Showing posts with label Vitamin C Sustained Release 500mg Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Vitamin C Sustained Release 500mg Shaklee. Show all posts

1.11.15

Promo Shaklee November 2015

Bismillah wal hamdulillah...

Selamat berhujung minggu bersama keluarga dan orang tersayang semua... tapi en.abang kena kerja pulak hari ahad sebab 'closing' katanya setiap 1hb setiap bulan. Jadi tak kiralah hari ahad ka, sabtu ka, hatta hari raya pun kalau jatuh pada 1hb setiap bulan, si ke 'office' ye encik abang... anak-anak pun dah sediah maklum dah...

Ok berbalik pada tajuk entri kita, saya nak uar-uarkan mengenai promo Shaklee bulan ini. Ada 2produk yang terlibat dan Shaklee bermurah hati nak lanjutkan promo untuk "YES Wellness Pack" mereka. Jadi jom ambil peluang keemasan ini :)







Kalau anda beli 1botol pun masih boleh dapat harga murah daripada harga runcit. Beli 2botol lagi terlajak murah! Tawaran ini sah sehingga hujung bulan ini :)

Untuk pembelian dan pertanyaan mengenai produk Shaklee anda boleh hubungi saya secara khidmat pesanan ringkas ataupun whatsapp ke talian 019-5588082. Saya menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma sekitar perlis (cash on delivery – COD) dan juga pos ke seluruh Malaysia menggunakan perkhidmatan POSLAJU cepat dan selamat.

Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

ID Shaklee: 962622
Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019-5588082.

Nota: Setiap pembelian anda layak menerima jadual makan & tips eksklusif yang berkaitan, konsultasi percuma secara berterusan (after sales service) anda juga layak dijemput ke ‘group’ eksklusif tertutup di facebook.

 

21.2.15

Musim...

Bismillah wal hamdulillah...

Sejak ammar masuk 1tahun last month, musim hujan bertukar menjadi musim yang sangat panas terik dan kering di bumi perlis... masa tuh ammar dah start demam, selesema dan batuk sekaligus... memang simptom nk beralih bulan plus gigi dia baru nk start tumbuh... berbeza dengan kakak-kakak yang tak demam waktu gigi nak tumbuh... lepas tuh demam beralih kepada amira tp amira jenis yang cepat baik demam alhamdulillah... mandi ja sehari 3-4kali sampai suhu dia normal... makan ubat memang tak la si amira nehs... jadi sy jerlum dan amira cuma makan chewable vitamin c shaklee... saya bancuh air madu campur perahan lemon... Amira memang suka rasa masam jadi tak da masalah bagi dia... lepas tuh aisya pulak kena flu... 

Menda ni berlanjutan sampai bulan nehs... cuaca pula tak menentu, tiba2 minggu ni boleh hujan time2 dok panas terik tuh... dengan saya sekali sakit tekak... perit macam terbakar... anak-anak lagi la merengek badan tak sedap... bancuh air madu campur perahan lemon suruh semua orang minum... alhamdulillah dah ok sikit...  baca kat group whatsapp parents PASTI aisya... ramai yang tak dapat hadir ke tadika sebab demam... bersilih ganti demamnya dalam 1-2minggu lepas... lepas tuh hari ni aisya pulak tiba2 badan panas... jerlum dengan air asam jawa, buat socks remedy, mandi 3-4kali sampai suhu badan turun... alhamdulillah dah ok sikit... malam ni ummi berjaga pula untuk pantau suhu puteri sulung... adeh 2malam dah tak tidur... malam tadi siapkan order headband... ada lagi order yang belum siap untuk pos lepas CNY... semoga dipermudahkan segala urusan kami sekeluarga... baru plan nk jalan-jalan tapi melihatkan cuaca yang tidak menentu, kejap panas terik, kejap hujan... memang badan pun rasa tak sihat... anak-anak lagi la... 

