Showing posts with label hobbies. Show all posts
Showing posts with label hobbies. Show all posts

29.1.19

Sejarah menjadi seorang tailor...

Bismillah wal hamdulillah...

To be honest saya tak pernah join mana2 kelas menjahit sebelum ni... tapi minat menjahit ni dari kecik lagi bila tengok mak n tok menjahit saya mesti akan menyibuk tanya itu ini... masih lagi ingat moment itu bila kena marah main gunting, jarum dan mesin tok dan mak... mak saya dan tok (nenek) memang pandai menjahit boleh la setakat jahit baju anak2, jahit langsir gitu tapi tak ambil tempahan sebab mak saya berkerja... saudara mara sebelah mak pun ramai juga yg jadi tailor dan rasanya bakat dan minat tu diwarisi la kot haha... tak sure logik ka tak pemahaman saya ni...

Lepas tu minat menjahit saya ni dibawa angin lalu je la takdak nk serius sangat cuma suka-suka... macam tak minat nak jadi tailor since tengok rumah saudara mara yg jadi tailor kental ni masya allah haha! berlonggok2 kain, dengan mesin jahit lagi...rimas rasa... baju kahwin saya pun sepupu mak yg buatkan... kira pusing2 pun memang saudara mara jgklah yg jahitkan baju kami adik beradik... kadang2 mak yg jahit tapi disebabkan mak sibuk sebab kerja dia tak menjahit sangatlah...

Bila dah saya sendiri ada anak, minat nak jahit baju anak tuh adalah... start dari aisya buat baju simple2 tanpa ada ilmu pun haha... orang utara kata main taram ja asal jadi... lepas tu mula jumpa kawan2 yg sama minat dan jumpa juga group menjahit dan jual pattern.. lagilah menjadi minat menjahit ni dari 1 je mesin jahit sekarang dah ada 3jenis mesin jahit... alhamdulillah sekarang ni dah zaman canggih... pattern ada jual local pun ada, overseas lagi banyak... tak perlu dah nak lakar2 pola which is time consuming dan perlu ilmu... macam sy yang takda ilmu basic jahitan cuma berbekalkan minat semata memang memudahkan lagi... kena la ada ilmu simple2 utk pandai baca dan menggunakan pattern (dalam bahasa melayu pola)

Bagi sesiapa yg nak mula menjahit dan dah ada minat menjahit cuma belum berkesempatan attend kelas boleh mula search page/group/website yg jual pola/pattern secara online berserta tutorial... memang mudah sgt!

29.4.16

Hobbies mother of three...

Bismillah wal hamdulillah...

Masih bergelar 'mother of three' kawan-kawan seangkatan, sama2 lebih kurang tarikh nikah, 'time' mengandung, beranak kebanyakkanya dah jadi 'mother of four' ada yang bakal memegang status 'mother of five'! haa... rezeki masing-masing kan... alhamdulillah yang ada ni pun tidak sesempurna mana ummi jaga kamu lagi nak tambah memang ALLAH SWT 'hold'kan dulu dalam keadaan diri yang tidak berada bersedia ini... eh apa da merepek di hari Jumaat yag penuh barokah ni hehe :D

Nak cerita berkenaan hobi mak jemah ni yang berubah2... sekejap minat 'baking', sekejap minat masak, sekejap minat menjahit... 'currently' minat menjahit pulak setelah dapat menjahit beberapa helai baju dan seluar ammar... kakak-kakak ummi hold dulu sebab kain tak cukup... saiz besar ni saspens sikit... niat di hati tuh nak buat macam-macam la untuk anak-anak... dress la, skirt la, tapi dek kerna kekangan dari segi mesin jahit 'portable' murahan jek (beli masa zaman berkerja dulu jenama Global...beli dekat tesco je pun) masih lagi berbakti menjahit banyak tempahan 'knotted headband' alhamdulillah... sejak mula menjahit tshirt dan jeans serta seluar ammar ramai yang PM 'request' buatkan untuk anak-anak deme juga... minta maaflah bukan tak sudi alang-alang nak jual dekat orang mestilah fikir bab kualiti kan?macam tak berbaloi nak kena hantar kedai untuk jahit tepi... jahit tepi sikit je kadang-kadang depa cas sampai RM2-3 adohai... sudahnya saya tajamkan skill dulu la nanti dah ada rezeki boleh beli mesin jahit tepi sekali... dah ushar2 boleh tahan harganya...paling murah harga dengan brand yang bagus adalah BROTHER 3034D harga lebih kurang RM1400... Telan ayaq liur dulu la... 

Pada masa yang sama 'mixer' kesayangan yang dah berbakti sejak 4tahun lalu pun rosak! Sekali 'mixer' kecik pun terbakar... agak2nye sebab brand biasa-biasa kot...alahai...terbantut lagi hasrat nak buat 'dessert' untuk diletakkan di cafe kawan... dahla minat sangat dengan 'baking' dan menjahit... bila 'tools' dah rosak ni rasa macam patah kaki sebelah... tak mungkin nak buat kek yang memerlukan 'mixer' dapat ku buat lagi... huhu...en.abg ada 'offer' nak beli baru 'mixer' tapi diriku tak mau 'mixer' kecik yang harga RM100 tuh haha! kurang-kurang nak la jenis CORNELL ka, Kitchen Aid ka, Kenwood ka ekekeke :P demand! alang-alang kan... sebab ada member beli 'mixer' mahal-mahal macam ni memang lama bertahan siap dapat diwarisi turun temurun lagi... dari mak kepada anak... wah memang pelaburan yang berbaloi... bertahun2 tuh bertahan... ni baru 4tahun dah melingkup :(



 

24.10.15

Stew Daging (Beef Stew)

Bismillah wal hamdulillah... 

Saya tak tahu pula 'stew' ni masakan orang korea sebab tak layan sangat cerita korea (saya tengok cerita FULL HOUSE & CINDERELLA MAN sahaja tapi FULL HOUSE tengok berulang-ulang sampai tak terkira haha!) dan 'of course' saya memang tak pernah pergi Korea... hehe... tapi bila dimbas balik cerita FULL HOUSE macam ada hero ni sebut pasai stew... boleh pulak teringat (ni yang buat nak tengok lagi nehs... macam la ada masa! :P) dialog hero tuh dengan heroin... Lupa nama dah... dialog dia lebih kurang gini

Hero: "Ini sup ke stew?"
Heroin: "Sup boleh, stew pun boleh...multi-player" 

Haha! Memang lawak... siap 'multi-player'... saya ada try buat 2-3hari lepas sebab lebihan daging korban yang banyak... Sedap rupanya stew ni! kalau buat stew ni dengan daging kambing lagi mables rasanya... rasa macam sup letak black-pepper pastu ada sos gravy 'meatball' ha lebih kurang la... Selalu tengok masakan korea ni macam tak terasa nak makan... tapi stew ni serius sedap... ada try 2jenis resepi tapi 1resepi je yang memenuhi rasa tekak... yang 1lg tuh ok tapi saya kurang 'prefer'

Ok jom cerita resipi supaya tak lupa! :D

Resepi stew daging sedap

1/4cawan tepung jagung + 1sudu besar tepung serbaguna
Garam
Lada hitam ditumbuk/dikisar kasar
3 sudu minyak masak
1labu bawang besar - dicincang kasar
2sudu pes tomato
4cawan air
2kiub stok daging (bone broth) 
2helai daun bay
4tangkai daun thyme (saya pakai daun thyme kering dalam 2sudu besar)
3batang carrot
3batang daun celery
4biji kentang
1cawan kacang pis dalam tin

Cara-cara:

1- Campurkan tepung bersama 2sudu kecil garam dan lada hitam. Gaul sebati
2- Potong daging seperti kiub besar anggaran saiz dalam 1" atau 1 1/2". Kemudian gaulkan daging bersama tepung tadi
3- Panaskan minyak. Toskan daging daripada tepung tadi dan masukkan ke dalam periuk. Masak sehingga keperangan, angkat dan ketepikan. Saya guna pemanggang ajaib. Jadi ala-ala memanggang la daging tuh. Kalau ada 'slow cooker' pun bagus untuk melembutkan daging.
4- Menggunkan minyak yang sama, masukkan bawang besar, sedikit garam dan serbuk lada hitam. Tumis sehingga terbit bau dan layu. Kemudian masukkan pes tomato dan gaul hingga sebati
5- Masukkan 1sudu besar tepung dan kacau sebati. Masak selama 2-3minit supaya tepung itu betul-betul masak.
6- Kemudian masukkan daging, air, kiub stok lembu, daun bay dan daun tyhme. Tutup periuk dengan penutup dan masak dengan api yang sederhana. Biarkan ianya mereneh selama lebih kurang 1jam atau sehingga daging empuk. Tambah air jika perlu. 
7- Setelah daging empuk, masukkan sayur-sayuran dan ubi kentang. Masak sehingga empuk. Setelah itu masukkan kacang pis dan perasakan secukupnya dengan garam dan lada hitam

Gambar ehsan gugel... hehe... tapi lebih kurang gini la bentuk dia... sorry tak snap gambar, kurang mahir bab2 nak snap gambar makanan... haha! Tapi memang sedap makan dengan roti ka, fries ka... 



 

22.10.15

Special request dan saya tidak mengambil tempahan...

Bismillah wal hamdulillah... 

Sejak saya berkongsi cerita di FB dan IG mengenai DIY topeng muka jerebu tuh ramai yang bertanya tak ambil tempahan ke?Ok, secara jujur memant saya tidak mengambil tempahan untuk topeng jerebu atas sebab-sebab tertentu iaitu 

1) Topeng jerebu saya tak ada kelulusan hehe :P satgi orang mai serbu rumah saya marah jual topeng jerebu tak dapat kelulusan NIOSH hehe

2) Saya jahit DIY topeng jerebu sekadar suka-suka... tak ada niat nak buat bisnes... jadi kualiti adalah kurang sikit dari segi kekemasan jahitan. Material insya allah terbaik cuma kurang ketelitian la kot sebab tidak merancang untuk dijadikan barang dagangan

3) Renyah sikit sebab fabrik yang 'readystock' saya cuma ada jenis 'knit cotton' iaitu kain tshirt which is agak mahal berbanding fabrik cotton biasa. Jadi saya tidak berhajat nak borong fabrik cotton semata-mata nak jahit mask... adala 2-3keping fabrik cotton kegemaran saya tapi sayang sangat nak guna... saya ada koleksi peribadi ja... 

