Showing posts with label diet ibu menyusukan anak. Show all posts
Showing posts with label diet ibu menyusukan anak. Show all posts

7.7.14

Tips, persediaan & pengalaman peribadi menyusu ketika berpuasa...

Bismillah wal hamdulillah... 

Kita berpuasa bukan sahaja pada bulan ramadhan, mungkin kita kena puasa ganti, puasa sunat dan sebagainya... di sini sy ingin kongsikan sedikit tips & persediaan berpuasa bagi ibu-ibu menyusu yang saya baca dan juga pengalaman saya sendiri sebagai ibu menyusu selama lebih kurang 4tahun... Sekiranya ada tambahan boleh bagi dalam komen ye... :)

Niat & Doa yang seiring

Sentiasa memperbarui niat kita sebagai ibu ingin menyusukan anak kerana ALLAH SWT. Yakin dengan rezeki ALLAH SWT beri untuk anak yg dilahirkan. Berdoalah sentiasa dengan doa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”


Konsep supply vs demand

Yang ni kira 1st priority kerana penghasilan susu ibu sangat bergantung kepada permintaan. Banyak permintaan jadi banyaklah hasilnya insya allah. Kerapkan/tambah sesi penyusuan & sesi perahan agar stimulasi dapat dihasilkan. Lakukan beberapa aktiviti tambahan bagi menghasilkan stimulasi/merangsang penghasilan susu ibu seperti tambahkan sesi perahan pada waktu malam/sebelum sahur, tandem pumping (menyusu dan memerah secara serentak) atau teknik power pumping setiap malam selama 1-2jam. Rujuk SINI untuk teknik power pumping. Pengalaman saya mengenai teknik PP neh, jika diamalkan konsisten selama 1minggu mmg akan terasa production sangat-sangat bertambah... Mungkin sebelum teknik PP sekali pump kita dapat 5oz, selepas teknik PP selama seminggu insya allah akan bertambah kepada 6-7oz... bergantung kepada badan masing-masing. Minum air suam setiap sela masa sesi power pumping.

Tandem-pumping

Utamakan & banyakkan mengambil cecair dalam menu seharian

Utamakan menu makanan jenis sup, berkuah agar cecair di dalam badan dapat dikekalkan. En.abg selalu tak prefer makanan berkuah waktu sahur tapi bila saya terangkan keutamaan ini kepada ibu2 menyusu barulah dia faham... air/cecair adalah sangat crucial bagi ibu-ibu menyusu... Selain itu kurangkan makanan manis dan masin di mana ia dapat menarik keluar air daripada sel.

Secara automatik, ibu akan merasa haus setiap kali selepas menyusukan bayi oleh sebab itu pengambilan air/cecair adalah sangat penting. 

Sup adalah antara menu terbaik untuk ibu menyusu :)

Banyakkan minum jus buah... disamping banyak khasiat dapat juga membekalkan khasiat semulajadi pada buah-buahan. Bulan puasa sy suka jus tembikai dan oren... nyum3...
 
Pentingkan diet mengandungi protein berkualiti tinggi 

Ibu yang menyusukan perlu mengamalkan diet seimbang. Salah satu nutriens yang perlu dititikberatkan adalah pengambilan protein. Ibu menyusu perlu mengambil 2-3hidangan protein setiap hari untuk memenuhi keperluan diet sehariannya. Sumber protein terbaik adalah seperti daging, ayam, makanan laut, telur, keju, susu, yogurt, tofu dan sebagainya. 



Ambil milk-booster anda!

Setiap ibu mempunyai "milk-booster" yang berbeza... antara yang menjadi pilihan ibu-ibu adalah seperti longan kering, kurma, lobak putih (jadikan sup sayur - insya allah susu tiba2 jadi 2-3x ganda!), halba/fenugreek, habbatussauda', cheese, soya dan sebagainya. Apa-apa pun "try-and-error" sebab setiap orang badan tak sama. Ouh milk-booster saya adalah halba/fenugreek, buah durian dan ayam goreng... insya allah lepas makan memang sampai tahap basah2 baju... alhamdulillah atas rezekinya. Ada yang mengambil rawatan hemeopathy untuk menambah susu badan. Apa-apa pun yang diusahakan semua bergantung kepada semakin konsep supply vs demand kembali. Kalau anda malas untuk memerah susu, malas untuk "direct-feeding" baby makan la apa2 pun tentu kesannya tidak seperti yg diidam-idamkan.