Moga musim ini cepat berlalu... kesian tengok anak-anak... elok nak baik je flu, tiba-tiba jangkit dengan orang lain pulak... flu berlarutan... stok garlic kat rumah memang asik out of stock jek... garlic oil je tiap-tiap malam... alhamdulillah ammar yg batuk berkahak tuh pun makin ok sikit... ummi konsisten ambil Omega Guard Shaklee (buang kahak, tingkatkan sistem imun, atasi masalah allergy), sustained release vitamin C 2biji sehari untuk tingkat sistem imun n pulihkan flu secara natural... madu dan lemon pun minum hari-hari serta minyak zaitun... kahak ammar nampak semakin berkurangan... harap-harap pulih terus... tak sanggup tengok anak-anak syurgaku tak sihat on/off 1-2bulan ni... panas sungguh bumi perlis, kering lagi terik... pokok-pokok pun dah kelihatan kekuningan seolah-olah terbakar sebab terlalu panas...

Demam pada 7Jan2015 lepas...
Anak-anak syurgaku...semoga dikau semua sihat dan cergas membesar menjadi insan soleh dan solehah...ameen ya rabb
Ammar Yaser yang sentiasa nk berkepit dengan ummi...

 

8.12.14

Double happiness this month!

Bismillah wal hamdulillah... 

Apa yang happiness sangat? Bulan ni Shaklee lancarkan promo utk 2produk sekali gus... pulak tuh, ada 4jenis promotion semuanya... jom tengok promotion apakah? rugi woo tak grab... bukan senang Shaklee nak buat promo macam ni...

Tak beli 6botoi pun tak pa nak dapatkan peluang best ni... beli 2botoi dalam less 5%... jejoms semua!

2produk sekaligu... BUY 6 FREE 1

Untuk produk SHAKLEE bagi penduduk negeri Perlis Indera Kayangan anda boleh menghubungi sy utk COD produk Shaklee ya~  bagi negeri2 lain juga boleh... Pos ke seluruh Malaysia avaiable (POSLAJU) Insya ALLAH...
 
Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
 
ID Shaklee: 962622 (atas nama mohd asyraf bin suhaimi)
Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com
Phone: 019-5588082
YM: syauqatul_wardah_nur_faizah  

Notes:Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook

 

21.6.14

Kulit oh Kulit~!!!

Bismillah wal hamdulillah...

Sudah lebih kurang 2minggu sy mengamalkan set kecantikan kulit... eceli sejak saya amalkan Shaklee 4thn yg lalu mmg kulit sy dah xda masalah teruk2 macam sebelum ini... Ok fine kalu sapa2 kenal sy dizaman kulit sy macam kena bom boleh komen di sini... Seingat sy, zaman kemerosotan kulit muka sy adalah masa dok study dulu lg... start masa masuk asrama kt SMKAB... mula2 org dok puji la kulit cantik, elok je stay asrama beberapa ketika terus ja kulit jadi macam kena bom... jerawat toksah ckp... sedih amat! xtau kt mana silap...mungkin faktor hormon, stress, produk muka kurang sesuai, pemakanan etc...

Jadi membawa sampai masuk universiti sampailah final year...silap sikit muka naik jerawat & berminyak...kkdg kering... kulit muka jenis campur2 kering dan berminyak...lepas da grad n dpt kerja pun still macam tuh... produk kulit xtau dah guna berapa jenis semua memburukkan lg keadaan... ada kawan suggest 1produk trylah... ok la alhamdulillah tp masalah krim malam dia kena blacklist dgn KKM la pulak... haha! nasib baik xkena masalah kulit yg horor...terus stop pakai produk tuh walaupun dah serasi...takut la jgk kot ada kesan long term... lepas dah kawen n bersalin sy pakai produk Shaklee utk proses berpantang dan penyusuan... start dari situ kalu xpakai pencuci muka pun sokay je... (sekarang pun dah berbulan pencuci muka habis... cuci pakai air suam ja...) alhamdulillah niat utk kesembuhan dalam pantang (sebab sy bersalin secara pembedahan) serta proses penyusuan yg lancar dah dpt 1lg bonus yakni kulit yg cantik... dah xda lg masalah jerawat, berminyak, kering apa bagai... alhamdulillah... kalu tak pening ja sokmo pasai kulit... semua jenis brand dah cuba macam xserasi dgn kulit... sekarang tak risau lg... 

Ok tak payah bebel banyak... jom tgk perbezaan kulit sy dulu dan sekarang... saya consume set cadangan penyusuan selama lebih kurang 4tahun... walaupun dah tak menyusu (masa aisya diberi rezeki menyusu sepenuhnya smpai aisya umur 7-8bulan sahaja) sy tetap meneruskan pengambilan supplements seperti biasa. Antara vitamin sy konsisten amalkan adalah:
  • ESP
  • Vitalea
  • B-Complex
  • Vitamin C
  • Alfalfa
  • Ostematrix
  • GLA (start makan selepas bersalin anak ke-2 untuk melancarkan kitaran haid)
Lepas tuh sekarang sy masih lagi mengamalkan set di atas cuma tambah vitamin E Complex untuk kulit (sebab sy ada masalah keguguran rambut) so far selepas mengamalkan hot oil treatment dan vitamin e rambut sy dah kurang dari masalah keguguran rambut... alhamdulillah... btw berikut adalah set cadangan kecantikan kulit asas shaklee:
  • Vitamin E Complex
  • B-Complex
  • Vitamin C
  • Alfalfa (jika ada masalah jerawat dan resdung)
  • GLA (jika haid/hormon tidak menentu hingga membawa kepada masalah jerawat dan kulit bermasalah)

Sebelah kiri tuh kulit merah2 akibat jerawat, kulit berminyak... sy cover dgn foundation tp still nampak berminyak n merah... yg sebelah kanan dah xpakai bedak... xsempat dgn baby! :D alhamdulillah... terima kasih allah! terima kasih shaklee!

Lagi testimoni set cadangan kecantikkan kulit Shaklee...

Beiau ada masalah kulit yg sangat teruk (eczema & jerawat)... tp beliau sabar dan konsisten dgn Shaklee...almost 1year jgk cuba baru ada perubahan... beliau amalkan Vitalea, b-complex, vitamin c, ESP, alfalfa, ostematrix & omega guard.. credit: AjuyaRashid.com

Untuk produk SHAKLEE bagi penduduk negeri Perlis Indera Kayangan anda boleh menghubungi sy utk COD produk Shaklee ya~  bagi negeri2 lain juga boleh... Pos ke seluruh Malaysia avaiable (POSLAJU) Insya ALLAH.. 
Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
 
ID Shaklee: 962622 (atas nama mohd asyraf bin suhaimi)
Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com
Phone: 019-5588082
YM: syauqatul_wardah_nur_faizah  

Notes:Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook
 
 

8.6.14

Antibiotic, natural remedy and supplements

Bismillah wal hamdulillah...

Entri kali ni saya translate ke bahasa melayu... kalau ada yg tak faham boleh komen na... daripada buku "New Vitamin Bible" Banyak sangat ilmu yg diperolehi... kali ni sy nak share berkenaan dgn ubat antibiotic, natural remedy dan supplements... apa kaitannya...



Kenapa dan bila anda tidak perlukan antibiotik?

Kita sangat tidak perlukan kepada antibiotik sekiranya kita menghadapi masalah kesejukkan, selesema, batuk, sakit tekak walaupun anda menhadapi masalah sinus/resdung, bronkial, jangkitan saluran kencing melainkan anda telah di'diagnose menghadapi masalah jankitan bakteria ataupun simptom telah berlarutan sehingga seminggu dan suhu badan ada menjadi sangat tinggi.

Antibiotik menjadi tidak efektif terhadap jangkitan virus walaupun hanya untuk menyekat tahap merebaknya virus. Mengambil antibiotik disebabkan jangkitan virus sebenarnya boleh membunuh bakteria lemah dan membenarkan bakteria yg kuat untuk terus hidup - mencipta antibiotik yg merbahaya kepada tubuh. Dengan kata lain fungsi antibiotik untuk menyelamatkan nyawa menjadi tidak efektif apabila saat anda perlukan antibiotik pada masa akan datang.

Note: Saya ada dengar sesetengah org terutamanya pengamal homeopathy sangat tidak suka amik antibiotik... Memang depa takkan makan antibiotik ni...menurut practitioner homeopathy badan akn terus dilemahkan jika terus mengambil antibiotik... dalam badan dah ada bakteria baik yg akan melawan bakteria jahat...so let they do their job lah kan :)

Cuba fikir2kan balik if nak amik antibiotik ye...



Natural Remedy First!