4) Saya rasa bisnes mask ni bermusim sebab sekarang kan musim jerebu. Jadi memang saya tengok ramai juga 'crafter' yang jual. Sebenarnya nak jahit mask ni mudah je... saya boleh berkongsi 'tutorial' yang saya 'follow'. Mudah sangat saya rasa jahit tangan pun boleh. 

Saya tak pasti kot 'next time' saya serius nak berbisnes mask ni... hehe :P ramai pulak yang dok PM tanya siap call lagi... haih... rasa macam tak boleh nak komit... sekarang cuma bisnes 'headband' dan Shaklee sahaja ya... Ada lagi perancangan pada masa akan datang. Insya ALLAH... tak mau buat banyak-banyak bisnes tapi tak boleh fokus sudahnya ke laot semua :)



 

19.10.15

Come back!

Bismillah wal hamdulillah...

Sudah sebulan rasanya saya 'bercuti' daripada bisnes sekangkang kera yang baru berusia setahun jagung yakni headband... (read: boleh search kat IG @sweetiecutiepretty atau klik link Sweetie Cutie Pretty) Saya tak tahu apa yang tak kena, pegang 'ribbons' je jadi malas, pegang alatan menjahit je terus rasa terkuap2 mengantok... tak boleh nak 'stay' langsung... buat menda-menda kraf ni memang perlukan satu mood yang tenang dan memang mood sangat penting... kalau mood ke laot tapi kita paksa diri kita untuk berkarya (walaupun takdak la kreatif sangat... seni adalah subjektif bagi saya...terpulang pada individu untuk menilai setiap karya seni itu). Jadi setelah setahun Sweetie Cutie Pretty beroperasi, alhamdulillah atas rezekiNYA SCP ada peminatnya yang tersendiri...

Memang ada diantara rakan-rakan terdekat kurang menyokong bisnes saya ni... saya tak kisah pun... ada yang cakap bisnes headband ni ramai sangat dah 'online shop' buat, 'online shop' ni siap dah masuk WHI, siap ada anak-anak retis pakai headband dia ni, 'online shop' ni punya harga memang semua mahal dan berkualiti, yang ni pulak cakap 'online shop' ni jual murah je bawah RM6 semua headband dia... nampak tak berapa ramai orang punyak perangai? (bak kata ikaradiusite 'range' harga adalah terpulang kepada 'target market' kita... kalau 'target' orang berpendapatan rendah dan sederhana kau jual harga 'standard' berpendapatan tinggi, memang tersalah 'target market' la... contohnya: Orang ni 'target market' dia dikalangan orang-orang ternama dan anak-anak artis. 

Jadi reka-bentuk eksklusif dengan menggunakan material 'import' dan juga maha. 'Range' harga dalam RM15 - RM30 untuk 1pcs 'headband' (saya bagi contoh dalam skop 'headband' ye sebab saya jual headband). Saya ni surirumah yang berpendapatan yang tak menentu. Agak-agak saya nak beli tak 'headband' dengan harga yang macam tuh? Kempunan nak pakaikan anak dara dengan 'headband' tapi tak mampu nak beli dengan harga yang macam tuh (yelah 'headband' je kot sampai nak beli berpuluh ringgit... budak cepat membesar rasanya tak pakai lama 'headband' tuh untuk satu-satu jangka masa). Memang tak masuk 'target market' la orang jenis saya ni... Jadi sila padamkan hasrat itu. Cari je la 'headband' dengan 'range harga' yang mampu kau pilih... dari semurah-murah harga hingga semahal-mahal harga ada... pilih je mana yang nak.. haha :D

Kalau kita nak 'follow' semua cakap-cakap orang ni memang letih dan tak terlayan... saya akui, saya bukanlah ada modal besar... saya bermula dengan modal yang kecil dan pelan-pelan saya kembangkan... saya tak kreatif tapi ada yang minat dengan hasil seni saya... Jadi saya yakin dengan rezeki ALLAH SWT... macam bisnes Shaklee jugak... berapa ramai pengedar Shaklee dan saya tak nafikan kanan kiri, atas bawah, depan belakang ada 'competitors' tapi tak semestinya kita tak boleh berjaya... betul tak? 'Target market' saya untuk orang berpendapatan rendah dan sederhana. Harap-harap semua orang dapat merasa melawakan anak dara masing-masing dengan aksesori kepala yang cantik dan harga berpatutan gitew... hehe :D... ada beberapa orang 'mommies' whatsapp saya minta saya tiru design 'online shop' lain tapi bagi harga murah dari 'online shop' tersebut... memang bukan saya la kalau gitu. Saya minta dia pergi beli dengan 'online shop' itu. Sila hormati hak cipta orang lain. Jika berminat dengan barang yang dia jual tapi tak mampu cer 'deal' elok-elok? Saya rasa macam kurang manis minta orang lain tiru sebijik barang orang lain semata-mata nak dapatkan dengan harga yang jauh lebih murah. Mestilah ada sebab dia letak harga macam tuh kan? mungkin 'material' yang digunakan 'material' bermutu tinggi, idea yang dicurahkan lagi makan masa dia, silap-silap tak tidur malam orang tuh nak hasilkan produk sendiri... :)

'No heart feeling' ya... sekadar secebis pendapat saya yang tak seberapa... jadi sila jangan banding-bandingkan... pilihan banyak dan anda boleh buat pilihan berdasarkan citarasa dan kemampuan masing-masing... begitulah dunia perniagaan ada pesaing, ada pelbagai ragam manusia yang kita akan jumpa... bermula dengan 'supplier', kemudian pelanggan, kemudian pesaing dan bermacam-macam lagi. Minta semua kawan-kawan doakan saya semoga dimurahkan rezeki. Mungkin bisnes 'headband' saya ini boleh berkembang lagi dengan pelbagai produk berasaskan aksesori bayi dan kanak-kanak yang 'handmade'? :D Boleh tukar status seorang peniaga kepada seorang usahawan... haha! tak salah berangan kan? moga allah swt memberikan saya jalan... doakan saya semua! 

Siap setup 'hairbow organizer' kat pintu almari jek... hehe :D coming soon design-design terkini insya allah.... doakan ALLAH SWT berikan saya inspirasi yang bernas lagi bermutu tinggi na!


 

11.10.15

DIY topeng muka...

 Bismillah wal hamdulillah...

Syukur ya allah, segala puji bagi ALLAH SWT Tuhan sekalian alam... rasanya berakhir sudah musim jerebu di bumi Malaysia tercinta. ALLAH SWT masih sayangkan kita, masih ada orang-orang soleh yang mendoakan keamanan Malaysia, dan ALLAH SWT sayangkan mereka. Kita yang penuh dosa dan noda ini hanya menumpang karamah mereka... siapalah kita ALLAH SWT nak pandang... :(

Susah hati sangat bila memikirkan bacan IPU (Indeks Pencemaran Udara) di Malaysia kian meningkat hari demi hari... berikutan pembakaran hutan secara berleluasa di Jambi Riau Indonesia (betulkan saya jika salah tempat) tapi yang saya terbaca begitulah. Dek kerna kerakusan manusia yang hilang pertimbangan dan perikemanusiaan, sanggup meletakkan kesihatan dan nyawa manusia pada risiko yang tertinggi. Sukar untuk dihadam akal fikiran manusia yg waras sebenarnya. Tapi itulah yang terjadi. 

Kesian nasib penduduk Riau, ada yang meninggal dunia gara-gara terkesan dengan debu dan asap daripada pembakaran hutan tersebut. Yang berisiko tinggi tentulah kanak-kanak dan orang tua kerana sistem imun mereka masih ditahap lemah. Pendek cerita kisah pembakaran hutan secara terbuka dan besar-besaran oleh syarikat-syarikat yang mengusahakan kebun-kebun di Riau dan beberapa daerah Sumatera mengambil jalan mudah. Tujuan untuk jimat kos bagi menggantikan tanaman sedia ada dengan tanaman baru iaitu just BURN IT! Tanpa memikirkan nasib penduduk sekitar yang berhadapan dengan pelbagai risiko kesihatan seterusnya membawa kepada kematian. 

Kesian nasib mereka, Malaysia pun turut dapat kesan. Bacaan IPU mereka mencecah 1000-2000 ha!! Kita ni yang mencecah ratusan pun dan sesak nafas rasanya, pedih tekak, sakit hidung, sakit kepala semua pakej... Budak-budak pun ramai yang demam, selesema n batuk. Tak kurang yang kena jangkitan paru-paru sampai warded! Kat mana la perikemanusiaa yang bergelar 'manusia' ini? Konfem memang takada rasa belas ehsan...

Ok punya panjang berjela bebel pasai jerebu. Sakit hati okeh! Kita as parents mestila risau keadaan anak kita. Nasib aisya dapat cuti 2hari gara-gara bacaan IPU dan mencecah 100++ masa tuh which is bacaan TIDAK SIHAT. Risau betul dah masa tuh memang perintah berkurunglah semua anak-anak... pintu n tingkap semua tutup. Pasang kipas n ekon je lah... budak-budak kan tak suka terperap dalam rumah, memang ummi buntu idea nak create aktiviti kat 3ketols ini agar terisi masa terperuk dalam rumah ini... Alhamdulillah dalam masa 1minggu ja bacaan IPU dah kembali normal... hujan turun setiap hari... Rasa lega syukur tak terhingga waktu tuh... 

Sempat la ummi DIY topeng jerebu... haha! gigih gugel tutorial. Kalau nak ikut, topeng jerebu pun ada standard piawai tersendiri. Topeng DIY ni pun kalau nak ikut tak boleh sebab tak boleh nak tapis debu dan segala mikro-organisma berbahaya dalam udara yang disebabkan oleh jerebu. Kena gi beli kat farmasi. Eh bukan 'surgical mask' tuh yang kaler hijau n putih ye... itupun sepatutnya tak bagus dan tak efektif... 

Kena pakai mask yang diiktiraf oleh NIOSH (Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan Malaysia). Ia mampu menapis habuk / partikel sehalus 0.3 mikrometer....takpala tak mampu lagi nak beli mask mahal-mahal jadi ummi DIY je dulu na... at least ada benteng sikit walaupu tak totally efektif... ada panduan memilih dan memakai topeng jerebu. Boleh baca SINI untuk maklumat lanjut. Topeng yang dimaksudkan adalah N95 (macam model handset NOKIA 1ketika dulu sebelum ada 'smartphone' hehe)

Ni pola topeng DIY saya tuh... simple sangat. Saya rasa semua orang boleh buat.

Tara siap!
Close up... tema hello kitty lagi...ramai PM nak order... sorry tak buka untuk order ya... ni saja suka-suka untuk anak-anak. Kot terdesak kena keluar rumah musim jerebu arituh pakai je la...
Kak long aisya eksaited nak pakai mask!

28.9.15

Pembikinan japanese crispy cream puff setelah 2tahun tidak membikin...

Bismillah wal hamdulillah...

Minat tak semestinya kita pakar dalam bidang tersebut betul kan? Dah 2tahun++ rasanya saya dah 'resign' dari bisnes baking yang sekangkang kera itu... walaupun tak pakar tapi dalam proses menambah ilmu dan pengalaman. Lepas tuh terstop terus sampai la ke saat ini... nak 'baking' untuk makan-makan sendiri pun dah tak sempat... kalau teringin 'order' ja kat member-member yang buat bisnes baking tak pun terjah 'Najah Bakery'. Macam-macam kek sedap-sedap ada...

Kadang-kadang teringin jugak nak membaking sebab masih lagi ada minat... bukan nak makan sangat tapi teringin nak buat. Lepas tuh mula la bagi kat orang sebab tak ada sapa nak makan...sob3... en.abg jenis tak suka manisan n kek-kek ni... kek yang dia boleh terima pun 'Victoria Sandwich Cake' sebab katanya tak manis sebab ada rasa masam-masam strawberi compote tuh... Jadi next projek 'baking' suka-suka saya adalah VSC. Insya allah semoga berjaya...hihi :P kalau beli kek saya n anak-anak je la yg habiskan... dia tengok je...kalau tinggalkan dalam fridge pun tak bersentuh... jadi saya jugakla yang tolong habiskan... sebab tuh yang kembang setaman haha! semua makanan tak habis mak yg tolong habiskan...dah tuh acane? Taknak membazir hehe :D (alasan!)

Ok banyak merepek! Saya nak 'share' resepi yang kawan saya share dari seorang bakers jugak. Boleh 'search' kat ig @sugarysofeanadine. Saya rasa baker ni area kelantan. Kalau tak silapla... dia 'share' resepi JCCP ni kat ig dia sebab dia dah taknak ambil 'order' JCCP. Tak tau la kenapa. Tapi saya dah cuba resepi yang dia 'share' tuh dan alhamdulillah memang totally menjadi... Kalau korang baca dan fahami 'steps' yang sugarysofeanadine ni 'share' memang mudah dan senang difahami. Kalau ikut 100% insya allah JCCP memang menjadi dan sedappp... :D

Japanese Crispy Cream Puff (Credited: sugarysofeanadine)

Sable (1st time saya kenal JCCP 'topping' yang 'crispy' tuh saya kenal dengan nama 'Pai Shuu Crust'. Saya tak sure pulak nama sebenar sebab saya bukan orang jepun...hehe :D)

150g butter (sejukkan dan potong kecil)
150g gula perang
175g tepung gandum

Cara-cara membuat 'sable' atau 'Pai Shuu Crust':

1- Masukkan semua bahan dan putar dengan 'mixer' dengan kelajuan perlahan sehingga menjadi doh yang sebati. 
2- Keluarkan doh ke atas 2keping 'baking paper' kemudian 'roll' sehingga doh menjadi leper dengan ketebalan 3mm sahaja. 
3- Letakkan dalam tray dan masukkan ke dalam freezer

Choux Pastry

150g butter (kalau nak sedap 'make sure' pure butter bukan buttercup atau marjerin)
160g air
200g susu segar
15g gula castor
7g garam (kalau pakai unsaltted butter)
200 tepung gandum (ayak dan ketepikan)
300g telur

Cara-cara membuat 'choux pastry':

1- Panaskan oven pada kepapasan 200 darjah celcius (bergantung kepada oven masing-masing. Kalau ikut oven Morgan saya ni, memang terlebih panas. Kalah arahan cakap 200c saya akan kurangkan jadi 190c gitu)
2- Griskan dulang serta alaskan dulang dengan 'baking paper'. Ketepikan
3- Satukan butter, air, susu segar, gula dan garam dalam 'saurcepan' serta letakkan di atas api dengan kepanasan maksimum (api besar). Apabila semua sedang mendidih secara pantas masukkan tepung yang telah diayak secara cepat dan serentak. Maksudnya jangan masukkan sikit-sikit tapi masukkan terus ke semuanya secara serentak.
4- Lepas tuh secara pantas lagi kacau adunan yang telah dimasukkan dengan tepung gandum tadi sehingga sebati menggunakan senduk kayu. 
5- Perlahankan api dan adun sebentar adunan menggunakan senduk kayu beberapa minit sehingga adunan menjadi bola besar.
6- Masukkan adunan ke dalam mangkuk pengadun, serta buka pada kelajuan sederhana untuk mengeluarkan wap/kepanasan di dalam adunan tersebut. Biarkan beberapa minit sehingga tiada lagi wap/asap yang keluar dari adunan.
7- Pukul sedikit telur. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Setiap kali anda masukkan telur pastikan adunan di adun sehingga sempurna untuk masukkan telur seterusnya. Ulang langkah ini sehingga telur habis. 
8- Pukul lagi beberapa minit sehingga adunan nampak berkilat dan sempurna. Tidak terlalu keras dan tidak terlalu cair (runny). Just nice! (Note: saya pernah cuba beberapa resepi ada yang agak keras dan susah untuk 'creampuff' tersebut nak 'puff' secara cantik. Ada yang terlalu cair dan susah creampuff hendak dibentuk. Tapi jika follow resepi ni insya allah akan dapat 'result' yang sempurna dengan syarat guna 'pure butter' instead of 'buttercup' atau marjerin. 
9- Sudukan adunan ke dalam dulang pembakar yg telah digris serta dialas 'baking paper'. Nak mudah boleh guna 'piping beg'. 
10- Jarakkan setiap 'creampuff' lebih kurang 1-1.5inci sebab nanti creampuff tuh akan membesar lebih kurang 2kali ganda
11- Gunakan 'cutter' berbentuk bulat atau petak untuk cut 'sable' yang kita dah 'roll' atas 2keping 'baking paper' tadi dan masukkan ke dalam 'freezer' then lepas potong (macam buat biskut raya bentuk bintang, love,bulan segala bagai tuh). Boleh letakkan ke atas adunan 'creampuff' yang kita dah 'pipe' atau sudukan awal tadi.
12- Masukkan ke dalam 'oven' yang telah di 'preheat'. Kalau oven ada kipas boleh pasang kipas
13- JCCP ni bagi saya kena jaga selalu sebab 'topping' dia yg terdiri daripada 'brown sugar' itu memang cepat hangus padahal adunan 'creampuff' belum cukup masak lagi. 
14- Jika 'topping' dah nampak keperangan gelab boleh 'off' api atas. Guna api bawah sahaja untuk teruskan pembakaran 'creampuff'. 

Sekian, terima kasih... :D jom layan gambaq...


Ni adunan 'sable' atau 'pai shuu crust' sebelum roll atas baking paper. Lupa pulak nk snap gamba sable ni selepas proses rolling tuh
Nampak tak kat atas tuh topping dia ataupun 'sable' atau 'pai shuu crust'

JCCP with kastad filling



Memang elok je naik dan crispy kat atas... saya suka JCCP! hehe




 

22.2.15

Knotted Headband SweetieCutiePretty by Faizah Ramli...

Bismillah wal hamdulillah...

Lama dah bertangguh nak hasilkan knotted headband handmade ni... first of all nak dapatkan bajet untuk membeli raw material knotted headband ni yakni knit cotton... kalu nk beli orang lain punya adalah sangat tak best sebab tujuan sy menubuhkan SweetieCutiePretty ni adalah utk menghasilkan 'hiasan kepala' (adoi la sangat hiasan kepala) untuk si comel dan dari hasil usaha n air tangan saya sendiri... bil makna design tuh adalah totally idea saya... mungkinla ada amik beberapa idea tapi untuk menghasilkan headband yg comel, berkualiti dan tahan lama... dan yang penting selamat untuk si comel...sebab itu saya akan tanya customers umur baby/kanak-kanak yang nak pakai headband ni... tak mahu band yg dipakai baby terlalu ketat which is tak selesa of course n memang bahaya juga untuk tumbesaran kepala bayi...

Itu kisah pembikinan awal, survey punya survey material mmg knit cotton ni susah sangat nk dapat, nak2 design yg comel dan sesuai utk dijadikan knotted headband... secara purata harga kain knit cotton ni untuk 1meter adalah RM30 ke atas...1meter je ok! dan kebanyakkan knit cotton ni adalah kain import dari US, China, Korea etc... paling mahal n lembut of kosh dari US... dengan mata wang malaysia yg sedang alami kemerosatan memang agak tinggi kosnya daripada biasa bagi membeli knit cotton ini... adeh... memang tak tidur malam dibuatnya nak mencari... akhirnya dapatlah daripada beberapa seller... ada yg pre-order berbulan-bulan tak dapat lagi... huhu... Jadi saya letak harga untuk knotted headband ni dah paling murah dah rasanya... sebab knit cotton comel berkualiti agak susah untuk dicari...dan harganya tinggi.

Itu belum part nak menjahit... tak tidur malam saya dibuatnya sebab perlukan fokus... tengok-tengok dah subuh haa... ambik masa cuti CNY arituh untuk stay up... agak kelam kabut sebab si ammar yaser ni bangun menyusu 1jam sekali... ummi adalah penat tidak terhingga... tapi demi sesuap nasik kekdahnya haha! :D alhamdulillah lepas post je knotted headband handmade by SweetieCutiePretty berdesup-desup order masuk... terima kasih kepada yg memberikan sokongan dan kepercayaan kepada SweetieCutiePretty... Insya ALLAH more designs to come... kena ambik mood jgk untuk mencetuskan idea yg best :) doakan saya ye semua... kepada yg belum FOLLOW Sweetie Cutie Pretty boleh search di IG @sweetiecutiepretty dan di Facebook boleh LIKE page Sweetie Cutie Pretty untuk tengok design2 best :)






 Baru dapat menghasilkan 5designs knotted headband... 100% saya yang jahit ni ye uollss... sampai tak tidur den... haha :D gigih la sangat... Harga hanya RM10 je per design... kecuali untuk design Hello Kitty RM13... sebab design HK ni sangat limited... seller yg jual kain ni pun saya pujuk dia jual HK knit cotton ni... dia pun xnak jual sebab supplier dah tak nak keluarkan design HK ni... sedih weh sebab dah jatuh cinta dengan kecomelan hello kitty... jadi if habis stok kain knit cotton HK ni memang dah xde dah la knotted headband hello kitty...sob3...rasa mcm nak simpan je kain knit cotton ni buat khazanah sebab sayang sangat! tengok keadaan sebab rasa nak jahit seluar tidur si aisya n amira... ammar sorry ye, boboy xpakai kot hello kitty...hehe

 

27.8.14

Hobi baru...

Bismillah wal hamdulillah...

Sejak jadi WAHM ni suka juga mengasah bakat terpendam... haha! bakat la sgt... takdakla bakat tp lebih kepada minat... sejak zaman remaja lagi minat mendalah ni sampai la membawa kepada 1hari nk bertunang, gigih sungguh buat hantaran sendiri sbb suka deco2 tp kesian xcukup kreatip...hihi ;) maka terkuburlah minat itu...

Lepas tuh, bila dah ada anak dara 2ketoi ni pun minat nk beli sumthing yg cantik2 utk depa... terutamanya headband... baby2 lg blom ajar pakai tudung jadi kita melawa dgn headband comei... lagipun si aisya suka pakai cekak rambut kt umah... kkdg nk ikat rambut, kkdg nk pakai hairclips... biasalah kans da nama perempuan tuh kt umah pun nk melawa :) sokay la ummi pun layankan... pastu aisya request nk headband macam snow white... banyak sgt tengok youtube ni...sabor je la... 

Hari2 asik dok tanya bila nk beli headband snow white... memula ingat nk tempah tp payah pulak, org yg sy selalu dok order sejak dari aisya lagi reply lambat... nk gi beli kat kiosk2 jual headband boleh tahan mahal... lepas tuh eh apa kata DIY je? hehe...dgn harapan la kenkonon... terus gi cari ribbons, n beberapa brg laen... kebetulan ada gam pistol (zaman buat hantaran) n still elok lg... gugel cari tutorial... seronok pulak buat bows nehs... sampai 2-3ketoi sy buat utk puteri2 saya... dan ada simpan niat nak berbisnes jgk... haha! over kah?

Takpalah kalau ada rezeki kt situ apa salahnya? :) sapa berminat sila PM eceh... more design to come~

Ini 1st headband ummi's made utk aisya... nak yg macam snow white katanya...


Untuk amira humaira...
2pairs hairclips...memula2 ingat nk let go tp 2org puteri dah siap booking...haha!

Transform jadi headband... headband cover dgn english cotton fabric yg high quality (kebetulan ada stok kain lebih) mmg sejuk jek letak atas kepala... sesuaila utk budak2... :)








24.8.14

Merindui hobi...

Bismillah wal hamdulillah...

Pasrah... bila tgk balik page yg sudah terbiar sekian lama... Faizah's Baking Stories... rasanya sudah 1tahun lebih meninggalkan kerja separuh masa kesayangan saya sebelum sy mula serius dgn bisnes Shaklee pulak... kedua2nya adalah "baby" kesayangan sy... sy bermula dgn titik peluh sendiri sehingga boleh dikatakan ramai jg mempercayai produk dari Faizah's Baking Stories... Boleh la kan walau tak tidak sehebat nama2 tersohor tanah air dan juga di perlis seperti najahbakery, d'melati bakery dan sebagainya... tp sekurang2nya sy sgt minat membaking dan ada yg suka dgn air tangan sy... 

Sy dah plan nk attend kelas baking lg... yelah skill xberapa best lg... tp tuhla mengenangkan anak2 yg perlukan perhatian ummi, ummi tangguhkan dulu tak tau la sampai bila nak2 si ammar yaser nehs... xsangka la ALLAH SWT nak uji dgn baby yg sgt clingy nehs... hehe :D 24jam asik nk berkepit... dah tuh acane nk baking? haha! xpelah nak ummi redha asalkan kamu membesar sihat, jadi budak bijak, taat pada perintah ALLAH SWT dan RASUL, mendengar nasihat yg baek... itu jelah yg ummi harapkan walaupun terpaksa gendong kamu ke hulu ke hilir skrg... munkin ada hikmahnya... sudah 7bulan++ keadaan ini... redha dan pasrah :) ALLAH SWT adalah sebaik2 perancang dan penentu... 



 

20.5.11

Saya mahu kamu!

Bismillah wal hamdulillah...  

Rentetan dari mula menanam smgt nk berkraf, mula la survey mesin jahit... huhu... memula plan tuh nk pinjam mak atau tok pnya tp tuhla... susah jgk... en.somi bg green lite tp katanya practice dulu buat menda2 simple... nti dia belikan mesin tuh... ehehhe :) teruja! xleh beli skrg sbb nanti lari bajet... sbb mesin yg sy dok survey tuh agak boley tahan harganya... sy dpt link mesin jahit ni dari blog Kunaz... rupanya Kunaz member jenama mesin jahit nehs... so nk bli nti leh direk dgn kunaz je... :)

Ni pulak link utk website nk bli mesin tuh... sila lihat ye kot ada yg berminat... SewingShoppe ada pelbagai jenis sewing mesin yg berjenama terkenal n function mesin tuh bkn semata2 boleh jahit je tp leh sulam sume... sy berminat dgn jenis Janome Harmony 2049 harga dia dlm RM2500... leh tahan la... tp byk function dgn 5 thn warranty motor dia... kira okla..apa yg menarik pasai mesin nehs?

Fungsi utama:


  • Jahit lurus
  • Jahit tepi
  • Jahit sembat
  • Jahit zip
  • Pemasangan butang
  • 1 langkah utk jahit lubang butang
  • Sulaman tanpa pemidang
  • Jahitan tebal - setebal 8 lapis jeans
  • Jahitan kulit
  • Jahitan fabrik elastik
  • Jahitan bercorak - terdapat 22 jenis corak yang sedia ada (termasuk jahitan mata lalat, tulang belut, rantai klasik pucuk rebung, karipap)


Ciri-ciri utama:


  • Masuk benang secara automatik
  • Boleh pasang jarum berkembar
  • Butang saiz kelebaran corak
  • Lampu menjahit
  • Pemotong benang
  • Butang jahit terbalik
  • Free arm
  • Plat jarum yang mempunyai ukuran


Sesuai utk pelbagai jenis kraf:


  • Kuilting
  • Pakaian
  • Seni tampal
  • Seni cantum
  • Sulaman
  • Hiasan rumah
  • Kraftangan
Best kan? rasanya berbaloi bli dgn RM2500 sbb mesin ni multifunctions... okla... kunaz pun ckp berbaloi beli... next sem by 28mei da start cuti sem...huhuhu... mcm xkeja ja kn? keja tuh mmg la... tp da abes utk 1st sem ni rasa cam release skit la... byk plan nk buat tp xtaula menjadi ke tak :) bg pecinta kraf sila bg opinions anda ye! :)



 

30.6.09

Minat baru...

Bismillah wal hamdulillah...

Tiba2 nk menyelit sikit... skrg ni ada minat baru iaitu... Minat make up~! ehe... ada plan nk p personal class make-up... gedix x? tiba2 je kn? eheheh... tp xsalah rite if tujuannya nk make-up utk suami... minat make-up ni since dulu dok cari sapa2 yg leh tlg make-up time majlis tunang n kenduri kawen sy... sgtla susah nk cari terutamanya area utagha neh... mmg byk service make-up yg ditawarkan tp bila tgk hasil make-upnya tidak seindah yg disangka n tidak berbaloi dgn bayarannya... pendek kata, xramai yg dpt menghasilkan hasil make-up yg memuaskan iaitu mempunyai ciri2 seperti look neutral, flawless n beuatiful... aiseh... ^_~ so planning nk blaja sndiri, n mmg enjoy tgk org make-up n hasilnya?? besh... u look beutiful...ngee... tp jgnla make-up smpai xkenal rupa n merubah ciptaan ALLAH kan... just neutral2 je la... masa majlis kenduri sebelah lelaki arituh, sy ada pakai service make-up member kepada member la...okla jgk... harga pn berpatutan... husband n family xkomplen nmpak buruk...hik3...masa tunang arituh sume org komplen oke... yg muka sy nmpak sgt berbeza n sume ckp buruk... waaaa... down sat... mula dari tuh bertekad nk blajaq make-up sndiri... susah sgt ke? ehhe... susah la jgk sbb kalu nk blaja kena datang dgn minat n kesungguhan... tadi sy ada order set personal brush utk make-up dari seorg member yg sy kenal secara maya... ni website beliau Munie Ahmad so pasneh nk blaja make-up la... :P tiba2 ja mai minat neh pas kawen... huhu



Sila fokus pada teknik solekannya... nice rite...ehe

Set make-up brush sy tuh terdiri daripada:

- 1 powder brush
- 1 blusher brush
- 3 eyeshadow brushes
- 1 lip brush
- 1 eyebrow brush
- 1 sponge tip

Happy make-up~!