Showing posts with label GST. Show all posts
Showing posts with label GST. Show all posts

22.3.15

Debaran menjelang April 2015... #GST2015

Bismillah wal hamdulillah...

Tak payah countdown sangat sebenarnya, harga barang, dan kedai2 yang berdaftar dengan GST sebenarnya sudah mulai mengenakan cukai 6% terhadap servis dan barangan mereka... kalau nak kira n congak tak larat kot nak sedih n kecewa tapi siapalah kita kan?



Apa itu GST?

GST (Good and Services Tax) atau 'Cukai Barangan & Perkhidmatan'. GST ni bakal menggantikan SST (Sales Tax and Services Tax) atau 'Cukai Jualan & Cukai Perkhidmatan'. SST biasanya dikenakan ke atas bil telekomunikasi, internet, astro, tiket wayang, tiket parking, kedai makanan segera seperti KFC, Pizza Hut, Mc Donalds dan sebagainya pada kadar 6% untuk cukai perkhidmatan dan 10% untuk cukai jualan. 

VAT/GST diperkenalkan di Perancis pada 1954 oleh Maurice Lauré, untuk mengganti sistem yang sangat bergantung kepada cukai yang tidak menentu berdasarkan jualan bagi menyeimbang dengan sistem cukai pendapatan yang tidak begitu berkesan.

Kini 138 negara melaksanakan Value Added Taxes (VAT) sementara beberapa negara – terutama US , mengenakan cukai jualan , biasanya cukai pada satu aras sahaja diperingkat runcit. Dalam hamper semua negara cukai-cukai ini adalah sama ada penyumbang terbesar atau penyumbang kedua besar kepada perolehan negara.

GST atau dalam bahasa Inggeris Goods and Services Tax adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang.

GST adalah cukai penggunaan dan ia berasaskan konsep nilai ditambah. GST dikutip daripada pelanggan untuk pihak kerajaan oleh organisasi perniagaan yang berdaftar dengan pihak berkuasa cukai.

Lazimnya, pembekal atau penjual boleh mendaftar untuk mengutip GST jika jumlah jualan tahunan bagi produk atau perkhidmatan yang dibekal melebihi jumlah tertentu yang ditetapkan.

GST diambil kira dalam setiap tahap urus niaga. Jumlah jualan barangan dan perkhidmatan (dikenali juga sebagai bekalan) merupakan jumlah nilai yang diterima oleh organisasi perniagaan (tidak termasuk GST) ke atas semua aktiviti yang dicukai.

Aktiviti yang dicukai merangkumi aktiviti yang dijalankan secara berterusan. Organisasi perniagaan yang berkenaan hendaklah membekal (atau bersetuju untuk membekal) barangan atau perkhidmatan kepada pengguna sama ada untuk tujuan mendapat untung atau tujuan lain seperti aktiviti perdagangan, pembuatan, kerjaya, persatuan atau kelab.

Harga bekalan yang dijual ditetapkan selepas mengambil kira GST. Organisasi perniagaan juga boleh menuntut kredit cukai bagi setiap GST yang telah dimasuk kira dalam bekalan yang dibeli untuk tujuan mengendalikan perniagaan. Kredit cukai ini dikenali sebagai "kredit cukai input''.

Akhirnya pengguna akan menanggung kos GST tersebut. Bagaimanapun, penyerahan GST kepada pihak berkuasa adalah tanggungjawab penjual bukannya pengguna terakhir.


'Key point' GST

1- Peniaga dikehendaki - mengenakan caj GST pada kadar yang ditentukan ke atas barangan dan perkhidmatan yang dibekalkan. GST akan dikutip dan dibayar kepada kerajaan

2- GST dikenakan kepada bekalan yang dicukaikan iaitu hampir ke semua barangan dan perkhidmatan

3- Peniaga bayar GST bila membeli barangan dan perkhidmatan. Biasanya mereka boleh menuntut kembali kredit “cukai input ” kepada GST yang dibayar.

4- Kredit “ cukai input ” ditampung semula dari GST yang dikutip.

5- Jika caj GST melebihi kredit “ cukai input ” bagi satu tempoh , peniaga perlu remit GST kepada kerajaan. Jika kredit “cukai Input” melebihi GST yang dicaj, peniaga akan biasanya mendapat wangnya semula (refund).

6- Kesan akhirnya peniaga mengenakan caj GST tetapi tidak menyimpannya dan membayar GST tetapi mendapat kredit “cukai input”.

7- Beban akhirnya ialah pengguna.

Isu-isu dan implikasi GST

Setelah pelaksanaan terpaksa ditangguh dari 1 Januari 2007 sehingga sekarang ternyata ada perkara yang tidak beres.Kerajaan wajib tahu dan yakin bahawa pelaksanaannya nanti tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat .

Dengan syarat Malaysia merupakan negara yang berpendapat tinggi , GST mungkin nampak wajar. Secara teori ia juga GST dilihat menutup lubang kesempatan mereka yang cuba menghindari dari membayar cukai . Di negara-negara Scandinavia implementasi GST secara berkesan telah membawa kepada manfaat sosial dalam pendidikan, khidmat kesihatan, pengangkutan dan pemeliharaan kanak-kanak.

Namun terdapat beberapa persoalan yang perlu dipertimbangkan dalam konteks Malaysia pada waktu ini. Kami huraikan seperti berikut:

1. Soal pertama , apakah memperkenalkan GST atau apa juga cukai untuk menambah hasil (pendapatan) perbendaharaan tidak akan menambahkan bebanan ke atas rakyat. Pada hakikatnya tiada cukai yang tidak membebankan.

2. Kedua, pelaksanaan GST jika tidak diawasi dengan ketat akan diperalat dan dimanipulasikan oleh pengeluar, pengedar dan peruncit untuk menipu (profiteering).

Di sinilah kita meletakkan satu lagi penanda aras kepada KPI Perdana Menteri kerana dia juga adalah Menteri Kewangan. Idea dan pelaksanaan GST kini menjadi tanggungjawab mutlak beliau.

3. Dan ketiga, tambahan hasil cukai daripada GST akan hanya memanfaatkan pembayar cukai dan rakyat jelata jika dibelanjakan dengan berhemah. Setakat ini rekod pencegahan pembaziran dan penggunaan berhemah tabungan negara oleh sektor awam belum cukup meyakinkan.

Dalam ketidakpastian inilah pihak kerajaan nampaknya terpaksa membuka ruang untuk pihak masyarakat awam dan swasta serta persendirian berpartipasi untuk memberi maklum balas mengenai pelaksanaan GST. Untuk ini pihak kerajaan telah mengumumkan penubuhan Panel Penyemakan Sistem Percukaian termasuk Akta Cukai Pendapatan 1967 yang dianggotai oleh 8 orang , 3 orang dari sektor awam dan 5 dari sektor swasta. Timbalan Ketua Setiausaha Kementeri Kewangan dari Bahagian Cukai akan mempengerusi Panel ini.

4. Selanjutnya isu yang berbangkit lagi ialah sejauh mana pendapatan individu atau syarikat dapat disimpan bila cukai pendapatan dikurangkan dalam regim percukaian GST? Yang menjadi kekhuatiran lagi ialah bila syarikat mengambil kesempatan untuk menaikan harga barangan dan perkhidmatan akibat pengumuman awal ini, seperti yang berlaku di beberapa negara ini.

Kini syarikat menunggu pengumuman selanjutnya untuk bersiap meohon lesen mengutip GST dari para pembekal, pengeluar, pemborong , peruncit serta pengguna.

5. Jika dilihat dari satu sudut percukaian GST berdasarkan kepenggunaan nampak semacam lebih adil. Ini adalah kerana ada beberapa katagori dalam masyarakat yang tidak membiar cukai.

Namun persoalannya yang lain juga ialah bagaimana pihak kerajaan hendak mewujudkan mekanisme yang lebih mudah bila GST dilaksanakan. Sistem GST ini mempunyai mekanisme pengiraan yang rumit jika para pengusaha tidak memahaminya dengan baik.

Sehingga ini sangat sedikit pengusaha terutama peniaga kecil dan sederhana (IKS) memahami implikasi dan cara mengendali perniagaan mereka berdasar sistem GST.

Jika sistem GST seperti Eropah di laksanakan di Malaysia matlamat yang hendak dicapai tidak akan berhasil. Konsep terpenting ialah mudah dan lancar.

Lantaran itu pelbagai pihak menyifatkan penangguhan pelaksanaan GST sebagai wajar bagi memastikan tahap kesediaan masyarakat perniagaan di negara ini menghadapi amalan itu.Masa lebih panjang diperlukan bagi golongan sasar membuat persediaan dan memahami konsep sebenar GST serta kesannya terhadap bidang yang diceburi.

Kerajaan akhirnya mengakui penangguhan perlu untuk memberi ruang kepada kerajaan mengemas kini prosedur dan tindakan yang perlu diambil seiring pelaksanaan GST, manakala syarikat mempunyai masa untuk melengkapkan persiapan seperti menentukan sistem terbaik dari segi penyimpanan resit dan sebagainya. Bagi perniagaan bersaiz besar, sistem penyimpanan pelbagai dokumen dan resit mungkin perlu diuruskan pihak profesional kerana banyak yang perlu dikendalikan.

6. Pada realitinya GST adalah sistem yang sangat kompleks. Jika keupayaan yang sama tidak dirasai oleh semua pihak maka sistem ini akan menjadi pincang.

Akibatnya GST yang diandai sebagai mekanisme meningkatkan pendapatan kerajaan bagi mencapai sasaran pengurangan defisit dalam bajet tahunan akan gagal dicapai. Setakat ini sudah 8 tahun berturut kerajaan membentangkan bajet defisit dan setiap kali menyasarkan pengurangan defisit berbanding KNK ia gagal dicapai malah defisit semakin melebar.

Sehingga ini tidak adapun suatu roadmap berdasarkan jangka waktu yang jelas yang dapat dibentang oleh kerajaan untuk mencapai bajet yang seimbang. Sehingga ini nampaknya hanya negeri Kelantan , Selangor dan Pulau Pinang sahaja yang mencapai bajet seimbang.

7. Satu persoalan lagi ialah sejauhmana GST dapat menyumbang kepada pengurangan bajet defisit negara. Sebab itu ada yang mencadangkan selain Panel Penyemakan Sistem Percukaian , di parlimen sendiri harus mengujudkan sebuah Jawatankuasa bebas mengenai Reformasi Percukaian. Ini penting kerana akhirnya ahli Parlimen-lah yang akan melulus atau menolak sebarang perubahan sistem percukaian. Jawatakuasa ini boleh memberi input melalui kajian tersendiri untuk dipertimbangkan oleh sidang parlimen.

8. Satu implikasi lain , berbanding sistem cukai langsung (direct tax) kepada badan korporat dan individu , ialah GST juga dilihat sebagai sistem percukaian yang regresif iaitu semakin tinggi pendapatan individu atau korporat semakin rendah bahagian dari pendapatan itu disalur kepada membayar cukai. Sebaliknya lebih rendah pendapatan lebih besar pula bahagian pendapatan itu yang perlu disalur kepada pembayaran cukai. Bermakna sistem ini lebih memberi tekanan kepada golongan miskin dan berpendapatan kecil. Jaminan bahawa golongan berpendapatan rendah tidak akan terbeban belum menyakinkan. Mekanisme GST yang diumumkan belum jelas menghuraikan kesan yang sangat fundamental kepada golongan berpendapatan rendah yang sangat sensitif kepada harga barangan dan perkhidmatan ini. Apa yang dikhuatirkan ialah bebanan akan bertambah kepada golongan miskin , daya saingan pengusaha kecil dan sederhana akan terhakis.

