Showing posts with label aisya 6 years old. Show all posts
Showing posts with label aisya 6 years old. Show all posts

10.5.16

May's

Bismillah wal hamdulillah...

Bila anak-anak dah besar panjang ni, depa dah pandai 'request' macam2 bersempena 'birthday' masing-masing... ummi ni tak pandai sangat nak buat 'celebration' ala2 budak-budak zaman sekarang sebab zaman ummi dulu maktok n tokwan memang tak buat apa-apa celebration... pernah kot sekali beli kek, tuh pun hasil daripad ummi yang menangis tak berenti2... haha! zaman ummi kecik2 dulu susah nak cari kek yang dibuat oleh orang Islam... kebanyakkan kek dan kedai kek dimiliki oleh orang berbangsa lain dan tidak beragama Islam. Jadi sebab itulah maktok memang taknak beli kek... kebetulan masa tuh ada sebuah kedai kek muslim yang dimiliki oleh 1badan NGO Islam di Perlis... keknya sedap2, nama kedai kek tersebut adalah Sayyidah Bakery... sekarang ni tak tau la pi mana Sayyidah Bakery... kek sedap2, terutamanya 'swissroll. Eh dah merapu pasai kek :D Sebenaqnya nak cerita mengenai industri kek dan pastry ni dulu dipelopori oleh orang bukan Islam. Zaman sekarang baru lah para bakers muslim sudah tumbah bak cendawan...jadi boleh la nak 'order' kek ka, 'pastry' ka insya allah tanpa was-was...

Berbalik pada cerita May's tak 'plan' nak buat 'celebration' pun... aisya cakap dia taknak bawak kek pi tadika katanya... "kita buat kat rumah pun boleh..." eh tiba-tiba pulak 'low profile' anak ummi padahal ramai ja kawan-kawan dia celebrate besday masing-masing... pemalu dah anak dara ummi haha! Jadi ummi pun cadangkan yelah nak jugak 'create moment' yang diingati oleh anak-anak... walaupun ala kadar... "oklah, kita buat potong2 kek dengan tok ayah la...kebetulan besday tok ayah pun mei jugak..." so ayuhlah! Sehari sebelum jenuh tanya 'bakers' area Perlis haha! last minit kan semua tak terima 'order' dah... Tanyalah salah seorang fav baker yang saya antara 'regular customer' dia kalau dia buat 'fast sale'... Hummingbird kek dia ya ampun sedap amat! Dahla murah berbaloi-baloi...kalau beli dekat 'bakers' lain '1slide' hummingbird tuh RM12, tapi dia jual RM6 je saiz kecik sikit tp bagi saya sangat ok lah dengan rasa dan tekstur kek tuh... terus roger dia alhamdulillah dia boleh buatkan walaupun last minit... 'choc moist' ja pun... teruslah terjadinya 'small celebration' masak spegeti bolognese terus zass ke rumah PIL lepas asar hari ahad yakni pada hari besday aisya... terus makan-makan n amik gambaq... :) settled! Syukur alhamdulillah didoakan semoga anak-anak ummi, my father in law dikurniakan usia yg berkat, dirahmati allah swt di dunia dan akhirat...ameen

Last minit cake...jadilah kan siap dapat 10% diskaun lagi... terbaiklah!
Yang diraikan... aisya 8mei, amira 12mei, tok ayah 15mei...



Cousins... termiss seorang lagi tak dapat balik... aisya nafisa, amira humaira, mohd aniq umar, ammar yaser
Ammar Yaser birthday boy dah lepas :D
Tragedi dihari lahir haha! orang tua2 selalu pesan "jangan dok seronok sangat" dia punya happy hari tuh tiba2 jatuh tersungkur lantas berdarahlah bibir... hehe :D kenanganlah tuh aisya oiii...hidup ini tak seindah yang disangka :)
Best man win! Haha! Depa ni sebaya tapi lain bulan... ammar lahir jan2014, umar lahir Julai2014, tapi nampak sama saiz :D

 


 

28.3.16

Pertama kali aisya join coloring contest!

Bismillah wal hamdulillah...

Blog dah terabai sejak 3minggu lepas... rasa tak ada apa nak update, kadang-kadang rasa banyak juga nak dicoretkan sebagai diari 'in case' terlupa sesuatu boleh refer balik... Berbalik pada topik asal, alkisahnya cikgu aisya whatsapp bagitahu aisya dan 4orang kawan terpilih sebagai wakil PASTI Al-Irsyad untuk join 'coloring contest' anjuran Sasbadi Online di Perpustakaan Awam Perlis... Ada 2sesi, sesi ahad 'parents' dipertanggungjawabkan untuk bawak, selasa ni 2nd sesi bersama dengan cikgu-cikgu pulak...

Teruja la anak dara seorang ni pertama kali nak join, dan aisya sememangnya minat mewarna... tapi belum rezeki nak menang... takpa nanti kita join lagi na... penyertaan ni terbuka kepada 'family' jadi 1pernyertaan ada 2orang yang terlibat... peserta pertama mesti berumur 5-10tahun, peserta kedua mesti berumur antara 5-70tahun! mula-mula baca syarat tuh ingat depa ni salah tulis kot sampai 70tahun nak mewarna apakah? rupanya memang sampai 70tahun! haha! kiranya maktok, tok nyang pun boleh join kalau berminat :D 

Adik amira tak boleh join sebab baru 4tahun jadi tak semena-mena ummi la kena wakilkan untuk jadi peserta ke-2 tapi yang beriya nak warna tak bagi ummi warna sekali adalah aisya... riuh-rendah jgkla suasana dekat library kangar tuh dengan tempat yang 'limited'. Jadi dah nak start lepak kat bawah karpet dah sebab tak da 'seat'. Akhirnya dah dapat 'seat' alhamdulillah... ditaqdirkan terjumpa sahabat lama yang dah 15tahun tak jumpa... kawan 1tuisyen dulu haha! tapi jadi baik walaupun tak 1sekolah... lama tak jumpa sebab beliau orang cerdik pandai, dia sambung belajar di cork, ireland ambil medic kemudian lepas grad terus berkerja di sana... anak dah 3orang baru balik dan dalam proses 'apply' kerja kat Malaysia. 

Segan pulak makcik surirumah nak berkawan dengan rakan doktor hehehe :P ditaqdirkan pula anak-anak beliau tak bawa pensil warna jadi boleh lah berborak-borak sambil layan anak-anak color... sekali tersedu makcik nak melayan anak-anak yang 'speaking' dengan bijak ni... berbiuh-biuh mulut acik tau ahha! poyo sangat menyusun ayat last sekali acik main bantai cakap nasiblah depa faham :D

Alhamdulillah segalanya... aisya semangat nak join coloring contest lagi 'next time' katanya nak bagi menang! Seronok mewarna sungguh budak seorang ni... :)

Dalam dewan perpustakaan kangar setelah selesai aktiviti mewarna... biasakan anak-anak dengan keadaan orang ramai dan sesak... nasiblah ammar tak follow...haha...kalau tidak bertambah gamat ummi... salute dengan sahabat ummu nufail, abdah dan umair berjaya usung ketiga2 sendiri ja :D
Nufail dan Abdah, anak kelahiran Ireland... belum fasih berbahasa Melayu... insya allah nanti oklah tuh ye anak-anak...
Aisya terdiam terus dengan abang dan adik abdah ni 'speaking' sampai 1patah perkataan pun tak keluar haha!
Proses mewarna
Amira tak boleh join nasiblah bawak jgk 'activity book' beliau... jadi tidaklah boring 2jam lebih dekat situ

6.1.16

Adakah akan menjadi 'working mom' kembali?

Bismillah wal hamdulillah... 

