21.12.13

Bersalin secara pembedahan bukan halangan...

Bismillah wal hamdulillah...

Rata-rata ibu yang bersalin melalui kaedah pembedahan menjadikan 'alasan' pembedahan menjadi halangan kepada mereka untuk menyusukan bayi mereka. Saya tidak menyalahkan ibu2 ini, mungkin mereka tidak mempunyai maklumat yg cukup mengenai penyusuan susu ibu. Saya sendiri berpendapat sebegitu sewaktu melahirkan anak pertama dulu dan ditaqdirkan sy juga bersalin secara pembedahan. Itu mmg kesilapan sy tidak mencari ilmu yg cukup mengenai kelahiran dan proses penyusuan susu ibu.

Saya membiarkan bayi disusukan dengan susu formula dan tidak melakukan skin-to-skin approach sejurus selepas bayi saya dilahirkan... 2hari selepas itu baru saya cuba menyusukan puteri sulung. Pada pandangan sy, tunggu susu ada baru menyusu lagipun saya bersalin secara pembedahan mesti susu tiada kerena efek bius dan sebagainya. Semuanya hanya pada pemikiran yg cetek dan tidak cukup ilmu disamping masih melayan rasa sakit luka pembedahan mmg mematahkan semangat saya utk menyusukan bayi. Mujur ada kawan2 yg sgt pro-breastfeeding menasihati saya dan memberikan saya beberapa tips berguna. Dari situ muncul semula semangat utk meneruskan perjuangan menyusukan sepenuhnya dgn susu ibu walaupun aisya sudah mula nipple confusion (terlalu awal didedahkan dengan puting botol susu)

Di sini sy nak kongsi pengalaman seorang pelanggan SHAKLEE saya merangkap sahabat yg begitu bersemangat menyambut kelahiran bayi sulung beliau. Walaupun ditaqdirkan beliau melahirkan secara pembedahan namun tidak mematahkan semangat beliau utk berusaha menyusukan alhamdulillah dgn izin ALLAH SWT set cadangan berpantang SHAKLEE banyak membantu beliau... membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka bersalin serta melancarkan susu ibu. Apabila badan sihat dan bertenaga proses penghasilan susu ibu akan menjadi lancar. Di sini sekali lagi sy menekankan salah anggap kebanyakkan ibu2 n org2 diluar sana mengenai supplements dan proses penyusuan susu ibu. Shaklee tidak membanyakkan sus ibu TETAPI dengan Shaklee boleh membantu proses penyembuhan tenaga dan luka (bagi ibu bersalin), melancarkan kesihatan ibu. Apabila tubuh badan ibu sihat dan bertenaga secara tidak langsung menghasilkan mood yg positif dan ceria. Apabila mood ibu positif dan ceria ditambah dengan badan yg cerdas dan sihat penghasilan susu ibu juga menjadi lancar. Itu yg Shaklee cuba bantu ibu2... ramai yg salah anggap... fikir amik Shaklee konfem susu ibu masyuk... kena cek juga beberapa rules breastfeeding yang lain antaranya:

1) Pengambilan air masak suam maksimum 3-4L sehari bagi ibu menyusukan adalah 1 'kewajipan'
2) Mengamalkan konsep supply vs demand yg baik (kerapkan pumping dan direct-feeding baby iaitu 1-2jam sekali bagi ibu dalam pantang bg menggalakkan penghasilan susu ibu)
3) Sentiasa berfikiran positif, tenang dan yakin ada rezeki susu untuk anak
4) Cara pengambilan vitamin Shaklee juga mestilah betul seperti yg disarankan oleh pengedar anda. Elakkan mengambil makana/minuman berkafein dan sebagainya. Elakkan mengambil vitalea bersama2 minuman/makanan bersusu kerana di dalam vitalea terdapat iron yang mungkin akan mengganggu proses penyerapan vitamin ke dalam badan.
5) Konsisten - konsisten dengan jadual pumping, pengambilan vitamin mengikut jadual yg ditetapkan, pengambilan air masak yg maksimum etc. (Jangan hari ni amalkan esok tidak... sikap ini tidak menjamin proses penyusuan anda berjalan dengan lancar. Mesti ada semangat secara berterusan dan tidak bersifat 'hangat-hangat tahi ayam' sahaja :) )



Untuk produk SHAKLEE bagi penduduk negeri Perlis Indera Kayangan anda boleh menghubungi sy utk COD produk Shaklee ya~  bagi negeri2 lain juga boleh... Pos ke seluruh Malaysia avaiable (POSLAJU) Insya ALLAH...

Disclaimer:- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

ID Shaklee: 962622 (atas nama mohd asyraf bin suhaimi)
Email: nurfaizah.ramli84@gmail.com
Phone: 019-5588082
YM: syauqatul_wardah_nur_faizah

Notes:Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook

 

0 sweet persons:

Post a Comment

Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan serta cik2 :D