Showing posts with label tips kesihatan. Show all posts
Showing posts with label tips kesihatan. Show all posts

28.10.15

Tips bangun pagi segar walaupun tidur lewat malam

Bismillah wal hamdulillah...

Hari ni merupakan hari ke-3 saya dapat bangun pagi awal dan yang penting segar, rasa cergas bertenaga dan tidak mengantuk! Saya mengalami masalah tidur yang tidak cukup sejak melahirkan anak ke-3 si ammar yaser. Ammar merupakan seorang bayi yang tidak suka tidur sama ada siang atau malam. Selepas saya melahirkan ammar, bermulalah episod kehidupan saya yang meletihkan dan mengantuk kerana tidak dapat tidur dengan mencukupi. Ammar bangun dengan sangat kerap menyusu diwaktu malam secara purata 5-6kali. Kadang-kadang tidak terkira banyaknya dia bangun menyusu sehingga satu tahap, ammar kembali bangun apabila saya baru hendak mula terlelap selepas sesi menyusu sebelumnya. Keadaan kekal begitu sehingga hari menjelang subuh. Kini usia Ammar 1tahun 9bulan. Bayangkanlah selama itu saya tidak dapat tidur lena yang mencukupi...

Hari ini merupakan hari ke-3 saya aplikasikan tips yang boleh saya anggap berjaya sebab saya boleh bangun awal (sebelum subuh), dan rasa segar tanpa rasa mengantuk (terpaksa bangun). Rasa aktif dan dapat masak sarapan, menyediakan keperluan anak ke tadika serta kelengkapan suami ke tempat kerja.

Antara tips hebat yang saya amalkan sepanjang tempoh 3hari kejayaan bangun pagi segar ini adalah:


'Short nap'

Saya akan ambil 'short nap' pada waktu tengah hari sebelum ambil anak sulung dari tadika (sebelum waktu solat zuhur). Sebagai surirumah memang agak sukar untuk tidur seketika di siang hari kerana ada anak-anak kecil. Apa yang saya buat, saya bawa kedua-dua anak masuk bilik dan ajar mereka untuk tidur bersama-sama dengan erti kata lain berehat. Masa yang diambil sekejap sahaja dalam linkungan 10-15minit. Saya selalu amalkan 'short nap' ini ketika berkerja dulu. Sewaktu makan tengah hari, saya akan lelapkan mata sekadar tempoh 10-15minit sahaja untuk tampil cergas pada sesi berkerja sebelah petang.

Berdasarkan kajian 'short-nap-time' dapat meningkatkan prestasi kerja secara berterusan. Waktu terbaik mengambil sesi 'short-nap' ini adalah diantara 10-20minit 1sesi. Disamping itu ia juga berupaya meningkatkan kemahiran kognitif, daya ingatan dan kecergasan minda seseorang.


'Alarm-clock'

Saya menggunakan 'alarm-clock' telefon bimbit ataupun anak saya yang menyusu sebagai penggera semulajadi saya. Ammar akan biasa bangun menyusu 1jam sekali dan saya memang terbiasa bangun pukul 5-6pagi sebab ammar memang akan bangun menyusu pada waktu itu. Apabila sudah bangun dan ammar selesai menyusu saya akan terus bingkas bangun, mandi, dan bersiap untuk solat subuh tanpa melengah-lengahkan masa 'alarm-clock' yang sudah saya set (sama ada jam telefon ataupun jam si ammar)

Amalkan sebelum tidur tanpa gagal

Saya akan mengambil 2biji vitalea dan 4biji ostematrix tanpa gagal setiap kali hendak tidur. Kadang-kadang saya selesai melakukan tugasan harian (uruskan pesanan pelanggan untuk tujuan pos esok harinya) pada pukul 1-2pagi. Jadi saya akan ambil vitalea dan ostematrix bersama air masak secukupnya.


wpid-20151028081202.jpg


wpid-20151028075732.jpg


Berdoa

Sebelum tidur jika berkelapangan, tunaikan solat sunat witir dan bacaan surah al-mulk. Berdoa kepada ALLAH SWT agar dia kejutkan kita pada waktu sepatutnya agar dapat melakukan ibadat kepadaNYA. Insya ALLAH dengan izin ALLAH SWT kita boleh bangun tepat pada waktunya dan dengan semangat!

Untuk pembelian dan pertanyaan mengenai produk Shaklee anda boleh hubungi saya secara khidmat pesanan ringkas ataupun whatsapp ke talian 019-5588082. Saya menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma sekitar perlis (cash on delivery – COD) dan juga pos ke seluruh Malaysia menggunakan perkhidmatan POSLAJU cepat dan selamat

Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

ID Shaklee: 962622
Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-5588082

Nota: Setiap pembelian anda layak menerima jadual makan & tips eksklusif yang berkaitan, konsultasi percuma secara berterusan (after sales service) anda juga layak dijemput ke ‘group’ eksklusif tertutup di facebook.

 

14.11.14

Tips mengatasi masalah kuning/jaundis ketika lahir

Bismillah wal hamdulillah...

Entri ini, entri terperam dalam draft hari ini rasa terpanggil nak mencoret sikit... tips yang saya nak share ni berdasarkan pembacaan saya yang tidak seberapa, pengalaman peribadi saya, pertanyaan saya kepada beberapa pegawai perubatan sahaja. Jadi ia bukanlah fakta sahih namun boleh dijadikan panduan selagi ianya tidak menyalahi & memburukkan lagi keadaan... :)

Jaundis ni sebenarnya common terjadi kepada bayi baru lahir... lebih kurang 90% bayi yg baru lahir akan mengalami jaundis tetapi jaundis ni normally akan berkurangan dan mula menunjukkan tanda-tanda berkurangan apabila usia bayi semakin meningkat dan lebih kurang usia 1-2minggu insya allah jaundis akan hilang... bagi kes jaundis melebihi 2minggu, ia dianggap sebagai 'prolonged jaundice' 

Apa itu jaundis/kuning?

Menurut seorang seorang pakar kanak-kanak di Kajang Plaza Medical Center (KPMC) & Pakar Kanak-Kanak di Klinik Pakar Kanak-Kanak Dr. Saiful di Sg. Chua Kajang iaitu Dr. Saiful Bahri Jaudin MBBS (Mal), MMED (Paed) UKM.

Jaundis merupakan keadaan yang kerap berlaku pada bayi baru lahir. Ia berlaku apabila paras bilirubin dalam darah melebihi paras normal. Bilirubin dihasilkan apabila sel-sel darah merah yang lama pecah. Bagi bayi baru lahir jaundis boleh diketegorikan kepada:

  1. Jaundis fisiologikal - Jaundis fisiologikal biasanya berlaku pada hari ke 3 atau ke 4 selepas lahir dan disebabkan sel-sel darah merah lama yang pecah dan keadaan hati yang belum cukup matang untuk megeluarkan bilirubin secara efektif dariapada badan.


  2. Jaundis patologikal- Jaundis patologikal adalah disebabkan penyakit atau keadaan abnormal badan dan boleh berlaku pada hari pertama lagi.


  3. Jaundis yang berpanjangan (prolonged jaundice) - Jaundis selepas bayi berumur 2 minggu adalah diketogorikan sebagai jaundis yang berpanjangan. Jaundis sebegini memerlukan ujian darah dan air kencing bagi memastikan punca kenapa bayi tersebut masih kuning selepas 2 minggu.
Rawatan Jaundis

Jika paras bilirubin agak tinggi maka rawatan fototerapi perlu bagi menurangkan jaundis pada bayi tersebut. Paras bilirubin yang terlampau tinggi boleh memberi kesan kepada otak bayi jika tidak menerima rawatan yang sewajarnya. Oleh kerana itu jika bayi yang baru lahir jika nampak kuning maka perlulah dibawa berjumpa doktor segera bagi memastikan tahap bilirubin dan menerima rawatan fototerapi jika perlu.

Tips mengelak terkena jaundis/kuning bayi baru lahir

Sebenarnya secara jujurnya saya kurang percaya dengan petua-petua memberi bayi minum susu kambing, anggur hitam la etc... memberi makan/minum selain susu ibu diawal kelahiran boleh memudaratkan. Sekiranya petua secara mandikan bayi dengan air daun kucai atau apa-apa air boleh dicuba sebab ia tak melibatkan bayi perlu makan/minum. Tapi hati-hati kepada bayi yang mengalami kekurangan enzim G6PD... Mereka alah kepada sesetengah bahan/makanan. 2orang anak perempuan saya (aisya & amira) mengalami masalah jaundis yg agak tinggi sehingga perlu warded untuk rawatan fototerapi. 

Jadi saya ada melakukan beberapa pembacaan dan tanya orang-orang yg lebih berpengalaman. Ada yang cakap faktor jenis kumpulan darah jika O memang tak dapat elak masalah jaundis. Saya agak kecewa di situ sebab saya memang memiliki kumpulan darah jenis O namun saya tak putus asa... saya cuba je la kan selebihnya saya berdoa dan tawakkal je la kepada ALLAH SWT... Apa yang saya amalkan:

1)  Jaga pemakanan sejak dari awal kehamilan 

Tidak boleh nak ikut sangat anak tekak, nak makan fast-food je sokmo, nak makan makanan dalam tin/processed food, jeruk meruk semua tuh kalau boleh tak payah la makan sangat... saya dulu makanan-makanan ni jadi makanan ruji... menyesal tak sudah anak kena jaundis tinggi siap prolonged lagi...salah ummi T_T. Kalau mampu masak, masak je elakkan atau kurangkan makanan luar... fresh, sihat, halal semua lah kita boleh make sure... kalau teringin tuh boleh la sekali-sekala diamalkan... tapi KALAU BOLEH elakkan :) saya ada 2-3kali jugak jamah sebab memang setiap kali pregnant menda2 merepek la yg teringin sangat... tapi bila teringat anak memang tahan je la teringin tuh dari dok makan selalu


2) Amalkan makanan berkhasiat, ambil supplements bersifat organik/natural

Ramai rasanya yang dah alert mengenai kepentingan makanan berkhasiat bila mengandung... sebab ia mempengaruhi perkembangan janin... Tapi jangan pula makan melantak makanan yang tinggi kolesterol, lemak dan manis... nak makan buah-buahan dan sayuran banyak2 dibenarkan... Istilah makan untuk 2orang adalah tidak benar ya... bukan makan untuk 2orang tapi make sure nutrients dan zat cukup untuk ibu mengandung.

Makanan yang diambil setiap hari mestilah dipastikan cukup dari segi karbohidrat, protein, vitamin-vitamin dan sebagainya. Sekiranya para ibu mengalami masalah alahan diawal kehamilan & tidak dapat makan dengan baik, di sinilah peranan supplements. Tapi... ada tapi jugak pastikan supplements yg diambil merupakan supplements yg diluluskan KKM, halal dan semulajadi. Bukan supplements sintetik ye... apa beza vitamin semulajadi dan sintetik?? Ok boleh baca SINI

Insya ALLAH supplements khas untuk ibu mengandung semulajadi dan selamat :)

3) Amalkan pemakanan sunnah

Seperti yang kita tahu, pemakanan sunnah adalah sangat baik serta BERKAT... makanan-makanan sunnah ni adalah makanan yg diamalkan oleh Rasulullah SAW kerana khasiatnya yang banyak untuk kesihatan secara keseluruhannya. 

Saya amalkan minum susu kambing segar (bukan yg diproses jadi serbuk/tepung ye) hampir setiap hari. Tak boleh nak minum hari-hari sebab kekurangan bajet... hehe... tapi alhamdulillah dapat juga amalkan sampai bersalin. Saya minum bersama kurma. Kadang-kadang dengan madu. Setiap minggu saya beli bauh delima dari pasar tani... memang gemar sangat makan buah delima sepanjang pregnant ammar... alhamdulillah

4) Elakkan sebarang ubatan (drugs/chemicals) jika mampu

Jika para ibu mengalami masalah kesihatan ketika mengandung (demam, selesema, batuk, sakit kepala, pening etc) kalau mampu tahan je daripada makan ubat, nak2 ubat tahan sakit... KALAU BOLEH... saya tak mahu la cakap TAK BOLEH makan... apa-apa pun dapatkan nasihat doktor... jangan pula beli ubat sendiri... elok jumpa doktor dahulu dan doktor selalu prescribe ubatan yg paling rendah dos untuk ibu mengandung dan insya allah selamat (kes tak boleh elak sakitnya ibu kan) tapi kalau sakitnya sedang2 dapat ditahan saya memang akan memilih untuk tahan atau cuba 'natural remedy' contohnya if batuk saya memang amalkan minum madu bersama perahan lemon. Jika selesema/demam saya amalkan vitamin c dan jus oren. Tingkatkan pengambilan vitamin C ketika keadaan badan dah mula rasa tak sihat... Jika mual-mual diawal kehamilan elakkan ambil ubat tahan muntah, minum air bancuhan madu+lemon... Insya ALLAH kurang sikit mual tuh... saya amalkan sekali dengan air kelapa...

5) Berdoa, bertawakkal dan berfikiran positif

Selepas dah berusaha dengan gigih kita haruslah menyandarkan segalanya kepada ALLAH SWT... Jangan berhenti berdoa dan bertawakkal kepadanya semoga anak yg dikandung sihat, sempurna bila dilahirkan... berfikiran positif dan tenang sentiasa ya... :)

Sumber: Dr. Saiful 

Untuk produk SHAKLEE bagi penduduk negeri Perlis Indera Kayangan anda boleh menghubungi sy utk COD produk Shaklee ya~  bagi negeri2 lain juga boleh... Pos ke seluruh Malaysia avaiable (POSLAJU) Insya ALLAH...
Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
 
ID Shaklee: 962622 (atas nama mohd asyraf bin suhaimi)
Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com
Phone: 019-5588082
YM: syauqatul_wardah_nur_faizah  

Notes:Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook