancak COD produk2 shaklee... alhamdulillah sgt2... sejak 1jan2014, hari2 dpt SMS/WhatsApp/PM FB yg berminat nk cuba Shaklee... ada repeat order... n hari2 gak bz COD... weekend gini boleh la COD siang, kalu weekdays mmg jalan2 dimalam hari kami sekeluarga utk COD... alhamdulillah...rezeki adik baby mungkin...terima kasih kepada semua customers yg memahami...ada yg nk simpan stok sesiap takut sy xleh nk COD brg atau brg out of stocks time sy dalam pantang... semua amik langkah berjaga2...hehe :D good2... xpa...dun worry if sy xdpt nk COD en.abg sedia membantu...jgn isau na...just SMS/PM jek... :)

 

28.12.13

Emosi dihujung pregnancy...

Bismillah wal hamdulillah...

Ibu mengandung ni byk bermain emosi dek kerna hormon2 yg sentiasa berubah... begitulah salah satu pengorbanan seorang ibu (teringat sgt kat mak walaupun baru jek jumpa td) tp setiap anak yg dikandung, bakal dilahirkan, bakal dibesarkan, dididik sesempurna mungkin hingga dewasa dan berjaya dunia akhirat...bukan semudah lidah menuturkan kata... segalanya perlukan kesabaran, kekuatan dan pengorbanan yg tiada galang gantinya... itulah dia seorang ibu dan ayah...

Sentuh mengenai emosi, kkdg sy sendiri pun tak faham dgn apa yg saya rasa... tp syukur agama kita mengajar kita mengenai zikir, bacaan ayat2 suci al-quran, solat utk mencari ketenangan dan jalan keluar kepada satu2 permasalahan... ingat da jadi surirumah ni boleh nk bersenang-lenang goyang kaki berangan 24jam ja ka?lagi byk menda kena fikir start dari bgn tidur n tidur semula... tuhpun kkdg gagal tidur awal kerana rasa kepala serabut... huhu...

Kesihatan fizikal

Start false alarm sejak 28weeks lg... tp sokay la sbb pernah ja lalui... bila entering 36weeks, false alarm sgtlah kerap kkdg the whole day... mula2 fikir nk bersalin awalkah kali ni?tp skrg ni da 39weeks 1day tp masih menten makna kata mungkin akan approaching due date atau overdue jgk nehs?

Keadaan false alarm yg boleh tahan jgk urge dia... kkdg terasa nk rehat seharian tp apakan daya tugasan n amanah sbg seorg surirumah menjaga 2org puteri perlu juga diteruskan... alhamdulillah sy mampu melakukan tugasan2 dgn baik walaupun ada jgk kelompangan (termarah aisya n amira, rumah xsempat kemas hnya sempat masak n melayan anak2...) bg saya 1kegagalan kalu 1hari tuh xdpt jalankan tugasan2 penting dgn baik contohnya seperti membasuh, sidai baju, memasak awal, uruskan anak2 dgn baik, mengemas rumah etc... 

Hari2 mesti set KPI utk diri sendiri... bgn awal masak dulu, mandikan anak2, suapkan anak2 makan (tugasan super penting) agar anak2 tak meragam if lambat nk setelkan depa... bila da segar2 mandi n perut pun kenyang 2beradik tuh akn sibuk bermain kt play area mereka (1bilik kt belakang) di mana sy seperti lipas kudong membasuh, sidai baju, menyapu sampah, kemas umah, solat sunat dhuha n zikir sebelum amira merengek mengantok... kkdg xsempat buat pun bila anak2 tak memberikan kerjasama sbb mood depa xsama setiap hari... ada hari2 mudah ja, ada hari2 masing2 buat perangai... dgn kakak aisya sibuk nk ajak ummi melayan dia melukis/mewarna sepanjang hari, disamping itu kak ngah amira pulak sibuk nk ummi melayan dia tgk video, melayan dia mkn...so hadap tuh je la smpai petang... ummi pun xsempat makan kkdg... pernah sampai pitam jadinya... sadisss... T_T

