Showing posts with label aisya 5years 5months. Show all posts
Showing posts with label aisya 5years 5months. Show all posts

3.11.15

Peperiksaan kali ke-2 aisya dan tahap pembelajaran anak-anak...

Bismillah wal hamdulillah...

Peperiksaan kali ke-2 puteri sulung aisya nafisa di usia 5tahun di Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam sudah pun berakhir minggu lepas. Dah 2kali 'exam', maka 2kali jugakla si aisya ni diuji dengan kesihatan yang sedikit terganggu. Kalau nak ikut sebelum 'exam' alhamdulillah sihat sejahtera ja anak dara seorang tuh... Bila 'exam' boleh pula jadi tak sihat? Hehe :P mungkin kebetulan sahaja.

Masa 'exam' pertengahan tahun lepas seminggu aisya ponteng dan seminggu juga 'skip' dari ambil 'exam' sebab demam. Boleh pula demam membawa kepada seminggu padahal sebelum ni demam makan masa 2-3hari sahaja dah ok. Lepas tu, 'exam' baru-baru ni pula diuji ALLAH SWT dengan sakit perut, muntah dan cirit-birit. Kesian juga dengan aisya. Alhamdulillah sempat ajak dia buat 'revision' sikit. Walaupun sangat menguji kesabaran. Tapi syukur aisya ni boleh tahan lama juga dia boleh fokus dengan apa yang ummi dok bising kat dia. Subjek boleh tahan banyak. Baru 5tahun macam "Ya Allah, kesiannya anak aku..." sangat 'exam oriented' dah zaman sekarang. Zaman kanak-kanak ummi dulu umur 5-6tahun ke tadika pun sebab nak bergaul dan bersosial semata-mata. Buku pun tak kenal. Kat tadika cikgu banyak ajar main dari belajar bab pelajaran macam budak-budak sekarang. Ada kot 2-3kali cikgu pakai 'flashcards' je masa kat tadika, lepas tuh belajar melukis, mewarna... Lepas tu makan, pukul 11pagi dah balik. Malam mengaji al-quran dengan abah. Takpun mak hantar mengaji dekat wan. Petang sibuk main sampai maghrib. Beg kosong dan campak entah ke mana. Hanya tahu pegang pensil warna sahaja. Menulis sebijik pun tak reti... haha! Budak zaman sekarang 4-5tahun dah pandai membaca bahasa melayu, english semua 'complete'. Ternganga sungguh daku... kagums dengan otak budak zaman sekarang...

Sebenarnya sangat banyak benda nak bebel mengenai anak-anak saya ni terutamanya aisya nafisa. 1-2minggu lepas adalah tempoh paling getir ummi memuhasabah diri dengan pelbagai tanggapan, pendapat dan perspektif. Naik juling bijik mata baca macam-macam komen, kata-kata semangat dan tidak lekang juga menyalahkan tadika... -_- Katanya tadika P***I ni memang budak-budaknya tak tahu membaca bila dah masuk sekolah. Ok, saya tak nak ulas panjang kat sini sebab isu ini agak sensitif. Kalau diulas nanti ada yang men'google' terjumpa pulak blog picisan hamba ini. Kang jadi masalah pulak orang dok 'contact' tanya macam-macam... haha :D

Sembang dengan mak (mak saya seorang bekas guru sekolah rendah), dengan kawan-kawan, dengan bloggers, dengan encik suami tidak dilupakan. Buntu dan bimbang juga difikirkan dengan zaman yang sangat sengit persaingannya ini. Maktok aisya pun risau sebab umur aisya baca pun tak cekap lagi. Minggu 'exam' lepas saya sempat 'test' aisya. Rupanya dia dah boleh menyebut dan membaca dua suku kata. Perkataan dua suku kata sebenarnya dia dah boleh sebut cuma saya yang tak perasan. Perkataan mudah-mudah dia dah boleh eja dan sebut. Alhamdulillah... ummi tak perasan... Sangat menginsafkan saya. Jadi saya berazam mulai sekarang nak fokus kepada pembelajaran anak-anak. Selama ni bukan saya tak fokus tapi saya tak banyak melibatkan diri secara total dengan aktiviti main-main anak-anak. Rupanya mereka sangat mudah belajar bila mak ayah ni libatkan diri sama. Masa tak lama mungkin dalam 10-15minit sahaja. Bermain sambil belajar gitu.

Banyak subjek nak kena 'cover' musim 'exam' lepas. Ada Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris, Sains, Bahasa Arab dan jawi. Ok sebenarnya kan, mesti ramai yang cakap "Umur 5tahun tak boleh baca lancar lagi?" mula-mula memang saya cuak sangat. Ketinggalankah anak aku? Tapi bila dibaca banyak maklumat, ditanya banyak pendapat, kita sebagai ibu ayah jangan banding-bandingkan kemampuan anak kita dengan orang lain. Kita sebagai ibu sepatutnya mendalami kemampuan anak sendiri. Kita yang lebih faham. Tapi jangan tak ambil tahu pula. Ini 'soft-reminder' juga untuk diri saya. Terlalu terleka ummi asik fikir hal bisnes sampai 'progress' anak-anak ummi lupa nak cek. Berkerja dari rumah juga bukan sesuatu yang mudah ye.... perlu juga bahagi-bahagikan masa dengan banyak hal... 

Saya bangga dengan aisya dia dah boleh hafal bacaan dalam solat, hadith, doa, surah-surah pendek, bahasa arab pun dah banyak vocab... walaupun baca masih tidak lancar dan fasih macam budak lain tapi ummi rasa syukur sangat. Dari segi akhlak pun alhamdulillah... tak ada lagi dengar aisya keluarkan kata-kata yang kurang sopan (seperti kebanyakkan kes anak-anak terpengaruh dengan kawan-kawan yang suka keluarkan kata-kata kurang enak). Biar dia 'enjoy' saat-saat dan 'moment' dia menjadi kanak-kanak. Saya kadang-kadang kurang setuju dengan sistem pendidikan Malaysia yang sangat mementingkan akademik semata-mata tanpa ambil kira aspek kerohanian, akhlak, akidah budak-budak generasi akan datang ni. Semua nak 'result exam' terbaik, pulun la cikgu-cikgu siang malam nak bagi pelajar lulus cemerlang. Dari segi akhlak? Bila cikgu tegur, ibu bapa marah cikgu balik... bila ada anak-anak luar nikah bersepah-sepah? siapa perlu dipersalahkan? 

Ok tak nak bebel... mari tidur... huhu


 
Aisya 'study' exam

 

30.10.15

Aisya Nafisa kekembungan, keracunan atau kecacingan?

Bismillah wal hamdulillah...

Puteri sulung saya ada peperiksaan akhir tahun tadika PASTI minggu ni. 4hari yang 'stress' macam zaman ummi amik 'exam' beberapa tahun lalu... hehe :D tapi hari ke-3 'exam' boleh pulak aisya tak sihat. Pukul 3.30pagi dah bangun sambil muntah-muntah. Ummi syak aisya makan banyak sebelum tidur. Sepinggan nasik dia hadap pada pukul 10malam lepas tu terus masuk tidur pulak.

Muntah dalam 30minit sekali... Ummi dan ayah dah risau... Esoknya ayah cuti nak bawa aisya ke klinik. Tapi dia macam ok pulak... dah boleh makan dan tak muntah. Ummi syak lagi mungkin perut masuk angin. Ada whatsapp maklang aisya tanya pendapat. Dia kata "viral gastritis" entah apa ka benda pun tak tahu. Bila tengok aisya dah ok tak jadi la bawak dia ke klinik.

Esoknya 'last paper' alhamdulillah aisya ok ja kat tadika jawab 'exam'. Malam tu dalam pukul 4.30pagi aisya bangun muntah pula sambil mengadu sakit perut. Sampai guling-guling sakitnya. Ummi dah risau apa tak kena pula dengan aisya. Berteka-teki dalam kepala. Malam tu dia makan sikit sahaja sebab takut muntah lagi. Aisya cakap lapar. Ummi tak sempat masak sebab seawal 4.30pagi aisya bangun dok muntah dengan ammar pun dok terbangun-bangun sebab dengar kak long aisya dok nangis. 

Ayah ambil 'half-day' hari ni. Pagi-pagi pukul 8pagi bawa ke klinik remedic kangar. Alhamdulillah sebelum 8.30pagi doktor dah sampai. Cek-cek, tekan-tekan perut, doktor cakap perut aisya masuk angin. Dia cakap aisya sakit bila dia tekan perut bahagian kanan. Tak puas hati juga sebab takkan masuk angin 'on/off' macam tu? Amira pun ada mengadu sakit perut tapi tak teruk. Lepas dah berak-berak ok dah sakit perut dia. Aisya ni pula melarat sakit perut dia. Keracunan kah? sebagai ummi memang sentiasa berteka-teki, 'google' sana sini cari info... simptom-simptom tu macam simptom kecacingan. Tapi doktor cakap kembung mungkin disebabkan oleh tersalah makan. 


Doktor bagi 4jenis ubatan ini. Ubat angin/senak perut, ubat tahan muntah, ubat cacing, dah probiotik. Dia bagi juga ubat cacing sebab ada bagitahu aisya ada rasa gatal-gatal di bontot beliau. Balik rumah terus makan ubat senak perut, makan bubur nasi, Lepas tu muntah lagi. Rehat sebentar dah ok. Mungkin betul kot masuk angin. Tapi malam ni tetap nak bagi ubat cacing sebab memang saspek cacing. Kali terakhir makan ubat cacing adalah pada usia aisya 2tahun.

Setengah orang tak bagi pun ubat cacing ni. Amalkan 'natural remedy' tapi budak-budak kan nak kunyah tomato la, habbatussauda'... huhu... ummi tak cukup tabah. Tapi saya masih lagi kekalkan pengambilan 'vco - virgin coconut oil' dan madu. Alhamdulillah doktor pun bagi probiotik untuk aisya.