Sahur & berbuka dengan makanan berkhasiat 

Ibu menyusu memerlukan jumlah pengambilan kalori melebihi orang yang tidak menyusu. Oleh sebab itulah ibu menyusu perlu mementingkan pengambilan makanan berkhasiat sewaktu sahur dan berbuka. Utamakan makanan yang mempunyai kadar indeks glisemiks yang rendah bagi mengekalkan tenaga, rasa kenyang yang berpanjangan. Walaupun anda berpuasa, tetapi anda kekal bertenaga serta tidak berasa cepat lapar.



Makanan sunnah

Amalkan mengambil kurma, madu, susu kambing dan sebagainya setiap hari. Madu juga merupakan antara sumber pemberi tenaga yang baik dan memiliki GI yang rendah (mampu memberi rasa kenyang dan bertenaga sepanjang hari). Makanan-makanan sunnah yang digemari Rasulullah SAW sudah tentu terbukti khasiatnya sejak berkurun-kurun dahulu disamping berkat yg diperolehi kerana mencintai apa yg dicintai oleh Rasul junjungan kita. Ia boleh jadi 1ibadat yang membawa keberkatan.


Supplements - menjana tenaga & kesihatan bagi ibu bagi melancarkan penghasilan susu ibu

Jika ibu-ibu yang menyusukan menghadapi kesulitan untuk menyediakan makanan berkhasiat kerana kesibukkan dengan aktiviti harian, boleh mempertimbangkan pengambilan supplements/vitamin bagi menampung khasiat-khasiat/nutriens yang tidak mencukupi.



Berehat dengan secukupnya

Berehat secukupnya agar badan merasa lebih tenang dan tidak tertekan. Tekanan dan keletihan boleh mempengaruhi pengeluaran susu ibu.

Elak stress - banyakkan amalan rohani 

Stress di tempat kerja merupakan antara faktor penyumbang kepada kemeruduman pengeluaran susu ibu. Elakkan stress di mana jua anda berada dan perbanyakkan amalan rohani seperti solat sunat, zikir, membaca al-quran, bersedekah, menghadiri majlis ilmu dan sebagainya. Elakkan bergaul dengan orang-orang yg berfikiran negatif & dekatkan diri dengan sahabat-sahabat yang sentiasa berfikiran positif!

Elakkan minuman berkafein & berkarbonat

Walaupun tiada bukti kukuh minuman berkafein dan berkarbonat mengurangkan penghasilan susu tetapi pengambilan secara berlebihan oleh ibu menyusu mungkin akan menyebabkan bayi anda meragam, sukar tidur dan sebagainya. Minuman berkafein juga boleh menyebabkan seseorang itu cepat menghadapi dehydrate terutamanya pada bulan puasa. 



 

6.7.14

Menyusu & Berpuasa...

Bismillah wal hamdulillah...

This is very crucial issue... hehe :D sebab saya dah 4tahun berpuasa sambil menyusu... tahun lepas lagilah mengandung sambil menyusu... syukur sebab saya housewife jadi tak pening fikir nak buat stok EBM, nk pumpin bagai... sebab itulah ibu menyusu ini tidak wajib ke atas mereka untuk berpuasa.. ada rukhsoh (keringanan) yg diberikan dalam Islam... tapi takkan la 30hari tak puasa kan? kita usaha la dulu ye dop?




Ibu berpuasa & menyusu mengikut kajian

Namun begitu, keputusan samada hendak berpuasa atau tidak bergantung kepada beberapa perkara, dan usia bayi adalah pertimbangan utama. Memang ada perbezaan di antara bayi yang masih kecil dan hanya menyusu, dengan bayi berusia 1tahun yang sihat dan sudah makan makanan lain dan menyusu hanya pada waktu malam. Berbincanglah dengan ibu-ibu lain dalam keluarga anda mengenai apa yang mereka lakukan dan pengalaman mereka dalam hal itu. Hubungi doktor, perunding penyusuan atau ahli agama untuk mendapat lebih keyakinan dalam membuat keputusan. 

Hakikatnya berpuasa tidak membahayakan kesihatan ibu dan bayi yg menyusu. Malah ada 1kajian menyatakan walaupun wanita yg tidak makan selama 24jam ketika menyusu masih lagi tidak menjejaskan kuantiti susu yg dihasilkan. Jika terdapat kesan berpuasa terhadap badan anda, anda pasti sudah merasainya terlebih dahulu dan tentu sekali anda perlu menghentikan puasa sebelum kesan itu menjejaskan penghasilan susu. 

Perubahan dalam susu badan tidak akan memberi kesan ke atas bayi. Bayi sudahpun dapat menerima perubahan-perubahan kecil pada susu bergantung kepada apa yg ibu makan & berapa banyak bayi menyusu. Kajian menunjukkan walaupun ibu berpuasa selama 24jam, kandungan lemak dalam susunya tidak akan berubah. 

Jika ibu makan terlalu sedikit (mungkin sedang menurunkan berat badan, kurang selera makan akibat tidak sihat dan sebagainya) berat badan mula turun, jenis lemak dalam susu mungkin berubah tetapi jumlahnya tidak akan berubah. Walaupun payudara itu sendiri boleh menghasilkan lemak susu, jenis-jenis lemak lain akan diperolehi daripada simpanan lemak dalam badan si ibu sekiranya ia tidak diperolehi melalui pemakanan akibat berpuasa dan sebagainya.

 Badan anda biasanya dapat bertahan jika anda berpuasa. Dalam satu kajian, ujian darah dilakukan terhadap sekumpulan kecil wanita yang berpuasa sepanjang bulan Ramadan. Wanita yang menyusu badan didapati mempunyai imbangan kimia dalam darah yang agak sama dengan mereka yang tidak menyusu badan atau yang sedang hamil.

Walau bagaimanapun, menyusu badan membuatkan anda sangat dahaga. Jika anda ternyahhidrat, anda akan rasa tidak sihat. Anda boleh mengagak bahawa anda sedang ternyahhidrat apabila:
  • si ibu terasa sangat dahaga
  • urin/air kencing berwarna gelab dan kuat baunya
  • rasa lemah, lesu dan hendak pitam
  • rasa sakit kepala dan kesakitan-kesakitan lain
Jika si ibu mengalami tanda-tanda seperti di atas dan mendapati badan tidak kuat lagi meneruskan puasa jadi si ibu bolehla berbuka puasa. Jika keadaan bertambah serius sila bertemu dgn doktor untuk mendapatkan rawatan dan nasihat.

Nasihat Pakar Kaunselor Penyusuan Susu Ibu BabyCenter - Jeniffer Hor

Ibu mestilah minum air sebanyak mungkin pada waktu antara berbuka puasa dan sahur. Jeniffer Hor juga menyarankan si ibu mengambil makanan yang mempunyai indeks glisemik yang rendah (GI - Glycemic Index). Apakah GI? GI - indeks pengiraan bagi kesan karbohidrat pada tahap gula dalam darah. Karbohidrat yg terurai dengan cepat semasa penghadaman mempunyai GI yang tinggi manakala karbohidrat yg terurai lebih lambat dan berperingkat-peringkat mempunyai GI yang rendah. Makanan yg mempunyai GI yang rendah termasuklah sayur-sayuran, kekacang, pasta dan sebagainya.

Jangan sekadar mementingkan minum sahaja, nutrien yg diambil juga perlu diambil perhatian dalam diet seharian terutamanya ketika berpuasa.

Ikuti tips & persediaan lengkap bagi ibu-ibu menyusu yg mahu kekal bertenaga & kuantiti susu semakin masyuk di bulan ramadhan pada entri seterusnya :) anda mampu berpuasa dgn baik & baby pun ceria sihat dapat menyusu dgn susu yg berkualiti dan mencukupi!

p/s: Inginkan set cadangan ibu menyusu Shakee? Boleh klik pada link dibawah untuk urusan pembelian terus ke pintu rumah anda!

Set Cadangan Ibu Menyusu/Brestfeeding 

Sumber: BabyCenter