Macam xpercaya dgn diri sendiri mampu buat semua ni smpai sarat2 menanti hari gini... hehe :D bila lagi nk rasa bangga dgn diri sendiri kans... so sudahnya malam mesti sakit2 badan... skrg sakit2 tulang b****t pulak... dah 3hari... kronik pulak tgk diri ini... masa pregnant aisya n amira xdak pulak jadi gini... ostematrix telan je tiap2 hari tanpa gagal... mesti faktor umur nehs atau guane?nk tidur pun seksa amat sbb sakit kena cari position yg sesuai... smg dikurniakan kesihatan fizikal yg baik... ameen... rasa mcm nk p mengurut ja sebelum deliver...boleh ke eh mengurut?tp bukan urut kat perut urut kat kaki n part2 yg sakit n lenguh jek... sempat ka dak ni?bidan urut pun xcari lagi sebab bidan yg sy biasa tuh dah meninggal.. innalillah...

Isu semasa (isu homebirth/natural & gentle birth)

Gempar! Haha... ala2 berita sensasi... menda natural & gentle birth ni da lama kot kt malaysia apatah lagi dunia cuma rakyat malaysia ni baru nk terbukak mata n minda pasai menda nehs... yg xtau apa2 pun sibuk bagi pendapat padahal 1menda pun xtau apa itu natural n gentle birth... siap ada yg tulis "1 GERAKAN" pulak group yg support natural n gentle birth... mmg lawak sgt!

Manusia ni lebih suka judge dulu sebelum tahu/amik tahu/cari infos berkenaan dgn situasi sebenar... pendek kata mmg pendek akal/cetek ilmu/membabi buta mmg 1pakej dah... natural & gentle birth adalah berbeza dgn homebirth... ia bukan 1menda yg sama... org yg xpernah beranak kau duduk diam2... haha! :D natural & gentle birth is not necessary homebirth... hospital birth pun boleh amalkan konsep natural & gentle birth... natural & gentle birth adalah kelahiran secara alami tanpa medical intervention/minimum medical intervention as possible seperti (no episiotomy, drug free, no VE, no pitocin, ibu dibenarkan utk bergerak bebas sepanjang proses kelahiran utk mengawal pernafasan dan contraction, skin-to-skin contacts dgn baby right after delivery etc) pendek kata pendekatan kelahiran secara fitrah if tiada sebarang masalah kesihatan yg lain... keyword dia FITRAH~!

Kenapa ibu2 yg memilih kelahiran alami ini memilih utk tidak bersalin di hospital?jadi memilih utk bersalin di rumah?sebab procedures di hospital kita... tak support natural birth, semua WAJIB ikut procedures walaupun si ibu tiada masalah apa2 pun spnjg pemantauan para doctors... ibu2 ini tidak menolak n memandang enteng pun pada dunia medical kita dan ada yg alami trauma dgn proses kelahiran di hospital... sebab menda2 PAKSAAN inilah... tiada sokongan sepanjang proses kelahiran, dipaksa itu ini sehingga ibu mengalami tekanan perasaan. "Hospital Birth" secara keseluruhannya memandang proses bersalin adalah sesuatu yg "Bahaya" perlu segera itu ini, contohnya if bukaan serviks ibu slow (mungkin faktor anak pertama etc) cara paksaan dibuat dgn "induce" dan sebagainya?If pemantauan telah dibuat, keadaan baby ok, keadaan ibu juga ok, kenapa tidak disokong si ibu utk bersabar melahirkan dgn secara fitrah bukan dgn cara memberi tekanan kepada ibu. Itu yg sy alami semasa melahirkan aisya... sudahlah cetek ilmu (blame myself) selepas itu tidak diberikan sokongan, disindir lagi, sepatutnya pihak hospital guide si ibu (nak2 yg beranak sulung) bagaimana mengawal pernafasan, bagaimana mengawal surges... sokongan2 itu sgt diperlukan sepanjang proses bersalin... if ibu tertekan itu yg menjadi penyebab kepada fetal distress etc... ibu menjadi takut, tertekan yg menggagalkan semua fungsi badan utk melakukan kerja2 bersalin...  

If hospital2 xkiralah swasta mahupun kerajaan faham konsep ini, tidak 100% depending on medical intervention, rasanya xtimbul kot isu ramai org memilih utk homebirth... bukan kerna mereka2 ini anti dgn hospital ya tetapi mereka2 ini inginkan kelahiran yg SEMPURNA... yg tiada tekanan/paksaan, yg tenang, yg harmoni, penuh sokongan mental n fizikal... walaubagaimanapun utk certain2 situation mungkin perlu utk apply medical intervention kita akui lah kan... ok faham kan mcm mana? menda ni secara tidak kita sedar memberikan impak besar kepada emosi n keadaan baby... dalam 1kajian (nti sy provide sumber ye... hilang jappp... dlm whatsapp) baby mengingati proses2 kelahiran dia ke bumi... if dia dipaksa utk keluar dia 'mungkin' menjadi seorang budak yg kuat sgt rebel n memberontak... emosinya terganggu sejak awal lg dia dilahirkan... contoh terdekat adalah 2org anak sy aisya n amira... proses kelahiran aisya sgt pnjg n penuh tekanan dan akhirnya sy terpaksa memilih jalan caeserean... sepanjang tempoh berpantang adalah tempoh yg sgt sulit bg sy... aisya pula sgt cranky n sukar tidur malam... sy mmg kurang ilmu waktu tuh...selepas itu sy nekad utk bersalin secara alami semungkin boleh utk amira... menjaga amira sepanjang tempoh berpantang adalah lebih mudah... amira lebih tenang nak dibandingkan dgn aisya... efek tuh dpt kita tgk walaupun xbyk... emosi sy sepanjang tempoh berpantang amira jg lebih terkawal... :)



Amalan rohani & birth positive affirmations

Sekarang ni sy lebih bykkan utk tenangkan diri... elak stress... bykkan amalan rohani dari segi zikir, bacaan al-quran, solat sunat etc... thanks support group SHAKLEE juga yg byk memberikan cas2 positif... sedikit sbyk memberi impak kepada mak buyong nehs... hehe :) ummi nad (my upline) byk memberikan sokongan terutamanya dlm bisnes shaklee membuatkan sy enjoy dgn apa yg sy buat... betapa pentingnya aura positif dalam diri... boleh create suasana yg harmoni, mood yg baik serta boleh 'menjemput' rezeki juga... bila kita positif xkisahlah dari segi bisnes atau apa2 akan efek the whole life kita... yg penting kita lebih rasa SYUKUR dgn apa yg kita ada, tetap terus berusaha utk mendapatkan yg terbaik serta tidak mudah berputus asa... 

Ni jadi wallpaper NOTE sy...



 

30.11.13

Double H produk dari SHAKLEE...

Bismillah wal hamdulillah...

Hari ni sy nk share mengenai 2jenis produk hebat dari shaklee yang bermula dari huruf "H"... apakah itu? Yes Herb-lax dan Herbal Blend... da beberapa minggu lepas 2produk ni out of stock di HQ Shaklee... nampak sgt produk2 ini diminati ramai... mari sy kongsikan serba sedikit...

Herbalax Shaklee

Apa itu Herbalax?

Dr. Shaklee telah memperkenalkan Herblax pada tahun 1917. Ia direka untuk tindakan pembersihan untuk membantu proses semulajadi badan. Herblax adalah gabungan 9herba termasuk daun Senna, yang telah digunakan untuk lebih daripada 3,000 tahun sebagai julap semulajadi.

Herba yang digunakan dalam Herblax tidak berkaitan dengan julap kimia buatan yang dijual di mana-mana. Produk-produk julap buatan ini biasanya merengsakan tisu dengan cara menarik bendalir ke dalam usus untuk memaksa mengeluarkan bahan-bahan dalam usus. Julap tiruan seperti ini boleh melemahkan organ-organ dan boleh menyebabkan kebergantungan terhadapnya, dehidrasi dan ketidakseimbangan elektrolit. Jadi berhati-hati!

Bertindak sebagai agen 'pembersih' yang lembut untuk memudahkan pergerakan usus. Menolong mengurangkan bau badan. Kombinasi yang berkesan & jimat apabila digunakan bersama Lecithin untuk proses penurunan berat badan. Antara fungsi lain Herbalax adalah:

  • Herbalax adalah supplemen yang berfungsi untuk menCUCI usus/proses detoks
  • Bahasa mudahnya adalah julap
  • Ia tergolong dalam kategori julap yang lembut dan sesuai untuk kegunaan sekali-sekala bagi menyingkirkan toksin dari usus
  • Ia juga membantu usus kita lebih aktif untuk gerakan peristalsis. Peristalsis adalah pergerakan kembang kuncup otot secara beritma untuk menolak makanan sepanjang salur pencernaan. Gerakan peristalsis yang baik membantu proses perkumuhan kita berjalan dengan lebih lancar
Siapakah yang digalakkan mengambil HerbaLax?

Ia sesuai diambil oleh setiap individu kecuali ibu mengandung. Golongan berikut amat digalakkan mengamalkan herblax:
  • pengamal tegar ubat tahan sakit
  • mereka yang ada masalah pembuangan/perkumuhan kurang lancar atau sembelit
  • mereka yang banyak jerawat
  • pesakit gout
  • mereka yang ingin membersihkan usus terutamanya mereka yang baru mengamalkan supplemen agar vitamin dan minerals mudah diserap oleh badan
Bagaimana cara pengambilan Herblax?

Memadai hanya 3-4biji seminggu sekali. Perlu minum air sekurang-kurangnya 1liter sebelum tidur. Anggaran tindakbalasnya adalah antara 6-8jam selepas pengambilan. Kesan adalah berbeza bagi setiap individu. Kita tidak akan menghadapi masalah cirit dan sebagainya cuma ada rasa perut seperti ingin membuang tapi tidaklah sampai tahap cirit-birit. Namanya pun julap lembut :)

Biasanya bila badan sudah membuat proses detoksifikasi, usus akan menjadi lebih bersih dan sihat. Penyerapan vitamin dan minerals daripada supplemen akan lebih efektif, cepat dan berkesan. Seperti yang kita tahu, perut adalah rumah penyakit, usus pula boleh dianggap sebagai bilik dalam rumah penyakit ini. Bila usus sihat, penyakit tidak dapat merebak di sini. Yang tinggal hanyalah rumah yang bersih dan pengambilan supplemen pastinya mengindahkan lagi rumah anda ini.

Tanda-tanda toksin berlebihan dalam badan
  • Sering letih dan lesu
  • lemah daya tumpuan dan ingatan
  • sering alami sembelit atau cirit-birit
  • timbul jerawat dan bintik hitam
  • berat badan mudah naik
  • keguguran rambut dan kuku menjadi rapuh
  • sering alami sakit-sakit pada leher, tengkuk, bahu dan kepala
  • cepat marah dan murung
  • sering merasa sakit pada tulang belakang, sendi dan pinggang



Herbal Blend Shaklee

Saya dah start pakai krim ajaib nehs... mmg ajaib sebab sesuai untuk sebarang jenis n masalah kulit n rasanya ada berangin2 sikit tp sedap ja...tak panas. Amira kkdg kena nappy rashes sebab lambat tukar diapers if poo poo (kkdg mmg xperasan) sy dah sapu 2x kemarin n da ok nmpak kesan. alhamdulillah... jom review lagi mengenai Herbal Blend nehs...

Herba Blend Shaklee (krim ajaib shaklee) diperbuat dari bahan-bahan semulajadi seperti Horse Chestnut, bunga yarrow, daun sage dan rosemary dan telah diuji secara klinikal tidak mempunyai 'paraben' dan 'steroid'. Antara kegunaan herbal blend ini adalah:
  • Melembutkan kulit kasar dan tumit pecah
  • Menyelesaikan masalah kulit gatal
  • Menghilangkan parut, termauk campak/chicken pox
  • Menghilangkan ruam pada bayi
  • Memberi kelegaan semasa ketidakselesaan akibat demam
  • Sebagai losyen untuk kegunaan harian



Untuk produk SHAKLEE bagi penduduk negeri Perlis Indera Kayangan anda boleh menghubungi sy utk COD produk Shaklee ya~  bagi negeri2 lain juga boleh... Pos ke seluruh Malaysia avaiable (POSLAJU) Insya ALLAH...


Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

ID Shaklee: 962622 (atas nama mohd asyraf bin suhaimi)
Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com
Phone: 019-5588082
YM: syauqatul_wardah_nur_faizah

Notes:Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook