Showing posts with label parenting. Show all posts
Showing posts with label parenting. Show all posts

6.3.16

Saya bukan 'dietitian'

Bismillah wal hamdulillah...

Dah seminggu lebih pendam perasaan nak 'post' mengenai 1isu yang saya baca dekat 'facebook'. Bukan isu sangatlah tapi 1status yang dimuatnaik oleh seseorang. Perasaan sangat kecewa di situ sebab dia telah menyebabkan 'salah tafsir' dikalangan rakan-rakan fb yang lain berkenaan dengan 'pemakanan sihat' dan disokong pula oleh beberapa orang yang lain juga bergelar seorang jururawat dan katanya 'statement' itu dikeluarkan sendiri oleh seorang 'dietitian' di klinik kerajaan... saya macam... *blur* lama juga ambil 'feel' nak menulis di sini...  

'Status' seseorang ini meminta pandangan berkenaan dengan 'susu formula' terbaik untuk bayi dan kanak-kanak sebab anaknya diklasifikasikan terlalu kurus, tak cukup berat orang 'dietitian'. Beliau sangat kecewa sebab anak dia tak gemuk macam anak orang lain sedangkan anaknya 'breastfeed'. Jadi dia tak mau orang dok 'advice' dia breastfeed anak... dia cuma nak tau jenama susu formula yang terbaik! yang bagi badan budak gemuk gebu kebabom kisahnya... saya macam 'speechless' di situ. Rasanya anak dia dalam usia 3-4tahun gitu sepatutnya penekanan diberikan kepada aspek corak pemakanan harian bukan fokus pada susu semata-mata pada usia sebegitu. Dia sepatutnya cek sama ada anak dia makan makanan seimbang atau tidak yang menyebabkan berat badan kurang daripada budak seusia dengannya.

Ada pula seorang ni bagi 'suggestion' bagi anak yg kurang berat dan badan kurus ni makan makanan manis seperti 'chocolate', 'nugget', kentang goreng sebab katanya 'dietitian' di klinik kerajaan yang bagi saranan sebab dengan makanan sedemikian insya allah berat badan akan cepat naik dan badan budak mudah jadi gemuk dan tembam... saya macam masyaALLAH! Kalau betullah 'dietitian' tersebut mengeluarkan kenyataan sedemikian memang saya rasa dia ni jadi pakar pemakanan cukup syarat ja... dia ni belajar habis ke tak ni? agaknya depa ni pun tak berapa pasti pastu main hentam cakap sahaja berdasarkan teori sendiri? Wallahu'alam...

Banyak persoalan yang muncul dari saya yang bukanlah seorang 'dietitian' ini tetapi adakah saya tak cukup peka dengan pemakanan anak-anak?:

Adakah berat badan seseorang budak perlu bergantung sepenuhnya kepada graf yang diberikan oleh KKM?

Saya tak faham sebenarnya kenapakah 'parents' dipaksa oleh para jururawata di klinik kesihatan untuk memantau berat badan anak-anak sesuai dengan graf yang diberikan oleh pihak KKM yang terdapat dalam buku rekod kesihatan? Padahal pada hemat saya saiz setiap budak itu tidak sama kerana beberapa perkara perlu juga diambil kira seperti berat semasa lahir, keturunan, baka dan sebagainya dan memang sudah pasti saiz setiap budak berbeza walaupun pada umur yang sama. Saya tak faham kenapa 'parents' ditakut-takutkan dengan masalah anak tak sihat dan sebagainya kerana berat badan anak tidak betul-betul 'follow' graf yang diberikan?

Apakah corak pemakanan sewajarnya kepada kanak-kanak atas 2tahun? adakah susu menjadi makanan utama/asas pada usia ini?

Bayi digalakkan menyusu dengan susu ibudari lahir sehingga berusia 2tahun... hal ini dipersetujui dalam Islam dan dalam perubatan moden sekalipun termasuklah WHO (World Healt Organization) sekalipun seperti dalam kenyataan dari badan berkenaan seperti berikut:

Thereafter infants should receive complementary foods with continued breastfeeding up to 2 years of age or beyond. To enable mothers to establish and sustain exclusive breastfeeding for 6 months, WHO and UNICEF recommend: Initiation of breastfeeding within the first hour of life.

Jadi tempoh selepas 2tahun itu, susu sudah tidak menjadi makanan utama bagi kanak-kanak berkenaan. Ya BUKAN MAKANAN UTAMA atau RUJI... Jadi ibu bapa perlulah mendidik anak-anak mereka mengambil makanan yang sihat dan seimbang... Tanggungjawab kita mendidik anak-anak mengutamakan kesihatan mereka. Bukan setakat mendidik bagi boleh baca al-quran, hantar sekolah dan sebagainya, ajar anak makan dengan betul, pilih makanan yang sihat, makan dengan adab dan sebagainya dikira juga sebagai salah satu tanggungjawab memberi didikan yang baik kepada anak-anak...

Saya sendiri masih dalam proses memberikan pendidikan dan pendedahan kepada anak-anak tentang makanan apa yang mereka elok makan dan perlu elak walaupun kadang-kadang terbabas juga... tapi proses didikan itu perlulah konsisten dan bermula dari ibu ayah itu sendiri. 

Saya cukup tak faham dengan sesetengah 'parents' sibuk dok 'survey' jenama susu formula yang terbaik untuk anak mereka yang berusia 3-4tahun dan mengalami masalah kurang berat dan terlalu kurus tapi pada masa yang sama biar anak makan makanan tak sihat contohnya 'fast-food', jajan dan sebagainya makanan yang tak berkhasiat. Langsung tak titikberatkan perlu mengambil makanan tambahan (supplements) untuk kanak-kanak seperti 'multi-vitamin', vitamin c dan sebagainya. Jika tidak berminat dengan 'supplements' makanan sunnah kan ada contohnya madu, buah delima, kurma, kismis dan banyak lagi makanan sihat yang lain seperti minyak kelapa dara, buah-buahan segar, sayur sayuran, yogurt... haish banyak sangat nak senarai... Sebagai ibu bapa perlu bijak untuk variasikan makanan anak-anak agar mereka merasa minat untuk makan makanan yang berkhasiat... Perkara ini juga perlu diterapkan seawal mungkin sejak anak-anak mula kenal 'solid food'. Elakkan penggunaan gula putih, garam untuk kanak-kanak dibawah usia 2tahun.

Cek balik pemakanan anak-anak di usia 3-4tahun bukan 'blame' kata "anak saya breastfeed tapi kurus tak cukup berat" padahal patutnya bangga dan bersyukur sebab dapat 'breastfeed' bukan salah susu ibu tapi di usia 3-4tahun ni kena cek pada diet harian anak...

Adakah budak gemuk, montel dikaitkan dengan budak yang sihat dan budak yang kurus dan berat badan kurang dikategorikan sebagai budak yang tidak sihat?

Dalam masyarakat kita budak yang gemuk, berisi, tembam dikaitkan dengan budak yang sihat dan seharusnya budak-budak semua patutnya berisi dan gemuk... bila tengok kanak-kanak yang sedikit kurus ramai yang berpendapat mak ayah bagi makan tak cukup, susu formula kurang berkualiti dan sebagainya. Mitos sebegini membuatkan ibu ayah sibuk menggemukkan anak masing-masing walhal anak tersebut dah sihat walaupun adan sedikit kurus.

Rama ibu bapa bersaing sesama sendiri untuk melihat anak siapa yang paling 'sihat'? Berkongsi-kongsi sesama sendiri jenama susu formula mana yang menjadikan anak-anak mereka ini sangat 'sihat'? Jarang sekali rasanya kita dengar ibu bapa ni berkongsi tentang corak pemakanan yang sihat bila melihat anak seseorang yang lain lebih 'sihat', aktif dan jarang sakit mesti keluar dari mulut mereka "bagi minum susu apa ye?" Erm... mungkin dah budaya dalam masyarakat kita agaknya... menganggap susu formula sesuatu yang WAJIB dihidangkan kepada anak-anak walaupun usia sudah menjangkau 3-4tahun.   

Bagi saya asalkan kita sebagai ibu bapa menjaga pemakanan anak, dia makan nasi, sayuran, buahan, makanan-makanan berkhasiat yang lain, tidak makan makanan segera, jajan insya allah mereka sudah mendapat bekalan nutrisi sepatutnya tanpa mengharapkan 100% hanya kepada susu formula. Susu bukanlah lagi makanan utama dalam diet harian anak atas 2tahun. Boleh jika dia masih inginkan minum susu tapi lebih elok jika diberikan susu segar bukan susu yang diformulasikan :) ia lebih sihat... susu almond, susu kambing juga sihat dan berkhasiat.

Gemuk bukanlah petanda kanak-kanak itu sihat, dan kurus juga bukan petanda kanak-kanak itu tidak sihat :)

Adakah susu ibu tidak sehebat susu formula? di mana silapnya pada susu ibu dalam isu ini?

Bagi saya ini isu paling sensitif sepatutnya dimainkan peranan penting oleh semua orang terutamanya agensi kerajaan seperti klinik kesihatan kerajaan, klinik desa dan sebagainya tentang 'breastfeeding myths' yang  menjadi salah tafsir dikalangan ibu bapa. Antara teori sendiri yang direka-reka oleh masyarakat kita mengenai isu 'breastfeeding' dan saiz budak adalah:

1) Budak menyusu badan ni memang susah nak naik badan dia. Kurus ja macam tak cukup khasiat.
2) Budak menyusu badan ni memang badan naik macam belon yang ditiup angin :P (apa pun tak boleh nak salahkan susu ibu jugak tuh)

Kedua-dua teori rekaan itu konfemlah tak tepat... pada awal kelahiran sehingga usia anak mencecah 2tahun bagi je lah susu ibu sepenuhnya tak kisahlah badan anak gemuk ke kurus melidi ke asalkan dia sihat sejahtera cukup, aktif, tak meragam, membuang dengan lancar dan baik... Apabila anak sudah diperkenalkan dengan makanan pejal PASTIKAN! makanan yang diberikan bebas gula, garam... bagi makanan yang semulajadi seperti puri buah dan sayuran... elakkan sama sekali makanan segera/proses seperti 'nestum bayi' pelbagai jenama di pasaran. Tolong elakkan! Ia umpama memberi mee segera kepada bayi anda! makanan segera bayi (walaupun banyak sungguh iklan yang disogokkan dengan kata-kata manis pengeluar seperti kaya dengan khasiat bla bla bla tolong jangan percaya! Ia tetap makanan yang segera!)

Dipihak ibu yang menyusukan, sepanjang tempoh anak menyusu badan tidak kisahlah 'exclusive breastfeed' ka, 'fully breastfeed' asal dia masih menyusu jaga juga pemakanan kita. Elakkan makanan proses dan segera juga bagi menjaga kualiti susu badan kita (sekali sekala nak merasa tu 'acceptable' lagi jangalah hadap setiap hari atau setiap minggu... hilang royan sebulan sekali cukuplah... tuhpun habuan merasa bukan melantak!) ambil makanan seimbang, berkhasiat... Jika rasa badan tak mampu ambil makanan seimbang kerana kesibukkan tugas harian sila cari alternatif lain seperti ambil 'supplements' ok fine saya bukan nak promo suruh beli Shaklee hehe :D nak beli lagi bagus ekekeke :P makanan sunnah tuh pun dikira sejenis makanan tambah juga... ambil kurma bersama susu kambing setiap pagi dan sebelum tidur, susu badam, madu, habbatussauda' dan sebagainya... Minum air masak secukupnya...

Menurut seorang doktor, bayi atau kanak-kanak yang menyusu badan secara penuh ni memang kadang-kadang kita akan tengok dia terlebih berat atau obes pada awalnya tapi nanti badan dia akan membentuk dengan sempurna, tegap, kemas apabila meningkat dewasa... Jadi jangan fikir banyak bab berat ka kurus ka gemuk ka... just lunaskan tanggungjawab kita menyusukan anak kita sepenuhnya... cuma apabila sudah sampai tempoh 2tahun ke atas periksa semula jenis makanan apa yang kita bagi anak kita tuh... pada ketika itu susu bukanlah lagi MAKANAN UTAMA anak, dia dah boleh makan seperti orang dewasa cuma sebagai ibu ayah pastikan anak ambil makanan yang sihat agar proses tumbesaran dia berlangsung dengan baik. Sekiranya selepas 2tahun anak masih mahu menyusukan, teruskan proses penyusuan susu ibu sehingga ibu dan anak masing-masing bersedia untuk bercerai susu.

Sekian, bebelan panjang lebar...

Saya bukanlah seorang pakar pemakanan atau 'certified dietitian' tapi saya rasa untuk menjadi sihat tak perlu kot nak tunggu dapat kelulusan sebagai pakar pemakanan baru nak belajar apa yang sihat untuk dimakan oleh kita dan anak-anak? atau tak perlu kita bergantung 100% kepada nasihat 'dietitian' di klinik-klinik sebab kita juga sudah ada panduan dan ilmu. Menjadi seorang ibu perlu sentiasa menimba ilmu bukan sahaja ilmu keibubapaan. Saya secara peribadinya masih banyak yang perlu diperbaiki untuk memastikan kelangsungan tumbesaran anak-anak berjalan dengan sempurna... Permudahkan urusan kami ya allah...ameen

??


 

26.10.15

Teknik Mendidik Anak - Ustaz Zahazan Mohamed (Anakku Hebat Anakku Soleh)

Bismillah wal hamdulillah...

Sudah lama rasanya saya beli buku "ANAKKU HEBAT ANAKKU SOLEH" karangan pendakwah tersohor tanah air iaitu Ustaz Zahazan Mohamed. Saya sangat kagum dan suka dengan pendekatan yang dilakukan oleh ustaz sebab tuh saya nak kongsi dengan pembaca blog saya tentang sedikit ilmu yang disampaikan oleh ustaz. Semoga bermanfaat.

Sistem ISLAM tidak pernah memisahkan antara matlamat dan cara. Matlamat yang agung memerlukan matlamat yang baik. Demikian juga dengan pendidikan awal anak-anak yang bermatlamatkan ke arah melahirkan seorang anak yang baik dan soleh. Sudah semestinya perlu mengikut cara, teknik dan jalan yang telah digariskan oleh Islam



1- Menunjukkan contoh taulada yang baik

Kita sering mendengar ungkapan 'kepimpinan melalui tauladan'. Ungkapan ini menjelaskan betapa besarnya peranan yang dimainkan oleh contoh tauladan orang yang memimpin kepada orang yang dipimpin termasuklah ibu ayah dan anak-anak. Keluarga yang ingin anak-anak berakhlak mulia, perlu mempraktikkan akhlak yang mulia. Begitu juga sebaliknya. 

Sirah: Ibu bapa perlu bersikap mulia

Daripada Abdullah bin 'Amir r.a berkata: "Rasulullah SAW pernah datang ke rumah kami dan aku pada masa itu masih kecil. Ketika aku pergi bermain tiba-tiba ibu memanggilku: 'Mari sini aku ingin memberikan engkau sesuatu'. Maka Rasulullah SAW pun bertanya: 'Apa yang nak kau berikan kepadanya?'. Ibu berkata: 'Tamar'. Sabda Rasulullah SAW: 'Kalau engkau tidak memberinya nescaya ditulis bagimu satu dosa menipu"

Tidak dapat dinafikan rumah merupakan pendidikan pertama yang diterima anak-anak kerana rumah adalah tempat di mana anak-anak dibesarkan dan dididik. Akhlak yang dilihat setiap hari oleh anak-anak secara tidak langsung membentuk pekerti dan akhlak anak-anak juga. Dengan sebab itu ibu bapa dinasihatkan untuk menjadi model yang baik yang akan dituruti oleh anak-anak. Elakkan perbuatan dan perilaku yang negatif seperti bengis, buruk laku, berkata-kata dengan kata-kata kesat dan kotor dan sebagainya. 



2-  Merangsang (taghrib) & menakut-nakutkan (tarhib)

Cendekiawan-cendekiawan ilmu tarbiah bersepakat bahawa rangsangan dan galakkan serta memberi ganjaran adalah perkara penting dalam pendidikan apabila anak-anak melakukan perkara yang baik. 

Ibu bapa dan para pendidik seharusnya melihat perspektif memberi ganjaran ini dengan lebih luas. Ia tidak terhad hanya dengan memberi hadiah semata-mata ia termasuklah dengan memberi kata-kata pujian, kata-kata semangat, membawa anak-anak bersiar-siar dan sebagainya  bergantung kepada keadaan. Ia bertujuan untuk terus memberi galakkan dan dorongan kepada anak-anak untuk terus berkelakuan positif.

Dengan ganjaran yang diperolehi anak-anak ini akan terus bersemangat untuk berkelakuan baik atas sebab ganjaran dan sokongan yang mereka perolehi. 

Al-Imam Al-Ghazali berkata dalam Ihya' Ulumuddin:

"Semua perkara baik yang ditunjukkan oleh anak perlu dipuji dan dianugerahkan dengan balasan yang baik di hadapan khalayak ramai. Jika anak itu membuat perkara sebaliknya (buruk) maka hendaklah dilupakan oleh ibu bapa (seolah-olah mereka tidak mengetahui). Janganlah mereka membuka aib si anak lebih-lebih lagi jika dia cuba menyembunyikannya kerana yang demikian menjadikan anak tadi tidak membuang keburukannya itu"

Hukuman juga perlu dibuat untuk mengatasi perkara sebaliknya dari terus berlaku dan perkara ini diakui oleh cendekiawan cendekiawan ilmu psikologi. Dengan kombinasi dua cara ini anak-anak dilatih untuk berfikir: Membuat baik balasannya baik, membuat jahat balasannya hukuman.

Islam mengharuskan penggunaan hukuman atas perkara jahat yang dilakukan dengan syarat biarlah ia bersebab. Selain itu hendaklah hukuman yang dikenakan itu berpatutan dan tidak berlebihan. 

Di dalam hadith ada diceritakan seorang sahabat memukul hambanya kemudian dia terdengar suara Rasulullah SAW bersabd:

"Ketahuilah wahai Ab. Mas'ud (pemukul) pukullah dengan cara yang berpatutan (jangan berlebih-lebuhan)." Apabila terdengar sahaja seruan Nabi, sahabat yang memukul tadi berkata: "Dia aku bebaskan kerana ALLAH." Nabi bersabda: "Jika engkau tidak melakukan begitu nescaya engkau akan dibakar api neraka"

Al-Qobsi berkata:

Alangkah baiknya kalau para pendidik menjadi 'ayah' pada anak-anak didiknya. Janganlah pendidik tadi selalu bermasam muka pada anak-anaknya kerana perbuatan itu adalah dibenci, menyebabkan anak-anak menjadi kurang ajar kepadanya. Hendaklah dia menasihati mereka. Jika tidak berjaya, bolehlah memukul mereka dengan pukulan yang menyakitkan tetapi tidak melebihi hadnya dan janganlah pukulan itu terlalu perlahan. Adalah tidak patut seseorang pendidik itu mewakilkan seorang murid untuk memukul rakannya kerana perkara itu menyebabkan timbulnya rasa benci sesama mereka. Muka dan kepala hendaklah dielakkan semasa memukul. 

Mungkin pada sesetengah keadaan memaafkan boleh dilakukan sebagai ganti pada hukuman pukul. Perlulah pada waktu itu pendidik memaafkan anak tadi tanpa memukulnya



3- Mencontohi dan mengikuti (taqlid)

Taqlid adalah nilai-nilai baik ialah mengikuti apa yang dilakukan oleh ibu bapa yang diterima oleh akal dan yang diyakini olehnya tetapi dia tidak dapat memberi dalil atas apa yang dibuatnya. Anak mendengar ayahnya menyebut perkataan 'Alhamdulillah' lalu dia akan mengikuti ayahnya kerana dia percaya pada ayahnya da apa yang disebut oleh ayahnya walaupun dia tidak mampu memberi dalil atas apa yang disebutnya, Mereka juga akan mencontohi ibu ayah dalam solat, cara bercakap, cara makan dan sebagainya

Ibn Khaldun berkata:

"Anak-anak mempelajari dengan cara mengikuti dan mencontohi lebih daripada yang diambil dengan cara nasihat dan tunjuk ajar" 
(Al-muqaddimah) 



4- Memberi pengajaran (nasihat)

Al-quran menyuruh ibu bapa mendidik anak-anak dengan kasih sayang dan menggunakan percakapan yang menunjukkan kasih sayang. Inilah yang kita lihat diucapkah oleh nabi-nabi alaihissalam kepada anak-anak mereka walaupun anak-anak mereka kadangkalanya derhaka dan tidak mengikuti agama yang dibawa oleh ayah mereka. 

Hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas yang bermaksud:

Satu hari aku berada di belakang Nabi, lalu Nabi bersabda: "Wahai anak! Aku mengajarmu beberapa perkataan: Jagalah ALLAH, nescaya DIA akan menjagamu. Jagalah DIA, kamu akan mendapatiNYA dihadapanMU. Apabila kamu meminta, mintalah ALLAH. Apabila kamu memohon pertolongan, mohonlah pertolongan daripadaNYA. Ketahuilah sekiranya ummah berkumpul untuk memberi manfaat padamu mereka tidak mampu berbuat begitu tanpa izin ALLAH dan jika mereka berhimpun untuk memudaratkanmu nescaya mereka tidak akan mampu berbuat begitu tanpa izin ALLAH"

Perlulah bagi pendidik menyertakan bersama nasihat-nasihatnya, harapan yang tinggi, menakut-nakut dengan hukuman, memuji dan sebagainya kerana tanpa perkara ini hilanglah nilai nasihat itu. 

Pertimbangan antara penggunaan NASIHAT dan ROTAN akan melengkapkan cara mentarbiah.

5- Bercerita

Cara bercerita juga mungkin boleh dilaksanakan dalam tarbiah untuk menanam sifat-sifat baik dalam diri anak. Dengan cara bercerita anak-anak akan belajar berfikir dan menyelesaikan masalah. Cukuplah contohi Al-Quran kerana di dalam al-quran telah banyak menceritakan pada kita tentang peristiwa-peristiwa yang telah dan akan berlaku untuk diambil iktibar oleh kita supaya kita mengikut jalan yang benar. 

ALLAH SWT berfirman dalam al-quran yang bermaksud:

"Sesungguhnya dalam cerita-cerita mereka itu ada pengajaran" (Surah Yusuf: 111)

Cara bercerita ini dapat dilaksanakan dengan cerita-cerita yang terkandung dalam al-quran beserta dengan pengajaran daripada kisah tersebut. Boleh disertakan juga nasihata tauladan daripada kisah yang dipaparkan oleh al-quran kepada ummat manusia seluruhnya. 



6 - Membuat perumpamaan

Antara cara-cara pendidikan yang berjaya ialalh dengan membuat perumpamaan dalam percakapan dengan anak-anak dalam mendidiknya. Tidak ada syak cara ini juga ada digunakan oleh al-quran dengan begitu banyak sekali. 

Sirah: Nabi SAW mendidik para sahabat dengan perumpamaan

Hadith yang dibawakan oleh al-imam ahmad dan al-baihaqi dalam Syu'ab Iman (Bab iman) daripada hadis Abi Umamah r.a: "Telah datang seorang pemuda kepada Nabi lalu berkata: 'Wahai Rasulullah SAW izinkanlah bagiku untuk berzina. Orang yang ada di sekeliling cuba untuk menghalaunya dan mereka berkata: Diam. Nabi memanggilnya: Mari dekatku. Maka dia pun datanglah dekat. Nabi berkata duduk, maka duduklah dia. Nabi bertanya: 'Adakah kamu suka perbuatan zina itu dilakukan oleh ibumu?'. Dia menjawab: 'Tidak'. Demi ALLAH, semoga ALLAH menebuskan dirimu denganku. Dia berkata lagi: 'Tiada siapa pun yang hendak perbuatan itu berlaku pada ibu mereka.'

Demikianlah Nabi bertanya tentang anak perempuannya, saudara perempuannya, emak saudaranya, bapa saudaranya dan lelaki itu menjawab dengan jawapan sebelumnya. Kemudia Nabi pun bersabda sambil meletakkan tanganya pada dada pemuda itu: ' YA ALLAH ampunkanlah dosanya dan bersihkanlah hatinya dan peliharalah kemaluannya daripada zina'. Selepas itu pemuda itu tidak lagi ingin memperlakukan perkara-perakara sumbang.


  

21.10.15

4 Fasa Didikan Anak-Anak Mengikut Sunnah Rasulullah SAW

Bismillah wal hamdulillah...


Sementara mood rajin ni marilah berkongsi dan 'update' blog secara pantas sebelum mood dibawa arus jerebuh eh? Dah pukul 11.30 pagi tapi cuaca macam gelab dan suram ja... berdebu n berhabuk... Kepala tengah ligat fikir aktiviti untuk anak-anak seharian dalam rumah... biasala bebudak tak keluar rumah dah macam apa je masing-masing buat perangai sebab bosan... jom 'homeschooling' haha! Rajin sangat ka ummi kamu ni...hehe :P

Terjumpa 1blog 'share' 1info mengenai 4fasa cara didikan anak-anak mengikut sunnah nabi kita Rasulullah SAW... 

Fasa pertama: umur 0 hingga 6tahun (fasa anak-anak saya sekarang = aisya 5tahun, amira 3tahun, ammar 1tahun)

Pada fasa ini ibu bapa mestilah memberi kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak. Anak-anak hendaklah dilayan dengan baik. Jangan sesekali memukul dan merotan anak-anak dalam umur ini (haih dah 2-3kali bebudak ni kena rotan kaki... moga ummi dan ayah dapat perbaiki kesilapan selepas ini. Entahlah tahap sabar sampai mana kan?huhu...orang yang tak pernah marah dengan budak-budak umur 3-6tahun ni memang terbaiklah tahap kesabaran dia. Kena belajar lagi)

Fasa kedua: umur 7 hingga 14tahun

Pada fasa ini Islam masih lagi memberi penekanan dalam memberi kasih sayang tetapi perlu disulami dengan unsur tegas dalam mendidik. Mereka perlu diberikan penerangan dan diajar untuk berdisplin dan bertanggungjawab. Pada fasa ini anak-anak perlu diberikan penekanan serius mengenai perlaksanaan solat, puasa, pergaulan antara lelaki dan perempuan, akhlak dan ibadah-ibadah sampingan lain. 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Perintahkanlah anak-anak kamu supaya mendirikan solat ketika berusia 7tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan solat ketika berumur 9tahun dan asingkanlah tempat tidur mereka antara anak lelaki dan perempuan" (Hadith riwayat Abu Daud)

Menurut hadith di atas Islam membenarkan ibu bapa memukul anak yang berusia antara 9-10tahun jika tidak bersolat. Namun ada beberapa garis panduan semasa memukul anak iaitu:

1- Anak mengerti kenapa dia dirotan
2- Orang yang memukulnya adalah walinya contohnya: ayah
3- Tidak memukul secara berlebihan hingga memudaratkan
4- Kesalahan yang dilakukan serius dan perlu mendapat peringatan agar tidak berulang
5- Memukul/merotan dengan niat untuk mendidik bukan untuk melepaskan marah
6- Jangan memukul menggunakan tangan atau anggota badan. Guna rotan atau bahan lain untuk memukul anak.
7- Seeloknya pukul ditapak kaki kerana ada kajian menunjukkan pukulan pada telapak kaki anak akan merangsang saraf di bahagian otak agar berkelakuan baik. Wallahu'alam



Fasa ketiga: Dari umur 15-21tahun

Pada fasa ini ibu bapa seeloknya mendekati anak-anak dengan menjadi SAHABAT BAIK kepada mereka. Banyakkan berkomunikasi dengan mereka, berbual, bertanya seolah-olah menjadi seperti seorang kawan kepada anak-anak remaja ini. Bagi remaja perempuan, cerita kepada mereka mengenai proses akil baligh yang mungkin mereka hadapi iaitu berkenaan dengan HAID. Terangkan mereka bagaimana ia berlaku dan apa yang bakal mereka lalui. Begitu juga dengan remaja lelaki. Dedahkan juga proses akil baligh bagi lelaki. Peranan ini selalunya mungkin boleh diambil oleh ayah.

Jadilah pendengar yang baik kepada mereka. Hormati pendapat dan pandangan mereka selagi tidak menyalahi syarak dan baik untuk mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan pandangan dan tindakan mereka elakkan daripada memarahi mereka dengan cara mengherdik dan meninggikan suara kepada mereka terutamanya jika dihadapan orang ramai atau adik beradik yang lain. Anak-anak dalam umur remaja ini mudah memberontak jadi perlu menggunakan pendekatan diplomasi dengan mereka. 

Fasa keempat: 21 ke atas

Dalam fasa ini anak-anak sudah boleh diberikan hak dan kebebasan untuk membuat keputusan sendiri. Ajar anak-anak untuk menilai sesuatu keputusan yang perlu untuk mereka lakukan. Disamping itu sebagai ibu ayah perlu memantau keputusan dan perkara yang anak-anak lakukan agar selari dengan landasan Islam.

Semoga bermanfaat buat semua

Sumber asal: Nor Azira Mohamad

 

20.10.15

10 Tips Keibubapaan dan Kebahagian Anak - Prof. Muhaya

Bismillah wal hamdulillah...

Walaupun blog picisan saya ni banyak merapu dan 'sharing' mengenai life semata-mata nak juga berkongsi ilmu... sorry kawan-kawan saya memang jenis orang ada kalanya suka bergurau, suka bercerita dan ada masanya perlu juga ada keseriusan... Tapi saya bukanlah jenis 24jam serius dan asyik nak bercerita secara serius mengenai ilmu 24jam... Haha! Bukanlah bermakna saya tak suka kepada perkongsian ilmu tapi saya tak suka cara atau bentuk yang terlalu kaku... rasa mengantok dan 'keras' bagi sesetengah orang yang baru nak berjinak-jinak untuk menuntut ilmu. Why are u so serious? Chill je lah :D 

Heh merapu sudah... saya baru terbaca dari 1blog mengenai 10tips keibubapaan yang dikongsikan oleh Prof. Muhaya. Tujuan tepek kat blog sendiri ni semoga mudah nak buat 'revision' tak perlu tercari-cari lepas ni dan dapat juga berkongsi ilmu dengan 'readers' yang tak berapa ramai ni... :D

1- Khas buat ibu ayah yang kerap berjauhan dengan anak, kerap tinggalkan anak dengan pengasuh atau taksa atas urusan pekerjaan, jika tiba-tiba teringat kat anak, baca surah al-fatihah, sampai ayat "Iyyakana'budu waiyyakanastai'in" yang membawa maksud "Hanya kepada MU kami sembah dan hanya kepadaMU kami mohon pertolongan". Berdoa dan mohon hajat apa yang berkaitan dengan anak dan kemudian habiskan bacaan al-fatihah seperti biasa. Doakan anak kita beroleh kefahaman sebenar, beroleh ilmu yang bermanfaat dan serahkan urusan menjaga anak kepada ALLAH SWT.

2- Pandang wajah anak sewaktu dia tidur. Ucapkan bahawa "ummi nak (sebut nama anak) jadi anak yang soleh/solehah. Cuba amalkan seolah-olah kita sedang merangsang minda separuh sedar anak dan kita sedang berkomunikasi dengan rohnya. Dan ucapan yang baik-baik dari seorang ibu merupakan doa buat anak

3- Bangun solat malam, bersolatlah disebelah anak-anak. Ataupun anak-anak dekat dengan kita. Jika kita selalu buat dan kita bagitahu anak yang kita selalu doakan dia akan terbina satu ikatan kasih sayang yang akrab antara ibu dan anak. Walaupun anak kita masih kecil lama-kelamaan dia boleh faham yang kita selalu doakan dia, nak dia jadi anak yang baik dan soleh.

4- Minta dikasihani. Fahamkan anak-anak yang ibu ayah berada di dunia ni sudah tidak lama. Jika anak tidak menjadi anak yang soleh, anak yang tidak mahu mendengar nasihat yang baik, anak yang tidak mahu solat, nanti ibu ayah meninggal ALLAH SWT akan marah. 

5- Peluk dan ciumlah anak walaupun dia sudah besar kerana belaian dan sentuhan seorang ibu memberi impak positif kepada rohaninya. Pelakuan peluk cium itu melambangkan rasa kasih seorang ibu yang tidak berbelah bagi. Walaupun dia dah ada adik, dah besar ibu masih lagi sayang padanya seperti biasa

6- Maafkan anak walaupun dia kerap melukakan hati kita. Muhasabah diri semula, mungkin kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak adalah bayangan kesilapan dan dosa-dosa kita yang telah lalu. Muhasabah dan perbetulkan jika mampu. 

7- Yang penting tutur kata kita. Jangan ucapkan perkataan yang tidak disukai anak ataupun membuatkan perasaan anak terluka. Jika terbuat silap, jangan segan silu untuk minta maaf kepada anak. Cerita dan terangkan kepada anak yang kita marah kerana sayang bukan benci. 

8- Amalkan membaca surah Ibrahim ayat 40 supaya anak, keluarga serta zuriat keturunan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang mendirikan solat. (Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat, dan demikian juga dengan zuriat keturunanku. Wahai Tuhanku! Perkenankanlah doa dan permintaaku)


9- Selalu berpesan dengan anak-anak untuk memiliki budi pekerti dan akhlak yang baik walau dengan siapa pun. Tidak guna belajar tinggi-tinggi, ada pangkat besar tetapi tidak tahu menghormati orang lain. Kita perlu jaga hubungan kita dengan ALLAH SWT dan juga hubungan kita dengan manusia.

10- Masa basuh beras, masa memasak makanan untuk anak-anak dan keluarga niatkan dalam hati "Ya ALLAH, KAU lembutkanlah hati anak-anak aku sepertimana ENGKAU lembutkan beras ini menjadi nasi. Jadikan anak-anak ku orang yang faham dan mengamalkan agamanya yakni Islam" Kenapa kita nak anak-anak kita faham agama? Jika agamanya A, agamanya baik insya allah kita tak perlu risau banyak perkara. Dia boleh menjaga diri sendiri. Basuh beras arah lawan jam (pusing tangan dalam basuhan beras) seperti orang sedang bertawaf sambil berselawat ke atas Nabi


 

8.12.14

Menjadi ibu buat pertama kali & cabaran penyusuan...

Bismillah wal hamdulillah...

Menjadi ibu dan ayah buat pertama kali adalah satu pengalaman yang tidak akan dilupakan. Adalah lumrah bagi setiap pasangan yang sudah berumah-tangga untuk menimang cahaya mata secepat mungkin. Saya sudah pun melaluinya lebih kurang 5tahun yang lalu. Syukur alhamdulillah ALLAH SWT memberikan kami rezeki anak seawal 3-4bulan selepas mendirikan rumahtangga. Memang tidak sangka, ingat nak tunggu setahun dulu... rupanya ada lagi cepat dari kami... selepas 3minggu bernikah sudah disahkan mengandung... bunting pelamin!

Namun begitu, menjadi ibu dan ayah tidaklah indah-indah belaka... cabaran demi cabaran bakal dilalui yg mana cabaran dan dugaan itu mendewasakan kita... Sebenarnya bukan senang mak ayah kita nak besarkan kita... sekarang turn kita pula menjadi ibu ayah... Saya akui pengalaman pertama saya menjadi ibu saya memang 'melatah' juga biasalah 'culture shock'... Banyak faktor mempengaruhi dan sebagai isteri dan ibu kita kena mengetahui dan memahami beberapa perkara.Apa yang saya senaraikan berdasarkan pengalaman dan perkongsian ilmu yg tidak seberapa semata-mata... yang baik dijadikan teladan yg buruk dijadikan sempadan...

Baby Blues Syndrome

Ini normal... saya juga mengalami masalah yang sama pada awal kelahiran puteri sulung... term ni dipanggil "baby blues syndrome" atau "Postpartum Distress Syndrome". merupakan suatu kondisi dimana muncul perasaan gundah gulana atau adanya perasaan sedih yang di alamai oleh para ibu selepas melahirkan. Keadaan ini biasanya terjadi pada 14 hari pertama selepas melahirkan dan mungkin akan menjadi seriua pada 3 atau 4 hari selepas melahirkan. Namun jika ibu mengalami keadaan yang sama melebihi batas normal 2 minggu, maka ibu seeloknya mendapatkan nasihat doktor, karena di khawatirkan mengalami Postpartum Depression.

Punca utama yang menyebabkan ibu mengalami baby blues syndrome adalah disebabkan oleh masalah hormon. Pada saat kehamilan, ibu banyak mengalami perubahan besar baik fizikal maupun emosi termasuk di dalamnya perubahan hormon. Begitu juga selepas melahirkan, perubahan tubuh dan hormon kembali terjadi lagi. Perubahan-perubahan yang kembali terjadi pada diri anda akan sangat mempenngaruhi perasaan ibu. Penurunan secara drastik kadar hormon estrogen dan progesteron serta hormon lainnya yang di produksi oleh kelenjar tiroid akan menyebabkan ibu sering mengalami rasa keletihan, tertekan dan 'mood swing'.

Selain hormon, hadirnya si kecil yang memerlukan perhatian, yang memerlukan banyak tenaga ibu, sehingga ibu mengalami keletihan dan kurang waktu istirahat. Perubahan pola hidup ini juga sebagai faktor banyak ibu selepas melahirkan mengalami tekanan. Selain itu kecemasan yang menghantui para ibu, kecemasan akan masa depan anak, kecemasan apakah mampu atau tidaknya membesarkan anak dengan baik, dan kecemasan lainnya yang menghantui ibu juga bisa memicu baby blues syndrome. Ibu yang mengalami Baby Blues Syndrome biasanya akan mengalami gejala-gejala:
  • rasa sedih dan tertekan memenuhi perasaan ibu hingga menyebabkan ibu sering menangis tanpa sebab
  • emosi mudah terganggu dimana si ibu akan merasa sedih, marah, mudah tersentuh dan cepat naik angin
  • sering merasa keletihan
  • cemas dan susah hati
  • susah beristirehat
Beberapa tips bagi mengatasi masalah ini adalah:
  •  lakukan persiapan/persedian dari segi mental dan fizikal - ilmu menguruskan bayi buat pertama kali, persediaan fizikal seperti keperluan ibu dan bayi. Tidak lupa juga persediaan menghadapi saat melahirkan... kena banyak study mengenai sebelum, sewaktu dan selepas bersalin
  • lakukan persiapan mengenai ilmu keibu-bapaan, bagaimana nak uruskan bayi dan sebagainya
  • dapatkan sokongan keluarga terutamanya suami sebab suami merupakan orang yang paling dekat dengan kita dan bayi
  • dapatkan rehat yang mencukupi
  • join 'support group' dari ibu-ibu lain agar pengalaman dapat dikongsi bersama
  • amalkan permakanan seimbang dan berkhasiat. amalkan mandi herba, urutan ibu selepas bersalin, ambil supplements untuk mengembalikan kesihatan dalaman dan menyembuhkan luka bersalin dengan cepat
  • Berdoa dan berfikiran positif sentiasa. Elakkan dari anasir-anasir negatif dan banyak berzikir bagi ibu yang beragama islam, mendengar kata-kata motivasi agar cabaran dapat dilalui dengan baik
Konflik dengan orang sekeliling

Selain konflik dengan diri sendiri disebabkan perubahan fizikal, mental dan hormon, orang sekeliling seperti keluarga, ibu bapa, ibu bapa mertua juga memainkan peranan penting kerana mereka adalah orang-orang yang membantu kita sepanjang proses berpantang.

Adalah biasa apabila kita bertentangan pendapat dengan mereka. Cuba untuk menerangkan dengan baik apa yang kita nak dan harapkan agar tidak berlaku salah faham kepada kedua-dua belah pihak. 

Konflik sebeginilah saya alami diawal kelahiran anak sulung dulu. Saya hadapi dengan nenek saya. Aisya merupakan cicit yang paling dekat dengan dia. 24jam dia cuba untuk mendekati aisya sampai saya sebagai ibu tidak dapat nk bermanja dengan aisya. Selepas breastfeed tok saya akan ambil n dodoi aisya sampai aisya tak mahu langsung tidur di atas tilam. Sentiasa mahu dipangku. Saya memang merasa sangat terkilan kerana sebagai 1st time mom nak juga melihat dan membelai anak sendiri buat pertama kali tapi merasa kecewa apabila tidak diberikan kepercayaan...

Saya juga seringkali terbaca di post-post group facebook ramai lagi ibu-ibu buat pertama kali berhadapan dengan situasi ini... para nenek nakkan yang terbaik buat cucu mereka, para nenek tidak yakin cucu mereka akan baik2 sahaja dalam perhatian anak mereka dan macam-macam kes lagi. Jadi isu ini mestilah ditangani secara baik agar tidak berlaku salah faham dan rasa tertekan dikalangan ibu dalam pantang. 

"Nipple crack" & posisi penyusuan

Selepas melahirkan cabaran pertama yang akan dialami adalah penyusuan. Pada pendapat saya, walaupun sudah ada anak 3orang, pengalaman pertama menyusukan selepas bersalin merupakan pengalaman pertama kerana setiap bayi adalah berbeza. Dalam keadaan badan yang masih lemah, luka bersalin yang belum sembuh, bayi baru lahir yg perlu diajar untuk menyusu memang memerlukan kesabaran, semangat yg kuat. 

Pada awal proses penyusuan, bayi masih lagi dalam proses belajar melekap pada payudara ibu. Jadi kemungkinan ibu mengalami masalah 'nipple crack' di mana puting payudara menjadi merekah, sakit dan adakalanya berdarah. Ini menyebabkan ibu merasa tertekan, kesakitan dan akhirnya berputus asa untuk menyusukan bayi. Apa yang saya lakukan adalah:

  • minta bantuan jururawat/pakar laktasi (semasa di hospital) untuk membantu anda memulakan penyusuan buat pertama kali
  • gunakan 'nursing pillow' agar dapat memberi sokongan pada bayi dan ibu semasa menyusu
  • sekiranya anda mengalami masalah 'nipple crack' jangan berhenti menyusu, sebelum memulakan penyusuan sapukan susu badan pada nipple yg terluka kerana susu ibu itu sendiri mempunyai anti-bakteria, anti-virus yang mampu menyembuhkan luka atau boleh juga gunakan krim "nipple cream" yang selamat untuk masalah ini seperti jenama Palmer's cocoa butter nursing butter, PureLan 100 jenama Medela dan sebagainya. Dapatkan nasihat doktor ataupun pakar laktasi 


Air masak dan makanan pejal untuk bayi bawah 6bulan

Sudah menjadi lumrah rasanya, jika kita berpantang dengan mak atau nenek mereka sudah terbiasa dengan budaya memberi bayi bawah 6bulan dengan air masak & lebih dahsyat dalam pantang lagi sudah campurkan 'nestum' ataupun makanan pejal ke dalam susu bayi. 

Bayi baru lahir memiliki saiz perut yang kecil jadi mereka kerap menyusu. Selepas menyusu mereka buang air kecil/besar kemudian lapar kembali. Semua ini lumrah bukan tanda bayi tidak cukup susu. Disamping itu, bayi baru lahir juga gemar dengan kehangatan pelukan ibu. Jadi setiap kali menyusu dia merasa dekat dengan ibunya. Ini merupakan proses penyesuan dari alam rahim ke alam dunia. 

Jadi sebenarnya bayi baru lahir tidak perlukan air masak ataupun makanan pejal :)



Stok EBM ibu berkerjaya sewaktu cuti berpantang

Walaupun saya seorang suri rumah, saya pernah praktis "pumping during confinement" anak ke2. Ketika itu saya belum ambil keputusan untuk resign jadi haruslah bersedia untuk buat stok EBM.

Pada pendapat saya, pumping (untuk simpan stok EBM selepas habis cuti) adalah tidak perlu dimulakan awal. Sesi memerah dimulakan awal hanya untuk merangsang pengeluaran susu. Selepas bonding antara bayi dan anda sudah serasi jadi anda sudah boleh memulakan aktiviti memerah bagi tujuan menyimpan stok EBM. Saya mula memerah untuk stok seawal 30hari dalam pantang. Ada yg mula 3minggu. Ikut pada jadual dan perancangan anda. Janganla mula 1minggu sebelum masuk kerja takut tak sempat :)

Mula melatih untuk memerah mengikut jadual anda di pejabat. Saya mulakan dengan pukul 8.00pg (sebelum mula tugas pada pukul 8.30pg), pukul 1.00tengah hari (wajarnya waktu keluar rehat pada tengah hari) & pukul 5.00ptg (sebelum balik kerja pada waktu petang). Mula melatih untuk mematuhi waktu memerah yang lebih kurang sama setiap hari (awal atau lewat 30minit gitu boleh dimaafkan) agar dapat memberi isyarat kepada otak yg kita memerlukan susu yg lebih pada waktu-waktu tersebut. Jadi takda masalah susu tiba-tiba kurang atau sebagainya.

Jika ada kelapangan buat power pumping sebelum waktu subuh kerana waktu itu insya allah hormon pengeluaran susu sedang memuncak. Jadi ambil kesempatan untuk memerah, buat power pumping atau tandem pumping bagi merangsang pengeluaran susu.




Melatih bayi menggunakan botol

Melatih bayi menggunakan botol adalah sesuatu yang tidaklah penting tetapi terpulang kepada pengasuh/babysitter bayi kita. Jika dia biasa menggunakan selain botol susu seperti syringe, cawan, sudu jadi penggunaan botol tidak terlalu mendesak. Selalunya pengasuh memilih untuk menggunakan botol kerana mereka tidak biasa memberi susu kepada bayi menggunakan syringe, cawan dan sebagainya. Selain itu mereka bimbang bayi mudah tersedak.

Jadi di sini penggunaan botol menjadi penting. Jangan terlalu awal membiasakan bayi dengan puting botol. Mengikut pengalaman saya, saya mula melatih bayi saya menggunakan botol seawal 30hari usianya. Saya meminta ibu saya membantu saya memberikan EBM menggunakan botol. Pada awalnya bayi masih tidak pandai menghisap susu menggunakan puting botol. Saya teruskan latihan pada keesokkan harinya. Setiap hari saya tetapkan bayi akan meminum EBM menggunakan botol sebanyak 2kali berselang-seli dengan direct-feeding agar bayi tidak keliru puting.

Begitulah selanjutnya sehingga habis waktu berpantang. 

Jangan berhenti mencari ilmu dan jangan berputus-asa

Ilmu ALLAH SWT ini Maha Luas dan tidak pernah habis. Semakin kita mencari semakin terasa kurangnya ilmu. Jadi sentiasa menimba ilmu dengan pelbagai cara seperti menghadiri kelas penyusuan, bertanya kepad orang-orang yg pro-breastfeeding, pakar laktasi, laman web penyusuan dan sebagainya.

Tawakkal, berdoa

Jangan lupa untuk bertawakkal dan berdoa kepada ALLAH SWT agar mempermudahkan urusan kita menyusukan anak kita selama mungkin sekurang-kurangnya 2tahun. Berdoa semoga ALLAH SWT memurahkan rezeki anak kita dan memberikan kita kekuatan...

Happy breastfeeding mommies!


 

6.3.14

Status terkini...

Bismillah wal hamdulillah...

Status terkini life saya adalah sangat blur... blur about everything... blur pasai nk jaga 3org anak (yg selalu buat sy sedih hari2 sbb smpai skrg sy masih mengharapkan MIL n mak utk handle salah seorg daripada aisya+amira+ammar... sy masih xyakin nk handle ketiga2 serentak kerna ammar masih dalam fasa xmenentu... kkdg the whole day merengek, kkdg ok je...), blur nk setel hal kemas mengemas umah yg hampir 2bulan ditinggalkan, blur nk uruskan hal bisnes shaklee kesayanganku even order ada ja masuk tp kkdg terpaksa pospon COD kerna ammar buat perangai dan macam2 lagi jenis blur... barang2 dapur semua belum sempat beli lg... harapnya esok sempat tinggalkan ammar kt mak n aisya+amira tinggalkan kat MIL sementara sy nk p pasar tani nk borong barang2 basah sikit dah lama xmemasak nehs... ya allah, bilakah sy boleh menjaga anak2 kesayangan hamba ini sendiri?

The best job ever!


 Harini apa satu menda pun xboleh buat... dahla si kenit ammar tidur pukul 3pg tadi lepas tuh ingat dia boleh tidur lama arini tp sangkaan sy meleset... asik terbangun2 jek mintak dilayan... ummi masak utk diri sndiri pun terkejar2... sarapan sempat minum ja lunch pun dah pukul 3ptg... sardin n telur goreng ja... kalau kakak2 ada ni macam mana lah agaknya... ya allah, mudahkanlah urusanku... jadikan aku seorang ibu yg kuat n tabah menguruskan anak2 ku sendiri... ameen ya rabb... hari2 doa mcm ni... mg dimakbulkan allah swt... next week nk try jaga aisya+amira+ammar sendiri tgk... harap2 ummi sempat utk buat perkara2 wajib seperti solat n ke toilet... hehe :D yg laen tuh kita setel selepas ayah balik... org kata pelan2 kayuh... aisya dah boleh harap sikit2 tgl tgk2 adik... tp amira seperti sedia maklum dikoreknya mata adik, mulut n telinga adik... mmg kena letak atas baby cot... 

Tuhdia xcukup tgn dah...macam kuil hindu dah tgk...ekekeke :P


Tapi bila namanya seorang ibu, anak 10org pun dia mampu jaga... same goes to me... dulu anak 1org bila yg no.2 nk lahir sy xtentu arah fikir tp alhamdulillah sy mampu harungi... skrg sudah 3org... walaupun tak terjangkau dek akal ini tp sy tahu "tidak akan allah swt bebankan seseorg melainkan dgn kemampuan dirinya..." jadi sy mmg mampu cuma sy perlukan masa dan ruang untuk sy biasakan diri... begitu jgk dgn anak2... utk fahamkan keadaan baru ini anak2 juga perlukan masa dan ruang terutamanya amira humaira yg baru menjangkau usia 1thn 10bln... pernah 1malam ammar merengek2, amira pun merengek minta didodoikan dia tidur...selalunya amira akn merengek kt ayah dia tp malam tuh bertukar tangan... sy terpaksa handle kedua2nya serentak sampai pukul 12tgh malam... nasib baik akhirnya amira tertidur sambil sy tepuk2 n pujuk2 dia utk tidur... ammar pulak sambung shift smpai pukul 2pg... perghhh... what a long night dirasakan...

Cepat2lah masa berlalu... cepat2lah anak2 besar... huhu... sy enjoy ja sambil zikir2 pujuk hati dgn keadaan tak menentu ini sbb sy yakin 1hari nanti sy mesti merindui kembali saat2 ini :)

 

1.3.14

Confinement Mode... (Part 3: 46days+pe'el baby newborn+cabaran berpantang kali ke3)

Bismillah wal hamdulillah... 

Amboi berjela sungguh title entri...hehe :D ok arini adalah sedikit releks... baby ammar since macam da semakin behave diakhir2 pantang ni... kita tgk petang satg macam mana pulak...hari2 adalah hari2 yg mendebarkan untuk saya... OK mari menaip secara pantas sebelum mujahidah solehah amira humaira bangun n panglima perang ammar yaser juga bangun... huhu

46days

Kali ni xdak la nk countdown sangat nk habes pantang... countdown nk umur baby 44hari n habis 2bulan pertama utk si kecik ammar yaser kerna pe'el dia yg macam2 n agak mencabar selepas seminggu kelahiran... org tua2 kata nanti lepas pantang okla tuh perangai baby... xdakla cranky n berjaga malam lagi... saya adalah sgt weng sepanjang 1bulan++ nehs... tidur tak menentu of kosh, letih sbb asik kena berdukung je si kecik tuh ke hulu ke hilir tanpa dapat duduk apatah lagi berbaring... mmg letih banget rasanya badan ni xdpt nk baring... sakit2 jadinya.. bila tidur jadi 1-2jam ja 1hari, fizikal n mental adalah sgt penat... mula la mengalir air mata... beberapa kali pesan kt diri sendiri utk terus kuat... serius rasa mcm tak mampu... dgn aisya n amira kena jgk handle... sy xmau lepas mcm tuh ja tanggungjawab jaga anak2 lain kt mak n en.abg... isau kot nti depa makin jauh dari sy... sob3 :(

Even dah 46days sy masih lg meneruskan berpantang macam biasa... berpantang dari segi makan...xdakla nk hadap semua jenis makanan... masih xmakan makanan sejuk n berangin... berpantang je la kan selama mungkin... setgh org berpantang sampai 100hari... yg paling xleh nk pantang adalah ais... masih lg cuba xminum ais...kohhkoff... mencabar sbb cuaca sgt panas... rasa perit sgt anak tekak... paling mampu just xminum air suam... air biasa2 ja... kalu air suam rasa terbakar tekak! haha... poyo btol... org releks je kan bertahun2 xminum ais... haish... pastu merungut la perut buncit la apa la... eh sbnrnya ais ni bagus ke tak eh?ada yg ckp bgs... hehe :P ke alasan jek? ekeke... apa2 pun dlm islam semuanya mestilah bersederhana... jgn terlampau byk n terkurang... so pandai2 la ye :)

Malam ke 46... pipi ada eczema on/off...apply vco... n nk cuba herbal blend shaklee jg... harap2 eczema ammar yaser sembuh...kesian gatal2...

Pe'el baby newborn

Sebelum ni dok dgr cerita2 org ja baby baru lahir kena sawan tangis menangis non-stop sepanjang 44hari, yg xmau tidur malam etc... even anak sedara sy ada yg jadi mcm tuh nangis sepanjang malam selama beberapa bulan... alhamdulillah aisya n amira xdakla sampai mcm tuh cuma aisya ada jgk buat perangai xmau tidur malam n asik nk tdo atas riba... tp alhamdulillah selepas 60hari semuanya baik2 shj...

Bila amira lahir, alhamdulillah syukur tidak terhingga amira humaira xmengalami sbrg masalah tidur...dia tidur ja siang n malam tanpa masalah... ada kot 2-3kali ja buat perangai tidur tak menentu tp xmenjadi masalah sgt... syukur tak terhingga... sy siap sempat baking itu ini, masak itu ini... :) rasa enjoy... tp waktu berpantang amira humaira kami diuji dgn kesihatan amira yg kena prolonged jaundice... setiap anak ada cabaran n pe'el tersendiri... mmg totally tak sama setiap anak... bg sy setiap anak ibarat mendapat 'anak sulung' cabaran baru, pengalaman baru... bagi sy setiap cabaran memberikan sy peluang utk mendapatkan ilmu parenting yg baru dan menjadikan sy seorg ibu yg lebih kuat...insya allah...

Cabaran berpantang kali ke3

Tak tau macam mana nk cerita... sy rasa masih ada yg xtau sy bersalin yg ke3 ni tru emergency c-sect due too PPH dan fetal distress... ok xmau cerita panjang sbb entri details mengenai pengalaman bersalin ke3 akan dikarang dan diprivate'kan utk bacaan org2 tertentu shj demi menjaga kemaslahatan... harap maaf ye... kesimpulannya kita ni hanya mampu merancang dan ALLAH SWT shj yg menentukan segalanya...

Apa cabarannya berpantang kali nehs?handle anak2 kecil yakni kakak2 adik baby yg masing2 minta perhatian... sbb tuh org suruh jarakkan kehamilan... haha! ok marah dgn diri sendiri... mungkin setiap budak tuh xsama...setgh budak ok jek dpt adik...lagi baik dia... tp setgh budak bukan main cranky lg... kesian sgt... xfaham lg apa itu adik?siapa adik?kenapa ummi tiba2 dah xtidur dgn dia?kenapa ummi tiba2 dah xdukung dia?? sy tau soalan2 itu yg sentiasa bermain diminda anak ke2 kesayangan sy amira humaira... nmpak dia terkedu, tertnya dan blur... lepas tuh mula dia cranky menjadi org lain utk mengadu nasib... sob3... adik baby pun boleh tahan cranky... ummi mmg berendam air mata jgk diawal2 fasa berpantang... tetap digagahi jgk utk terus bersabar... kkdg berpantang adalah ke laot... dgn xcukup tidur, maktok pun sibuk melayan anak2... ummi maen makan je apa yg ada...habis2 sgt makan roti kering jek...sob3... tp tak jgk kurus...kohhkofff... perut sokmo masuk angin...sadis... xleh nk salahkan maktok sbb maktok pun sehabis pulun dah buat yg terbaik... lepas ni kami da xmau kacau maktok n tokwan lagi naa... nk bg maktok n tokwan rehat pulak... mak n abah (maktok n tokwan) insya allah akn menunaikan umrah pada bulan mei 2014 nanti... alhamdulillah...

Ok...xleh update panjang lg...ni update smbil pumping... 2 in 1 session...ekeke :) apa2 pun bersyukur n alhamdulillah fi kullihal...

Pumping session dikala kelapangan...hehe
 

18.12.13

Homeschooling: Episod: Mengenal warna...

Bismillah wal hamdulillah... 

Ummi pnya gigih semalam search kt Pinterest idea homeschooling utk aisya... amira nanti sat dulu... sbb baru nk start sbb sejak 1-2minggu neh aisya asik mengadu boring la, xtau nk buat apa la...kesian jgk si aisya... nak beraktiviti... pastu asik bgtau ummi nk pi sekolah sbb kt skola ada cikgu n kawan2... kesian la pulak... malam td tdo lewat, search n prepare apa yg patut... asah pencil color, kemas2 meja 'study' depa... haha! pastu fikir apa plan nk buat esok... kul 1pg baru ummi tidur walaupun badan penat xrehat seharian...gigih tak??? huhu...

Yelah, dah 1tahun lebih kot jadi surirumah tp masih belum dpt konsisten create aktiviti utk anak2... lagipun nk limitkan masa depa tgk tv (asik melayan disney junior, disney channel smpai da hafal kartun apa next2) dan melayan youtube kt note ummi... dahla note I tuh pun da semput... macam2 di'install aisya... -__-" kkdg msg/WA/call customers pun boleh didelete/direject... fikir pnya fikir terjmpa mengenai homeschooling aktiviti... mmg bagus homeschooling aktiviti ni disamping anak2 enjoy dgn aktiviti mereka boleh rangsang minda mereka juga, cognitive skills etc... sambil2 kenal huruf, kenal haiwan sambil2 tgn pun ligat je mewarna, menggunting (aisya mmg suka main gunting... beli gunting utk art yg xtajam sgt tuh...) apa lagi ligatlah dia menggunting, menampal segala kertas2 warna tuh... malam td ummi gigih masuk kedai stationary nk cari barang2 utk aktiviti homeschooling... alhamdulillah ada simpanan dari bonus shaklee sikit2 utk kegunaan mcm ni la...

Adik amira start tdo semula pukul 11pagi td, aisya pun smgt keluarkan segala stationary yg beli malam td... seronok tak terkata... tv pun da switch off pun xpa... note ummi selamat utk seharian arini... tp kena la melayan pertanyaan dia, kena bantu dia fokus sbb baru nk belajar fokus kt satu2 aktiviti sambil explain... harap2 membantulah sikit... ummi pun 1st time nehs nk jadi 'cikgu' secara serius... hehe :D

Push walker yg disimpan pun boleh bwk keluar bila cik mek ni boring...

Homeschooling preparation...

Aktiviti pertama... mengenal warna sambil gunting2... gunting2 ni aktiviti kegemaran aisya...

Dah bosan mula mewarna pulak... apa2 je nak...asalkan kamu suka n enjoy~!

Dari mewarna kita switch jadi tampal2 lak... seronok buat n kita pun seronok tgk... teringat subjek pend.seni zaman sekolah rendah dulu...hehe :)


 

Adik amira bakal menjadi kak ngah amira...

Bismillah wal hamdulillah...

Puteri ke2 bakal bertukar status dari adik kepada kakak... skrg masih tersasul ummi panggil "adik" rasanya belum puas kot panggil adik... skrg da start panggil kakak amira... syahdu pulak rasa... awal kamu bergelar kakak...ye benar ada budak lagi awal kot bergelar kakak/abg... tp ummi belum pun puas tgk kamu membesar... skrg diusia 1tahun 7bulan sudah byk perkembangan yg kamu capai... alhamdulillah atas kuasa n izinNYA... cuma ummi xsempat update ja macam zaman ummi ada kak long aisya seorang...

Orang selalu ckp anak ke2 selalu terpinggir... ummi anak ke2 n ayah pun anak ke2... xdakla rasa terpinggir pun cuma unik ja sikit... :) kak ngah amira skrg dah pun berlari sama pantas n aktif dgn kak long aisya... kkdg ummi yg seriau tgk... padahal kamu da cukup besar utk berlari bersama2 kak long aisya kan... mungkin sebab ummi rasa masa sgt pantas berlalu... yelah, tahun lepas kot ummi baru lepas bersalinkan amira... tahun ni atau awal tahun depan ummi bakal bersalinkan adik amira pula... bertambah la nti ahli keluarga kita... kak ngah amira sgt byk 'mulut' da skrg walaupun byk words yg ummi xfaham keluar dari mulut... tp alhamdulillah byk jgk words yg da jelas sebutannya... contohnya word AYAH... ini mmg jelas n antara word yg paling awal kak ngah amira suka dan pandai sebut... nk ngadu apa2 sikit ayah jugak yg dipanggilnya... sob3... lepas word ayah, da pandai panggil KAKAK... skrg lagi advance KAKAK da tukar jadi AISYA... haha :D mungkin sebab dok dgr ummi n ayah panggil aisya kot... ummi kena kerapkan panggil kak long aisya dgn panggilan kakak supaya kak ngah amira tak keliru... 

Malam2 pun da jarang bgn minum susu... ada kot 1x gitu jek sbb sgt suka makan... suap je la apa pun semua dimakannya... nasi kkdg 2-3kali 1hari... tuh xmasuk tea break lg roti, biskut etc... alhamdulillah berselera sungguh... skrg berat amira 9.6kg... sokay la xdak la berat n kurus sgt... ouh... kak ngah amira da wean off... ok fine ini part sedih akan diceritakan di entri laen... dia sendiri yg refuse utk breastfeed... panjang rentetan kisahnya... walaupun mcm tuh, kak ngah amira masih lg manja... sgt manja n suka mengadu... hehe :D kalu gadoh berebut brg dgn kak long aisya tiba2 dtg la merengek kt ummi n ayah... tp ayah xbg layankan nanti terbawak2 perangai asik nk merengek n mengadu... soh survive sikit... dah nk jadi kakak kan? :) kena la lebih independent... 

Sejak da panggil ummi dgn panggilan "ammi..." tanggal 12dec2013 baru2  nehs mmg bertmbh manja ummi tgk... selalu join ummi solat siap pakai kain telekung complete lg, pastu mai baring kt riba ummi sambil panggil... "ammi... ammi..." ouhhh sungguh syahdu rasa... mmg manjanya lebih dari kak long aisya... kkdg ummi terfikir nanti adik dah keluar mcm mana ekspresi kamu sbb kamu sgt manja nk dibandingkan dgn kak long aisya n masih lg kecik... kak long aisya jadi kakak masa umur 2tahun cukup, kak ngah amira mungkin dalam masa terdekat dlm usia 1tahun 7bulan... mg allah swt mempermudahkan urusan ummi menjaga anak2 kesayangan ummi... ummi serius saspens... ummi berdoa sgt2 mg kak ngah amira cpt matang, mudah faham, mudah dijaga, n baik2 shj... rasa xnak berpisah tempat tidur dgn anak2 je... tp en.abg dah ada ikhtiar nk pisahkan tempat tidur untuk aisya n amira... yela aisya da cerdik n petah berckp...malam2 pun da xbgn mintak susu kecuali siang xnak makan nasik mmg malam nak susu la jawabnye... kena setup bilik la utk 2org anak dara tp ummi siyes xready... haha! seronok dpt tidur dgn anak2... peluk anak2 depan mata... ya allah perasaan apakah ini... perasaan sayang yg teramat mendalam rasanya... :) mungkin ini dinamakan naluri n kasih sayang seorg ibu... sejak bersama anak2 24jam/7hari 7mlm mmg terasa jalinan kasih sayang n keakraban antara kami tersangatlah kuat.. if 1hari anak2 xdak (maktok mai pinjam sat) serius sunyi tahap xleh nk buat apa... mundar mandir kt dlm umah serba tak kena... padahal baru 1-2jam depa xdak... hehe :D if 1day kena kerja balik, mcm xnak kerja ja selamanya... hehe :) xtaula kena usahakan utk xkerja selamanya boleh??? ekekeke :P

Kak ngah Amira Humaira binti Mohd Asyraf
2puteri hari ummi n ayah...
Kak long Aisya Nafisa binti Mohd Asyraf... nak ayu je sokmo... ekeke :D
Our 3rd bundle of joy yang bakal menjenguk dunia... smg dipermudahkan semua urusan... kami semua xsabar menanti kehadiran kamu... keluar dgn baik ye sayang... ummi, ayah n kakak2 sedia menanti... :)


 

17.12.13

Sakitkah mengandung, melahirkan dan menjaga anak?

Bismillah wal hamdulillah...

Haha :D tajuk apakah ini? sapa leh tolong jawabkan? hehe :D jika tugas2 seperti disebutkan pada tajuk entri merupakan 1tugasan yg mudah utk dilakukan, tidaklah ALLAH SWT yg Maha Besar meletakkan martabat yg tinggi buat ibu ayah terutamanya si ibu... kerana apa?kerana pengorbanan memikul amanah sbg seorang ibu n ayah... 

Kelihatan 2-3org kawan, sahabat, adik2 yg baru melahirkan anak sulung mcm 'culture shock' apabila baru bergelar ibu n ayah... baby blues mungkin... sambil mengatakan "tidur sudah tidak cukup lg..." "tiada masa lagi berdua dgn suami..." etc... sy juga pernah terdetik fikiran yg sama 1ketika dulu... baby blues la jgk... dlm keadaan hormon tidak stabil sbb baru lepas bersalin, campur tangan pelbagai pihak dlm pelbagai isu terutamanya breastfeeding, xdak org support n bg kata2 semangat semua ni mmg menjadi faktor plus rasa kurang ilmu nk menghadapi situasi baru... perkara ini amik masa tp jgn cepat melatah... amik masa utk fikir, renung2kan dan muhasabah... Itulah cabaran menjadi ibu dan ayah... bagaimana mak n ayah kita bersusah payah membesarkan kita smpai da ngaji tinggi2, kerja bagus2, n ada pulak family sendiri...

Masih lg terkenang sejurus selepas aisya dilahirkan ingat ka kesakitan itu berhenti di situ... ujian demi ujian dgn sakit luka czer yg mengalahkan contraction, pastu aisya kena jaundice smpai kena admit wad 3hari... sebenarnya semua tuh common jek cuma sy sbg ibu baru waktu tuh rasa blur... serius tak terfikir dgn semua2 itu... mmg dah fikir ok cukupla seorang ni ja dulu... hehe :D lama2 bila aisya meningkat usia jadi toddler rasa rindu pulak bau baby... masa tuh da prepare serba sedikit dari segi ilmu, mental n emosi berkaitan dgn mengandung, kelahiran, breastfeeding etc... byk join group discussions, byk tnya2 org lebih senior... sebenarnya cabaran setiap dari kita tak sama... apa yg perlu adalah persediaan dari segi mental n fizikal... kesediaan kita menghadapi setiap ujian2 itu... semua itu menjadikan kita lbh dewasa n matang... 

Aisya masuk umur 1tahun 4bulan sy pregnant puteri ke2... cepat ja rasa... haha! tp ALLAH SWT bagi mesti bersebab n mungkin kami dah bersedia menyambut kelahiran cahaya mata ke2... alhamdulillah proses mengandung n kelahiran lebih mudah mungkin kerana sudah bersiap sedia n ada pengalaman sikit... jadi sy enjoy jek proses kelahiran, berpantang n menyusukan... diuji pula dgn amira humaira kena prolonged jaundice smpai 1bulan kena ulang-alik ke klinik n dapat berita ditukarkan ke cyberjaya dalam cuti berpantang... setiap kelahiran anak ada cabaran n rezeki yg berbeza... sy positif jek masa tuh... sehingga terpaksa berhenti kerja menerima pula berita bakal mendapat cahaya mata ke3 11bulan kemudian... :) tak perlu kata apa2 tersenyum shj... percaturan allah swt adalah percaturan terbaek...walaupun gelabah tetap terima dgn hati yg terbuka n redha... Mujur sy xda mengalami apa2 masalah ketika mengandung cuma alahan/morning sickness shj... dari segi kesihatan laen semua normal dan baek2 shj... alhamdulillah sgt2... 

Jihad/perjuangan seorang wanita itu bermula dari rumahtangganya... marilah berjihad wahai kaum wanita~!

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

 

16.12.13

Bila bertemu ex-colleague...

Bismillah wal hamdulillah...

Pejam celik da lebih kurang 1tahun 7bulan (sama umur amira) sy resign dan menjadi surirumah sepenuh masa... alhamdulillah atas semuanya... 2malam lepas sempat 'bertemu' ex-colleague... bertemu di alam maya jek... kt fb... beliau pun da lama tak online... nasib kami lebih kurang sama jgk... bukan saya seorg ja mendapat 'berita baik' ditransfer ke cyberjaya last year... ramai jgk dan ada yg mengambil keputusan seperti saya disebabkan anak2 dan keluarga... yang bujang sokay la transfer kt mana2 pun xdak masalah nk fikir anak2 n suami... sebab menda tuh tiba2 n hanya diberi masa beberapa hari je utk buat keputusan... mmg takleh fikir apa sgtla selain fikir untuk resign shj... masa tuh kami masing2 tak bersedia... hanya ALLAH SWT shj yg tahu perasaan waktu tuh... tp malas nk fikir lebih2 sbb sy pun masih dalam pantang... tak cukup 44hari lg... kejam kan? :) mmg terasa kekejaman mereka2 itu... sorry to say... 

Jadi sempat la kami berdua berborak2 smbil beremosi... haha! mmg terasa lawak di situ... walaupun segalanya telah lama dilupakan tetapi sesekali dikenang kembali terasa 'kehangatan'nya... Kalau boleh saya dah tak mahu tahu, ambil tahu, bagi tahu atau apa2 mengenai pekerjaan yg lalu2 n mereka2 yg terlibat... biarlah ia dibawa angin lalu kerana saya melalui fasa yg cukup berat jg selepas terpaksa ambil keputusan drastik tanpa dirancang itu. Kita hanya merancang dan ALLAH SWT yang menentukan segalanya dan sekarang sy dah nampak banyak sgt hikmahnya... alhamdulillah... setinggi kesyukuran dirafa'kan ke hadratNYA... walaupun sudah JOBLESS sekurang2nya ALLAH SWT masih memberi kami rezeki ANAK... ANAK tidak boleh dijual-beli diknon... apa yg sy tgk my colleagues yg terpaksa berhijrah ke cyberjaya tahun lepas semua dpt rezeki anak... syukurlah kawan-kawan... ramai kt luar sana nak anak tp kita setelah berhijrah (sama ada stay di cyberjaya dan terpaksa resign) kita diberikan rezeki baru... SAKIT HATI dibalas dengan cahaya mata... dan ANAK itu merupakan 1rezeki yg tiada tolok bandingannya... masing2 membuyung ni haa... hehe... :D tersenyum menerima berita kawan2 senasib masing2 akn menambah tahun 2013/2014... xpalah mungkin anak2 ini akan membuka pintu2 rezeki buat kita... saya yakin itu...

Coretan ini akan bersambung lagi... nantikan next episode mengenai kerjaya sebagai surirumah dan working-at-home-mother... apakah cabaran2nya (berapa kali ulang da... tp ni episod laen...hihi)? itu tak masuk bab kawan2 sendiri pun tak support... serius rasa tak masuk akal... kawan2 sendiri okeh n boleh dianggap sbg kawan baik... ok fine dia tak kahwin lg mungkin dia tak faham... :)