Sebenarnya natural remedy ni telah digunakan sejak berkurun2 lamanya oleh nenek moyang kita dan terbukti berkesan dan tidak meninggalkan kesan sampingan yg memudaratkan. Disamping itu tidak mahal dan bahan2nya boleh didapati di dapur dan disekeliling anda... Kebanyakkan ubat-ubatan hanya bertindak menghilangkan simptom BUKAN menyembuhkan penyakit secara menyeluruh [Sumber: LINK] Terkadang kita seolah-olah tertipu dgn ubat mengatakan kita sudah sembuh dari sakit padahal simptom2 penyakit tersebut telah dikurangkan oleh ubat-ubatan... 

Beberapa tips natural remedies

Sakit tekak - masukkan 1titik "orange essential oil" (natural anti-inflammatory seperti jus lemon, bawang putih, minyak kepala dara) dan 1/4 garam ke dalam 1/2 cawan air suam. Berkumur-kumur dgn air bancuhan tadi.

Sinus/resdung - Campurkan 20titik ekstrak anggur air minuman, jus seharian anda. Juga mengambil makanan tinggi sumber beta-carotene seperti aprikot, carrots, labu etc) 

Jika simptom2 kesakitan anda tidak berkurangan dalam masa 24jam sila bercakap dgn doctor/pharmacist anda untuk mencuba natural supplements seperti Shaklee... :)

Kenapa perlukan supplements semasa badan tidak sihat?

Semasa tidak sihat/sakit badan berada dalam situasi tekanan/stress. Banyak sel yg musnah, kelenjar adrenal menyingkirkan nutriens dari badan kerana tidak berfungsi dgn baik. Supplements/vitamin yg membantu badan "stress-fighting team" adalah vitamin c, vitamin B6, folic acid, pantothenic acid (vitamin B5), zink and vitamin C haruslah diambil dalam jumlah yg maksimum untuk penyembuhan segera. 

Vitamin-vitamin ini diperlukan untuk digunakan oleh nutriens lain secara efektif dan untuk menjana metabolisme badan yg perlu dijana secepat mungkin apabila tubuh badan kita jatuh sakit. Seperti yg kita tahu demam dan kesakitan serta tekanan menyebabkan badan kehilangan nutriens-nutriens asas di sini supplements dan vitamin sangat diperlukan. Disamping mengambil makanan berkhasiat anda boleh mengambil supplements sebagai makanan tambahan seharian. (jika anda mengidap apa2 jenis penyakit sila consult dgn doctor anda)

Cadangan supplements Shaklee untuk merawat demam dan tidak sihat





Jika anda terpaksa mengambil antibiotik:
  • Maksimumkan fungsi antibiotik dgn mengambil bersama teh hijau
  • Elakkan mengambil anti-acids kerana anti-acids mampu mengurangkan hampir 90% keupayaan antibiotik
  • Ambil probiotik 2jam selepas atau sebelum mengambil antibiotik untuk mengelakkan masalah jangkitan yis dan cirit-birit.
Sumber: Buku "New Vitamin Bible" by Earl Mindell, streedirectory.com

Untuk produk SHAKLEE bagi penduduk negeri Perlis Indera Kayangan anda boleh menghubungi sy utk COD produk Shaklee ya~  bagi negeri2 lain juga boleh... Pos ke seluruh Malaysia avaiable (POSLAJU) Insya ALLAH.. 
Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
 
ID Shaklee: 962622 (atas nama mohd asyraf bin suhaimi)
Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com
Phone: 019-5588082
YM: syauqatul_wardah_nur_faizah  

Notes:Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook

 

28.5.14

Saat getir bergelar seorang ibu...

Bismillah wal hamdulillah...

Setelah lebih kurang 4tahun bergelar seorang ummi ni saat yg sy rasa paling buat sy gelabah, susah hati, risau, tak boleh tidur dan bermacam2 sy fikir n bermain dalam minda adalah saat2 anak2 tak sihat... fasa berubah bulan setakat byk breastfeed/menyusu+cranky boleh tahan lagi... tp kalu demam, selesema, batuk mmg 24jam ja dok monitor... tidur pun cukup hnya terlelap atau tidur2 ayam sahaja bg menghilangkan penat/ngantuk... 

Minggu ni dah masuk minggu ke-2 anakanda2 kurang sihat... mula dgn aisya flu dan batuk... alhamdulillah tak demam... tp malam2 xlelap jgk tdo... kena suap makan madu baru ok sikit tidurnya... Selepas 2hari amira pulak demam... tgk dia asik tidur ja tak terfikir langsung dia nk demam sebab dah lama amira xdemam... sekali suhu boleh tahan tinggi sampai 39.6... terkejut sgt... malam tuh berkampung di umah mak sbb takut xsempat monitor keadaan amira dgn si kecik ammar yg seperti biasa tidurnya masih tak manageable... kkdg asik cranky sehari suntuk... xtau sebab apa... mmg cenggitu sejak lahir... bila la ammar nak ok nehs macam baby2 laen -_- malam tuh suhu tak turun2... sponging je lah... suhu makin naik sy da cuak... buat socks remedy pun suhu tak turun... standby paracetamol... pastu my sis Dr.Odah advice bg paracetamol sbb suhu tinggi bahaya takut tarik... mendukacitakan amira xmau langsung telan malah dimuntahkan balik...last2 mak lang odah bagi ubat montot... huhu... nak buat macam mana kan... ummi sebolehnya xmau bagi ubat tp dalam pada tuh xmau jgk apa2 jadi if suhu xturun which is bahaya dgn macam2 risiko utk kanak2... lepas bagi ubat montot tuh barulah suhu badan amira turun n dia pun dpt tidur malam tuh... ummi xhenti2 sponging lg sbb takut suhu naik...

Keesokannya suhu naik lg... tp ummi sponging n bagi mandi... ubat mmg dia xnak n sy pun xpaksa... kerapkan sponging jek... alhamdulillah selepas 3hari suhu da totally turun cuma flu n batuk la pulak... jangkit pula kt si kecik ammar yaser... nasib baik xdemam putera yg satu itu cuma dia selesema... baby kalu selesema mmg merengek jek... da seminggu lebih langsung xleh nk buat apa... bergilir2 kami suami isteri tidur xlelap malam2 sbb nk monitor anakanda2 semua... aisya dan amira saya bagi chewable vit c untuk demam n flu... omega guard pecah masuk susu selang-seli dgn vco. ... untuk si ammar ummi ambil maintain set cadangan menyusu shaklee yakni vitalea (multivitamin), bcomplex, ostematrix, vitamin c, nutriferon (for immune booster) add on VCO dan madu... alhamdulillah dalam masa 2hari ja selesema ammar da kering... ada juga letak kunyit hidup+olive oil... sapu pada hidung dan ubun2 ammar... sapu jugak garlic oil pada kaki dia... 

Start cranky sbb flu...
Ammar Yaser baru start nk belajar tidur siang...kalu tak mmg dia xnak tidur siang...

Petua org tua2...kunyit hidup tumbuk2 pastu bubuh minyak...sy letak olive oil...sapu kt ubun2 baby n hidung... alhamdulillah dalam masa 2hari kering dah hingus ammar... ummi kena amik vit c dan nutriferon untuk immune booster disalurkan melalui susu ibu kepada ammar...

Hari ni amira demam balik setelah 2-3hari demam dah totally kebah... sy mintak en.abg bawak amira p klinik n dpt ubat antibiotik n batuk... tp selepas balik klinik suhu dah turun jadi kita tengok esok macam mana... amira xleh tdo dalam ekon na malam ni... haih...risau sgt if anak2 xsihat... dalam 2minggu ni cranky sgt si amira... mengamuk kkdg tak tahu punca... xnak pakai baju la, xnak pakai diapers la... asik nk berdukung la... ayah dia la jadi tempat nk lepas manja...kesian jgk baru 2tahun dah ada adik kan... pantang nampak ummi letak adik ammar, amira pun sibuk nak tidur atas riba ummi... sayu sgt rasa... mungkin nakkan perhatian n nk bermanja...kak long aisya pun kenkadang nak amik kesempatan nk bermanja... huhu

Kak ngah amira baru dok aktif selepas demam last week arini demam balik... ummi serius risau n xboleh nk fikir...terus suruh ayah bawak jmpa doctor...doctor cakap biasa sahaja sebab musim... risau terlebih kot ummi...huhu

Duhai anak2... sementara kamu semua nk membesar... ummi faham itu... semoga ummi dikurniakan kesihatan n kekuatan yg baik n tidak berbelah bagi agar ummi dpt menjaga kamu semua putera puteri ummi sebaik mungkin dan dgn penuh rasa tanggungjawab... ummi kenkadang tak tertahan dgn rasa penat lelah dan ummi lupa akan tanggungjawab ummi kpd kamu semua merupakan 1amanah yg besar dari ALLAH SWT... semoga ummi sentiasa ingat itu dan sabar dalam menjalankan amanah ini sebaik mungkin... ya allah kurniakan kesihatan yg baik kepada anak2ku... agar mereka membesar sihat, cergas menjadi insan soleh n solehah, berjaya di dunia n akhirat, berakhlak mulia dan cemerlang di dunia n akhirat... ameen ya rabb...

Untuk produk SHAKLEE bagi penduduk negeri Perlis Indera Kayangan anda boleh menghubungi sy utk COD produk Shaklee ya~  bagi negeri2 lain juga boleh... Pos ke seluruh Malaysia avaiable (POSLAJU) Insya ALLAH..  
 

Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
 
ID Shaklee: 962622 (atas nama mohd asyraf bin suhaimi)
Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com
Phone: 019-5588082
YM: syauqatul_wardah_nur_faizah  

Notes:Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook

 

29.4.14

Radang sendi?Mari pulihkan dengan Shaklee dan ayat-ayat al-quran...

Bismillah wal hamdulillah... 

Sesungguhnya ALLAH SWT menciptkan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Setiap susunan tubuh badan dijadikan seimbang dan dengan ukuran yg tepat. Di dalam tubuh badan anak adam itu pula ALLAH SWT ciptakan 360 sendi supaya mudah untuk bergerak dan melakukan berbagai-bagai gerak kerja dan pergerakan. Demikianlah betapa halusnya ciptaan ALLAH SWT kepada hambaNYA yang bergelar manusia... hebat kan?kita ada 360 sendi jika salah satu sendi ada masalah, tidak sihat, sakit, keradangan sudah tentu kita tidak selesa melakukan aktiviti seharian kita. 

Dari Ummul Mukminin Sayyidatina Aisyah rha. bahawa Rasulullah saw telah bersabda, “Setiap manusia keturunan Adam diciptakan di atas 360 persendian. Barang siapa yang bertakbir, bertahmid, bertahlil, bertasbih dan beristighfar kepada Allah, menyingkirkan batu atau duri atau tulang dari jalan, memerintahkan kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran sejumlah persendian itu maka ia telah berjalan menjauhi api neraka.” (Riwayat Muslim, Kitab al-Zakat, hadis No. 1675)

"Wahai manusia! Apakah yg telah memperdayakan kamu (berbuat dosa) terhadap Tuhan kamu Yang Maha Pemurah. Tuhan yg telah mengatur kejadianmu lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yg kerananya diadakan anggota itu) serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya. Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yg dikehendaki, DIA susunkan kejadianMU" (Al- Infithar: 6-8)

Susunan sendi-sendi dalam tubuh manusia ciptaan ALLAH SWT


 Jenis-jenis arthritis


Natural Remedies untuk penyakit sendi

Menurut salah satu website antarabangsa yg dikenali sebagai Alternative Medcine ada beberapa cara secara natural boleh mengurangkan masalah/keradangan sendi tanpa menggunakan ubatan moden antaranya:

Omega-3 Fatty Acids

Omega-3 merupakan salah satu jenis lemak. Badan kita tidak dapat menghasilkan omega-3 jadi omega-3 diperlukan daripada diet/pemakanan seharian kita. Terdapat beberapa kajian yg mempunyai bukti kukuh mengatakan omega-3 sangat membantu pesakit yg mengalami masalah sendi terutamanya rheumatoid arthritis. 

Kajian terlibat membuktikan lebih daripada 500orang bersetuju mengatakan omega-3 fatty acids banyak membantu mengatasi simptom2 penyakit rheumatoid arthritis. Makanan seharian yg mengandungi omega-3 yg tinggi adalah cold water fish seperti salmon, sardin dan sebagainya

Cadangan supplement Shaklee

Omega Guard Shaklee...mengandungi omega-3 fatty acids yg dihasilkan daripada ikan2 laut dalam

Gamma-linolenic Acids (GLA)

Ada beberapa kajian membuktikan bahawa gamma-linoleic acids (omega-6) merupakan satu lagi jenis fatty acids berkhasiat yg banyak didapati dalam minyak sayuran seperti borage oil, black current seeds oil, evening primrose oil

Cadangan supplement Shaklee

GLA Complex Shaklee yg mengandungi evening primrose oil & sunflower seeds oil sbg sumber omega-6. Vitamin E juga baik untuk kesihatan sendi




Boswellia

Boswellia merupakan sejenis herba berasal daripada 'native tree' dari negara India. Bahan2 aktifnya terdiri daripada boswellic acids yg berfungsi sebagai penghalang kepada reaksi kimia yg menyebabkan keradangan.

Cadangan supplement Shaklee

AJHT yg mengandungi ekstrak boswellia, ekstrak jagung yg mengandungi omega-6, vitamin c, zinc, mangan n tembaga
 


Magnesium

Mengikut website MedlinePlus berfungsi sebagai penstabil kepada fungsi saraf dan otot dalam badan manusia. Magnesium juga menjaga immune sistem agar stabil, menjaga degupan jantung dan mampu menguatkan tulang. Magnesium juga membantu menstabilkan kandungan glukos di dalam darah bagi keseimbangan protein dan tenaga dalam tubuh. 

Magnesium bukan sahaja mampu menjaga kesihatan saraf dan otot manusia malah magnesium juga mampu sebagai penstabil tekanan darah bg mengelak tekanan darah tinggi, sakit jantung dan diabetes. 

Cadangan supplement Shaklee

Mengandungi sumber kalsium, magnesium dan vitamin D untuk menstabilkan kesihatan tulang dan sendi

Vitamin B6 & B12

Vitamin B6 - ataupun pyridoxine adalah vitamin yg lebih banyak terlibat dalam fungsi badan berbanding nutrien yg lain. Ia memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental. Ia adalah perlu untuk proses ungkaibina dan penggunaan protein, karbohidrat dan lemak daripada makanan untuk pelepasan karbohidarat yg tersimpan di dalam hati dan otot bagi pengeluaran tenaga. Pyridoxine juga membantu mengimbangi tahap sodium dan potassium. Vitamin B6 ini juga perlu untuk pengeluaran sel darah merah dan antibodi. Ia perlu bagi sistem saraf dan otak berfungsi dengan normal dan untuk sintesis nukleik asid RNA dan DNA, yg mana mengandungi arahan-arahan genetik bg pengeluaran semula semua sel-sel dan pertumbuhan normal selular. Ia mengaktifkan banyak enzim dan membantu penyerapan B12 dalam fungsi imuniti dan dalam pengeluaran antibodi.


Vitamin B12 atau cyanocobalamin adalah diperlukan bagi pembuatan bahan genetik pada sel (DNA) untuk pertumbuhan dan pembesaran. Pembentukan sel darah merah oleh sum-sum tulang adalah bergantung pada vitamin ini. Ia menolong memelihara sel saraf dan sel darah merah. Ia juga terlibat dalam penggunaan folik asid dan karbohidrat dalam makanan. Asid hydroklorik melepaskan vitamin B12 di dalam perut ketika proses penghadaman. Selepas itu ia bercantum dengan sejenis bahan yg dipanggil faktor intrinsik (IF) sebelum ianya diserap ke dalam darah. Vitamin B12 juga perlu untuk memelihara sistem saraf yg sihat

Cadangan supplement Shaklee

Lengkap dengan semua jenis vitamin B

Vitamin C

Bagi melawan radikal bebas yang ditemui di dalam bendalir pesakit arthritis dan sendi yang radang. Vitamin C juga berperanan membentuk kolagen yg merupakan protein penting untuk penyusunan jaringan kulit, sendi, tulang dan sistem tubuh.

Cadangan supplement Shaklee


 Ayat-ayat al-quran yang boleh diamalkan bagi pesakit radang sendi

 Mereka amalkan dan seterusnya disertai dengan doa kepada ALLAH SWT untuk memohon penyembuhan. Ayat-ayat tersebut adalah:

  • Surah Qaff ayat 16-45
  • Surah Adz Dzariyat ayat 31-60
  • Surah Shod ayat 34-61
  • Surah Al-Ahqaaf ayat 21-28
Cara amalan ayat-ayat al-quran tersebut ialah pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Qaff tiga kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu surah adz dzariyat tiga kali pada waktu siang. Pembacaan ini hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada ALLAH SWT untuk penyembuhan. Selepas membaca dua surah pertama tadi, pesakit hendaklah mengulang amalan-amalan tersebut dgn surah seterusnya.


Untuk produk SHAKLEE bagi penduduk negeri Perlis Indera Kayangan anda boleh menghubungi sy utk COD produk Shaklee ya~  bagi negeri2 lain juga boleh... Pos ke seluruh Malaysia avaiable (POSLAJU) Insya ALLAH..  
 
Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
 
ID Shaklee: 962622 (atas nama mohd asyraf bin suhaimi)
Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com
Phone: 019-5588082
YM: syauqatul_wardah_nur_faizah  

Notes:Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook
 

22.4.14

Breastfeeding? 6 nutriens asas yg penting dan diperlukan...

Bismillah wal hamdulillah...

Ibu yang menyusukan memerlukan hampir 300-500 lebih calorie berbanding orang lain yang tidak menyusukan setiap hari. Ibu menyusu juga perlu menitik beratkan pengambilan cecair/air di dalam badan adalah lebih dan mencukupi. Sumber nutriens di bawah boleh memastikan jumlah cecair dan kalori adalah mencukupi ditampung oleh badan terutamanya bagi ibu yg menyusukan bayi mereka.

Kalsium

Kalsium membantu memberi kekuatan kepada tulang anda. Kalsium lebih mudah diserap ke dalam tubuh bersama-sama vitamin D. 

Sumber makanan: Susu, yogurt, keju, sayuran hijau

Iron/Zat Besi

Zat besi/iron berfungi bagi keseimbangan tenaga dalam badan manusia dan juga berfungsi sebagai pelindung kepada sebarang infeksi. Iron/zat besi diserap dgn baik bersama2 dgn vitamin C


Sumber makanan: daging, hati, bayam, makanan laut

Zinc

Penting dalam pertumbuhan sel-sel baru dalam badan

Sumber makanan: low-fat milk, tiram, roti whole-grain

Protein

 Memastikan tisu2 dan sel2 badan berada dalam keadaan sihat dan baik. Pengambilan protein perlu ditingkatkan pengambilannya dalam diet seharian oleh ibu menyusu lebih kurang 25g lebih.

Sumber makanan: ikan, daging, telur, produk tenusu, keju

Vitamin D

Membantu badan berkerjasama dgn kalsium untuk kesan yg lebih menyeluruh dan berkesan

Sumber makanan: Susu rendah lemak, ikan salmon, careal

Vitamin B12

Berkerja bersama folic acid untuk membina hemoglobin dan sel darah merah. Kekurangannya boleh menyebabkan pucat

Sumber makanan: hati, ikan, daging, susu rendah lemak, telur

Secara alternatif anda boleh mengambil supplements bagi menggantikan nutriens2 yg tidak mampu anda ambil dalam diet seharian. Shaklee ada menawarkan beberapa cadangan vitamin bagi ibu menyusu seperti berikut:

Mengandungi folic acid dan lengkap dgn sumber vitamin B terutamanya B12

Sumber protein lengkap dgn 9 asid amino penting oleh badan

Kalsium with magnesium dan vitamin D

Vitamin C membantu penyerapan zat besi/iron di dalam badan

Multi-vitamin lengkap dgn iron/zat besi

Keperluan zinc

Untuk produk SHAKLEE bagi penduduk negeri Perlis Indera Kayangan anda boleh menghubungi sy utk COD produk Shaklee ya~  bagi negeri2 lain juga boleh... Pos ke seluruh Malaysia avaiable (POSLAJU) Insya ALLAH..  
 
Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
 
ID Shaklee: 962622 (atas nama mohd asyraf bin suhaimi)
Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com
Phone: 019-5588082
YM: syauqatul_wardah_nur_faizah  

Notes:Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook