8.11.20

Anak-anak cuti PKPB fasa ke2

Bismillah wal hamdulillah...

Walaupun perlis tak terlibat dengan PKPB, tapi KPM buat penyelarasan semua sekolah di negara dicutikan secara serentak sama ada negeri yg terlibat PKPB atau tidak. ummi is redha nk hadap anak 4ketols. Adalah hikmahnya kepala fikir nak plan ada untuk esok... Perlis ni still boleh ke sana sini tanpa had cuma dalam perlis ja la...

Cikgu-cikgu akan ke sekolah macam biasa... esok dah nak start online kelas... adoi ada 2org yg bersekolah ni...laptop n gadget pun limited moga dipermudahkanlah untuk semua...amin

 

1.10.20

Macam mana nak atasi?

Bismillah wal hamdulillah... 

Sejak jadi housewife yg seluruh life dirumah sy perasan 1benda yg semakin obvious terjadi, sy gelabah bila nk jumpa orang... antara sebab sy mula berdiet untuk kurangkan berat badan adalah sebab inilah... sy jadi tak konfiden jumpa orang especially org yg pernah sy kenal dulu... pernah la orang tegur eh kenapa badan naik? eh mengandung lagi ka? which is tak lawak pun untuk didengar tapi tetap buat2 gelak...😒😒😣😣 so in positive sidenya saya belajar untuk tak tegur fizikal dan current life seseorang... memangla nak buat lawak atau nk jadi topik perbualan tp try untuk tak sentuh hal2 peribadi. eh entahlah mungkin saya terlebih emosi...

Sekarang tengah cari cara nk overcome perasaan tu... sy benci jumpa org kalau boleh. Malas nk pi kenduri kendara.. lebih suka bersendiri. Masalah mental dah ka aku ni haha😅😅😅 dulu zaman kerja badan besaq tongkang pun konfiden tinggi haha skrg dah kecik la sikit dari zaman kerja pun still takda keyakinan diri... apa dah jadi tak taula kena banyak membaca, ke majlis2 ilmu barangkali... 

29.9.20

8year being a housewife...

Bismillah wal hamdulillah... 

Blog ni dari zaman sis single sampai dah beranak pinak... memang annoying baca part muda2 dulu. Begitu kah bahasa gue 😂😂😂. Takpalah kenangan dan pengalaman mendewasakan gittew... Sekarang ni dah nak masuk 3org anak bersekolah... Hows time flies... ummi pun bakal memasuki umur 36ytahun this coming october... anak insya allah kekal 4org... semua dah boleh uruskan diri sendiri... yg bongsu umo 3tahun ni je lah ummi tengah pening kepala dengan dia... Lain maciam sikit perangai dari kakak-kakak dan abang... dia punya perangai susah mandi, susah tidur, makan banyak dan tak memilih tu bagus... memang menurun ummi part makan tu😆😅

Pagi-pagi berperang nk tukar diapers, nak mandikan...lepas tu kalau berak taknak cuci... Allahu anak menguji keimanan ummi... kakak-kakak and abang ammar tak macam ni tau.. ni kira anak pertama ummi ada perangai pelik ni... setiap anak tu tak sama walaupun lahir dari perut yg sama...gittew haha😄😏 apa pun tak boleh la dok memujuk dia mandi dan tukar diapers... semoga perangai anas ni berubah ye nak... ummi bukan muda lagi nk mendukung dia masuk toilet dengan berat 15kg tu... boleh hilang nafas sebentar nak mendukung...hari-hari fikir tips and tricks nk settle anas tanpa ada insiden melalak meraung... ummi is stress dengan suasana kecoh sebegitu... nak tenang-tenang aja menguruskan rumah dan anak-anak... otak dah tepu rasanya menjadi surirumah ini...haihhh lemahnya hati dan perasaan.

Moga allah swt terus mengurniakan ummi kekuatan menjaga dan menjalankan amanah ini sebaik mungkin...

30.8.20

Raikan perbezaan...

Bismillah wal hamdulillah... 
Dalam kehidupan kita ini, kita tak boleh nak puaskan hati semua orang apatah lagi nak 'paksa' orang fikir dan faham sama seperti kita... kalau semua orang tu sama bosanlah kan dunia ini... hatta pasangan kita pun banyak ja yg tak sependapat tapi takkanlah asbab itu sahaja kita memilih untuk terus 'berperang' antara satu sama lain? Raikanlah sedikit perbezaan, cari 1titik persamaan...walaupun tak banyak...

Penatlah kan asik nak kena cari yang 'perfect' di mata kita sahaja...hakikatnya diri kita pun tak sesempurna mana di mata sesiapa pun... begitulah kehidupan kalau overthinking boleh gila jugak 😂😂😂 just follow the flow... saja ja kan nak cari pasal kadang2..haha bajet suci ja memasing 😏😷 super annoying... 

28.8.20

8tahun sudah...

Bismillah wal hamdulillah... 
Macam fikir nak delete blog ni tapi still dok refer lagi in case terlupa apa-apa...tiba-tiba macam teringat bulan 8 2012 saya decide untuk meninggalkan alam pekerjaan exactly selepas pantang anak ke-2 si amira humaira mei2012... alhamdulillah fi kullihal tak sangka saya ambil keputusan drastik itu walaupun tak plan langsung! tapi allah lancarkan segalanya...asbab dari berhentinya saya dari menjadi career woman kepada housewife, banyak benda baru yg saya belajar. Tak tersenarai kat sini biarlah saya simpan dalam hati gittew 😂

Begitulah kehidupan ini banyak sangat perkara yg tak disangka berlaku tapi kita still kena lalui dengan tenang dan penuh tawakkal...

8.4.20

Pandemic covid-19 and restriction movement order

Bismillah wal hamdulillah...

2020 dalam sejarah... sejarah untuk Malaysia dan sejarah untuk dunia juga. Wabak penyakit macam ni memang pernah menjadi 1titik hitam dalam sejarah dunia beberapa kali dan dari situlah bermulah ciptaan vaksin bagi mencegah penyakit itu kembali menular lazimnya disebabkan oleh serangan virus. Tiada antibiotic boleh melawan serangan virus hanya sistem immune manusia sahaja boleh melawan. Bagi yg mempunyai masalah sistem immune yg lemah memang menjadi sesuatu yg membimbangkan kerana ia boleh membawa maut. 

Begitulah secara ringkasnya mengenai wabak covid19 yg mula dikesan di daerah Wuhan China sekitar nov 2019 sebab itu dinamakan covid19. Sejenis coronavirus adik beradik SARS dan MerC, tetapi lebih powerful mungkin dah termutasi jadi ia dikenali dengan nama novel coronavirus atau covid19. Tulis kat sinilah sebagai kenangan masa akan datang sementara dalam tempoh iddah ni haha... tempoh PKP. Hari ni merupakan hari ke22 Malaysia berada dalam tempoh perintah kawalan pergerakan atau restriction movement control. Malaysia belum lagi diisytihar total lockdown. Hari Jumaat ni penentu sama ada tempoh PKP atau RMO diteruskan atau tidak. Dah tak boleh fikir dah sebab bimbang jumlah kes positif covid19 semakin bertambah diikuti dengan jumlah kematian, yg dimasukkan ke ICU dan memerlukan sokongan mesin pernafasan juga bertambah... sedih kan?

Sama2 la berdoa agar Malaysia seterusnya dunia bebas dari wabak ini... sama2 la memuhasabah diri apa salahnya kita semua kepada TUHAN pencipta alam ini... 

1.1.20

01012020

Bismillah wal hamdulillah...

Ketinggalan dah aih zaman blogging ni... orang more on intagram, twitter bagai... well dah nama baby 80an memang la old skul sikit haha pelik pulak rasa sebab blogger ni takda emoji comel2 jadi macam tak sampai pulak emosi diri... 

Dah tahun 2020 gais... umoq pun dah nak masuk 36... harini moody sepanjang hari dengan ayaq takdak... syukur anak2 dah besar... depa kat rumah maktok meta... ummi nak fokus pada order... semoga allah permudahkan urusan kami sekeluarga...