Berdasarkan pengiraan ini GST yang akan dikena keatas semua barangan dan perkhidmatan tidak memberi manfaat kepada mereka yang berpendapatan sederhana kerana ia mengurangan daya membeli dan akibatnya menjejaskan kualiti hidup. Pergiraan dia atas juga akan lebih parah bagi individu setelah diambilkira faktor rebet , pemotongan cukai pendapatan dan kadar cukai lebih rendah bagi mereka yang berpendapatan rendah. Akibatnya jurang pendaptan akan bertambah luas.

Hanya 15% dari tenaga kerja di negara ini dikenakan cukai. Oleh itu pengurangan cukai pendapatan dini’mati oleh golongan yang berpendapatan tinggi dan bukan membantu golongan berpendapatan rendah.

9. GST juga tidak baik untuk IKS. Kebanyakan IKS akan rugi dan hanya untung sedikit pada awal ia beroperasi . Jadi IKS tidak dikenakan cukai korporat atau membayar cukai korporat yang rendah ketika ia mula beroperasi. Namun GST, akan memberi kesan kepada pengusaha kecil bermula hari pertama beroperasi.. Dari hari pertama lagi ia terpaksa menggenakan pelanggannya dengan caj yang lebih ke atas barangan dan perkhidmatannya . Akibatnya permintaan kepada barangan atau perkhidmatannya akan berkurangan.

10. Dasar kerajaan untuk laksana GST juga dilikita untuk bermesra pada kaum korporat ataupun untuk terus “business friendly” . Namun strategi ini dilihat memindahkan beban cukai daripada lapisan kaya kepada rakyat biasa. Strategi ini sedang dilaksanakan - 4 peratus ke 26 peratus. Seperti yang dinyatakan dalam ucapan MP Sg. Siput , Dr. Jeyakumar Devaraj , di parlimen baru-baru ini, beliau memetik daripada m/s 9 Biznews pada 29/10/09.

“The Goods and Services Tax will stabilise the government’s finances in the long run says Ernest & Young. XX, one of its partners suggested that the strategy would be to start low and pull up the rate every few years. As in most countries with the GST in place, a reduction in corporate and personal tax will follow suit he said.”

GST yang dicadangkan ini memberi kuasa kepada Menteri Kewangan untuk menentukan kadar cukai mengikut pertimbangannya sendiri.

11. GST juga dilihat boleh mengakibatkan kenaikan inflasi yang mendadak bila harga barangan akan naik akibat kos perniagaan bertambah. Dengan adanya “input tax” dan “output tax” yang dikenakan kepada sepanjang rantai pengeluaran barangan dan perkhidmatan , harga yang lebih tinggi terpaksa dibayar oleh pengguna. Sebarang pengurangan cukai pendapatan tidak dapat menampung kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

12. Walaupun GST dapat menjimatkan kos sehingga RM 1.4 bilion kerana cukai eskport dikurang kepada 4% dari 10% dan cukai professional juga tidak perlu dibayar , akan tetapi pengeskport dan ahli perniagaan akan memindahkan cukai itu kepada pengguna yang akan mengakibatkan kerugian bagi golongan yang berpendapat sederhana dan rendah.

13. Kami berpendapat GST boleh mencetuskan apa yang dipanggil kegiatan ekonomi tersembunyi (underground economy). Ini kerana GST akan mengwujudkan beban administratif ke atas kerajaan dan pengusaha. Soalnya apakah ada sistem cukai yang kerajaan boleh mendapatkan perolehan yang sama tetapi akan lebih adil kepada pengguna dan peniaga kecil, tiada memeningkan pengusaha kecil dan menggalakkan kerajaan pusat dan negeri untuk bekerjasama dan mengharmonikan polisi cukai .

Umumnya menganggarkan 5-20% dalam mana-mana aktiviti economi akan merupakan ekonomi yang tidak didedahkan. GST boleh mecetuskan kegiatan ini dengan lebih banyak.

Sebuah sistem cukai adalah cekap bila ia tidak menggangu sebarang keputusan dan perilaku ekonomi . Sebuah sistem cukai perlu diujudkan yang dapat membendung aktiviti ekonomi tersembunyi.

Sebahagian kelompok bisnes akan melakukan kegiatan ekonomi seperti ini kerana GST membebankan dan sangat kompleks untuk diurus. Jika GST boleh mengakibatkan hal ini ,maka kerajaan akan hilang perolehan lebih tinggi berbanding apa yang sepatutnya .

Pengalaman negara kaya seperti Kanada sekalipun mendapati kos pengurusan didapati meningkat bila GST dilaksanakan . Pada 1991-92 ia terpaksa mengeluarkan belanja $486 juta dan memerlukan kakitangan seramai 4,400 orang untuk menguruskan GST. Jika kos persendirian atau swasta bagi setiap RM 1 yang dicampur untuk menguruskan GST , ia tidak akan mencapai objektif seperti yang didakwa. Kos masa yang diambil dalam pengurusan GST dijangka akan lebih tinggi dari biasa.
 

 

26.10.13

Just my 2cent...

Bismillah wal hamdulillah...

Beriya sy copy ucapan bajet 2014 encik PM terchenta kt fesbuk beliau...ada kot 29pages semuanya bersama 5teras... xsempat nk baca habes pun... yelah copy n baca la satg org kata dok umah xreti apa2 pulak... at least kita amik tau hal negara tercinta... adala beberapa perkara yg menarik perhatian kt sini yg rasanya boleh ada tanda soal kt kepala ini... wallahu'alam la utk org laen... 

Berikut adalah teras bajet 2014:

1) Teras bajet yang pertama: Merancak aktiviti ekonomi
2) Teras bajet yang kedua: Mengukuh pengurusan fiskal
3) Teras bajet yang ketiga: Menggunggul modal insan
4) Teras bajet yang keempat: Mempergiat pembangunan bandar dan luar badar
5) Teras bajet yang kelima: Mensejahtera kehidupan rakyat

Apa yang menjadi perbualan rata2 org skrg selepas sesi bajet 2014 dibentangkan oleh pak PM kita ada isu:

1) Isu GST (Good and Services Tax)

Ini termasuk dalam teras bajet yang kedua iaitu mengukuh pengurasan fiskal dalam perkara "Cukai barang dan perkhidmatan (GST dan bantuan sokongan)

Mengikut teks ucapan pak PM nehs, dari 2jenis cukai iaitu "Sales Tax" dan "Service Tax" akan dimansuhkan dan digantikan dengan "Good and Services Tax" kira dari 2cukai kepada 1cukai sahaja yang kononnya akn mengurangkan beban rakyat selepas ini. Haha! asasnya CUKAI cara atau bentuk mcm mana sekalipun sebenarnya membebankan rakyat... Ok2, jgn ada yg mengamuk tetiba lak na... zaman skrg ni para pemimpin dunia mula membuat pelbagai "term" agar rakyat mula menerima CUKAI ini. Sebab itulah wujud pulak dah GST...

Yang pasti adalah kerajaan tidak ada kerajaan yang akan memperkenalkan GST atau apa juga cukai jika ia tidak menambah hasil pendapatan negara. GST atau "Good and Services Tax" adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata lain, asasnya jauh lebih luas daripada "Cukai Jualan/Sales Tax" dan "Cukai perkhidmatan/Services Tax" yang ada sekarang... ha nmpak tak??? silap2 skrg nehs masuk kedai mana pun ntah2 semua da ada tax... sekarang ni yg kita nmpak kedai yg cas tax mcm KFC, McDonald n beberapa lagi kedai kot...pasneh makan kt kedai mamak pun ada cukai? jeng3...sebab perlaksanaan GST ni lebih menyeluruh. Itu yg saya faham walaupun pada hakikatnya nmpak macam ada 1jenis cukai je yakni GST compare to sebelum ni ada 2jenis cukai... tp kedua2 jenis cukai sebelum ini tidak menyeluruh seperti perlaksanaan GST... boleh nmpak tak? win-win situation kah?
Oh! perlaksanaan sepenuhnya GST adalah pada April2015... so skrg dalam fasa nk educate rakyat tentang 'keindahan' GST... marilah rasa tereducate~

2) Subsidi gula dikurangkan sebanyak 34sen

Ini termasuk dalam teras bajet yang kelima iatu mensejahterakan kehidupan rakyat dalam perkara "Perkhidmatan kesihatan berkualiti" 

Perkara ke-163 menyebut:

"Statistik juga menunjukkan terdapat 2.6juta rakyat malaysia yang berumur 30tahun ke atas menghidap penyakit diabetes. Sekiranya tidak dikawal, pesakit akan mendapat pelbagai komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakkan buah pinggnag, mata buta dan kaki terpaksa dipotong. Sehubungan dengan itu, kerajaan mencadangkan untuk memansuhkan subsidi gula sebanyak 34sen berkuatkuasa 26Oktober2013. Saya menyeru agar kita bersama-sama menjaga kesihatan. Kurangkan manis dalam makanan dan minuman"

Hahaha :D sy rasa statement yg paling kelakar kot dibaca dalam pembentangan bajet... Takpalah pak PM sekali sekala nk berlawak jenaka kannnn... sy rasa dalam zaman skrg nehs, tak pakar ekonomi pun boleh faham.... rakyat tak bodoh kot?majoriti berpelajaran tinggi... sy ada terbaca statement seseorang... analogi boleh buat macam nehs "Rumah kita sepah2 sebab anak2 main toys n sepahkan... jadi apa harus kita lakukan utk mengatasi masalah rumah sepah sebab toys anak?adakah dengan tidak membeli toys lagi?haha :D gelakk... caranya adalah dengan memberi pengajaran dan pendidikan kepada anak2 tuh supaya tidak sepahkan toys mereka..."

Ok fine marilah kita mengurangkan manis dalam makanan kita... pak2 pemimpin n mak2 pemimpin pun kena la jadi role-model dulu ye... tak payah la kot buat2 event makan2 kt hotel 5stars, makan sedap2 guna duit rakyat! tak adil bukan?rakyat disuruh minum air kosong, makan makanan xda gula tp pemimpin berseronok berjimba makan sedap2, minum sedap2... tepuk dada tanya iman... kat akhirat nanti allah swt pratonton semuanya utk diadili di Mahkamah Yang Maha Kuasa... 

Ok boleh faham kot? Ada ka cara nk atasi masalah diabetes dgn menaikkan harga gula?atau cara utk tak bazirkan duit rakyat sebab harga minyak nak dinaikkan suruh rakyat jalan kaki, naik bas atau kayuh basikal?nampak cerdik ke tak agaknya org2 nehs??? Blur sat kita nak faham minded2 org sebegini... sangat apa ya??? harga ayam nak dinaikkan nasihat rakyat supaya jangan makan ayam... wakakaka :D

Ok2... kita cubalah berbaik sangka... cuba fikir kerajaan cuba buat yg terbaik utk kita... HARAPNYA! sama2lah kita doa smg allah swt memberikan mereka hidayah... moga allah swt memperbetulkan niat para pemimpin kita tuh... (kita ni sama2 manusia tak tahu apa ada dlm hati manusia2 laen...)

Wallahu'alam... peace no war ya... ini sekadar pendapat melalui beberapa pembacaan yg tak seberapa... :)