Setelah 4tahun menjadi 'stay-at-home-mom' atau 'working-at-home-mom' saya mula ambil keputusan 'mungkin' akan berkerja kembali tahun ini setelah mengambil kira pelbagai aspek termasuklah dah boleh mulakan proses 'wean-off' si ammar yaser sebab dia dah hampir memasuki usia 2tahun pada 14januari ini... jadi takdakla serabut sangat nk fikir pasai nak 'pump' bagai sebab dah lama kot tak 'pump' dengan usia ammar yang dah 2tahun tuh... haih... sebenarnya kalau dalam kes 'breastfeeding' ni kalau kita tak latih rutin memerah susu memang akan susah sikit, bila tengok hasil tuaian tak seberapa mula la emo tapi itu 'standard' sebab bayi banyak 'direct-feeding' dan sementara cik B kita nak serasi dengan 'breast pump' yang kita guna sebab itulah rutin memerah susu perlu dilatih seawal dalam pantang lagi... 

Pada pendapat peribadi saya pada minggu ke-2 selepas bersalin dah boleh mula memerah susu ikut rutin dan jadual 'free' kita di ofis... ammar pun sebenarnya sangat kurang menyusu dah pada waktu siang... awal pagi selepas bangun tidur dia akan bf sekali lepas tu waktu nak tidur n bangun tengah hari atau petang sekali... kira dalam 2-3kali je siang... kadang-kadang 1-2kali sahaja...habuan lepas gian masa nak tidur dan bangun tidur... dan sekarang memang itula isu paling besar kalau nk tinggal ammar yaser nan seorang ni... sebab nk memang susah nk tidur hatta pada waktu siang sekali pun... macam mana la eh nak tinggalkan hero seorang ni?susah hati memikirkan takut menyusahkan orang lain yang nak menjaga dia risau timbulkan banyak hal yang tak diingini... nauzubillah minta dijauhkan... 

Sedikit bebelan saya mengenai anak-anak...kesimpulannya memang saya jenis yang tak harapkan orang lain menjaga anak-anak saya... huhu... 'over' pulak kan? Besar macam aisya dan amira tuh ok la sikit sebab dah pandai bercakap, boleh bagitahu kita apa-apa yang sepatutnya kita tanya dia... minggu ni minggu pertama sesi persekolahan...hari-hari kelam kabut dengan rutin baru... amira dah mula bertadika... hari pertama senang ja nak pi tadika, hari ke-2 dah mula meragam tak mau ke tadika, hari ke-3 pujuk punya pujuk nak beli 'doll elsa dan anna' maka dapat la juga tengok dia pi tadika tanpa menangis... alhamdulillah...cikgu pun bagitahu dia dah mula mau bercakap dengan cikgu... syukur sangat ummi... anak baru 3orang, baru je melangkah ke alam tadika haha! tapi ummi fikir rasa macam nak pecah kepala... adoih... sekarang boleh la kan sebab masih lagi tak berkerja... dibuatnya nanti tiba-tiba kena kerja... susah hati memikirkan hal anak-anak ni ha... :( rasa macam nak jadi 'housewife' sampai bila-bila...kohhkoff...

 

1.1.16

2016!

Bismillah wal hamdulillah...

Entri pertama tahun baru 2016... bermakna telah masuk tahun ke-7 saya masih setia dengan dunia 'blogging' walaupun hanyalah seorang 'blogger' sendu sahaja... :D saya telah cuba membahagikan 'blog' saya kepada yang peribadi dan kepada yang banyak perkongsian ilmu termasuklah Shaklee... Jemput-jemputlah sudikan diri jengah 'blog' ilmiah harapnya ye selepas ini SihatCantikCergas. Perkongsian lebih bersifat umum tidak tertakluk kepada produk Shaklee sahaja. Jadi para pengamal Shaklee ataupun tidak tak kisah... asal ada ilmu yang bermanfaat boleh dikongsi bersama... 'Blog' nan satu ini saya khaskan untuk penulisan peribadi. Nak buat macam mana memang suka menulis walaupun ada yang kata 'tak penting pun nak post entri' tak kisahlah... blog saya jadi saya punya suka... ekeke :P

Banyak juga rakan 'blogger' kegemaran sudah tidak menjadi 'blogger' tegar lagi... sadis sebenarnya sebab tak dapat nak 'update' depa sekarang.... serius saya memang lebih rapat dengan rakan-rakan alam maya ni berbanding rakan alam nyata... haha! Pelik pulak rasa sebab rasa rakan yang jumpa di alam maya ni kebanyakkan sebab berkongsi minat yang sama... Jadi macam ada 'chemistry' gitu... yelah umur pun dah meningkat... dulu jadi 'blogger' dari zaman 'single' kemudian berkahwin, ada anak... dari seorang anak dah 3-4orang anak masing-masing... Lama tak lama berblog ni kan... tapi dek semua dengan minat :) apa pun boleh disamping boleh menjana pendapatan pasif... ALHAMDULILLAH banyak jugak pasif 'income' yang saya dapat hasil daripada kegigihan sendu saya berblogging neh... walaupun tak ramai 'follower' tapi okla kan dari tak ada langsung :D 

Tahun ini juga merupakan tahun ke-4 saya bergelar 'working-at-home-mom' penganggur terhormat... hehe...tak pernah terfikir akan terus 'jobless' samapai sekarang tapi ok jugakla kan jadi surirumah ni walaupun tak semudah yang disangka. Saya memang rasa nak berkerja balik andai ada rezeki dan peluang. Walaupun saya sejenis orang yang suka 'stay' kat rumah sahaja jika tiada perkara mustahak yang memaksa saya keluar rumah tapi setelah 4tahun terasa diri ini agak 'mereput' la jugak. Haha! Banyak ja kerja yang nak buat termasuklah bisnes sekangkang kera ini tapi kadang-kadang ada rasa nak dapatkan aura di dunia luar 'instead of' hanya dari dalam rumah... Bila dapat keluar rumah tuh ya allah nikmatnya hanya ALLAH yang tahu... Kalau dapat pi mall atau berjalan-jalan melihat lagilah besar rahmat rasanya... bukan nak beli apa sangat tapi bila dapat luaskan pemandangan tu rasa lain macam sikit perasaanya... 

Apa-apa pun anak-anak masih menjadi keutamaan saya. Bila anak dah nak masuk sekolah tahun depan mula la gelabah sana-sini... Semoga saya dapat menunaikan tanggungjawab saya kepada amanah ALLAH SWT ini sebaik mungkin... ameen

p/s: tanya encik abang bersempena si ammar nak masuk usia 2tahun 14januari ini, bilakah masa yang sesuai untuk menambah bilangan anak ni? haha! lantas encik abang terdiam... saya membalas "mak cakap cukuplah 3 sahaja anak ni...yang 3 ni pun kelam kabut wuwuwuwu" saya sambung lagi "rasa macam nak lagi seorang la..." encik abang pula membalas "abang rasa, betoi juga cakap mak... ok apa 3orang anak" Lantas lagi daku terasa kecewa... huwarghh

Encik abang tak bagi 'green light' nak tambah bilangan anak sebab dia tengok saya 'still' tak boleh fokus dengan pe'el si ammar yang masih sukar untuk dijelaskan...haha! dia masih sukar untuk tidur nyenyak di malam hari dan encik abang tengok betapa saya menjadi seorang 'zombie' setiap hari... sampai 'cramp' habis badan kalau dia buat haru bangun setiap 30minit 'the whole night'!! Jadi encik abang menumpang trauma ummi... haha! tapi ummi dah rindu bau baby ni... terasa besar dah ammar masuk 2tahun ni... tak suka dipeluk cium lagi cuma waktu menyusu sahaja...